SADIS: APABILA HULK WANNABE BENAR-BENAR BERTUKAR MENJADI HIJAU (3GAMBAR)

Cara mudah menjadi Incredible Hulk.

Paulo Henrique dos Santos seorang lelaki berasal daripada Vila Cruzeiro. Sebagai seorang lelaki Barzil yang macho dan badan ketaq-ketaq, Paulo mahu menjadi Incredible Hulk sempena sebuah majlis. Tetapi sangat malang bagi Paulo kerana selepas majlis tersebut, beliau mengalami kesukaran untuk menanggalkan cat hijau pada badannya.

Cat hijau tersebut hanya berjaya ditanggalkan apabila beberapa kawan Paulo menggosok badan beliau selama satu hari! Sebenarnya cat yang digunakan oleh Paulo untuk menjadi Incredible Hulk adalah cat khas yang digunakan untuk mengecat peluru berpandu balistik dan juga kapal selam nuklear. Lulz..sangat sadis Haha.

READ MORE

MEMBONCENG BASIKAL HALIMUNAN DI SEKITAR BANDAR (8GAMBAR)

Mari lihat basikal halimunan.

Siri manipulasi gambar di bawah dihasilkan oleh oleh Zhao Huasen. Ianya mengingatkan aku kepada motorsikal halimunan dalam entry yang lepas. Haha. Mengenai siri gambar di bawah, bagi aku ianya merupakan satu karya manipulasi gambar yang kreatif dan hebat!

READ MORE

LULZ: APABILA SATU KEBETULAN MENJADI SUMBER IDEA

Bila idea sudah kering, kebetulan juga boleh dijadikan satu sumber idea. Am I right?


SAJA2: THANKS TO AKUSTRESSGILER.BLOGSPOT.COM

Woit apa tiba-tiba thanks ni? haha

Sebenarnya beberapa hari ini, aku dapati banyak trafik masuk daripada blog akustressgiler.blogspot.com. Rupa-rupanya blog akustressgiler ada kongsikan beberapa entri daripada blog ini.

Bila blog akustressgiler kongsikan entri blog ini, mereka tidak lupa untuk link-kan kepada blog ini. Itu yang paling penting. Aku respek blogger-blogger seperti ini.

Sebelum-sebelum ini, ada jugalah blog lain yang kongsikan daripada entri blog aku ni, tapi langusng tidak kreditkan. Mentang-mentanglah blog ni masih baru kan. Sebenarnya aku no problem jika anda kongsikan entri blog ini secara copy-paste. Tak payah minta izin, asalkan ada link kepada entri asal.

Apapun, thanks again kepada admin akustressgiler kerana sedikit membantu untuk mempromosikan blog ini kepada pembaca anda. Apapun, terus tambahkan stresskan orang lain bersama anda. Haha.


INFO: KELAWAR YANG BERWARNA PUTIH (6GAMBAR)

Lagi info megenai haiwan.

Bila sebut pasal kelawar, teringat kepada Batman.. Batman dan kelawar memang sangat sinonim dengan warna hitam dan waktu malam. Tahukah anda, sebenarnya terdapat spesies kelawar yang berwarna putih? Ianya bukan kelawar albino!

Honduran white bat (kelawar putih Honduras) merupakan satu spesies kelawar bersaiz kecil yang secara semulajadinya berwarna putih. Ianya boleh ditemui di sekitar Honduras, Nicaragua, Costa Rica, dan timur Panama. Kelawar ini tinggal dan berlindung dengan menjadikan daun-daun pokok jenis Heliconia sebagai sarang.

READ MORE

COOL: SCAMANDER - KERETA DUA ALAM YANG TAHAN LASAK (5GAMBAR)

Cool.

Tempoh hari, blog ini ada paparkan sebuah prototaip kenderaan amphibious yang didakwa mempunyai kelajuan paling laju di atas darat, iaitu kereta Sea Lion. Kali ini mari lihat pula sebuah lagi kereta jenis amphibious yang diberi nama Scamander. Ianya diilhamkan oleh Peter Wheeler, iaitu pemilik syarikat pengeluaran kereta sport british, TVR.

Kereta ini dikuasakan oleh engin V6 yang menghasilkan 300 kuasa kuda dan ianya mampu mencapai kelajuan 120 mph apabila bergerak di atas darat. Dengan rekabentuknya seperti kenderaan pacuan empat roda, kereta ini mampu untuk bergerak di kawasan berpasir seperti pantai, kawasan berbatu dan sudah pasti ianya mampu untuk bergerak di atas air!


via motorward

READ MORE

REKOD DUNIA: ANJING YANG MEMPUNYAI MATA PALING BESAR (8GAMBAR)

Rekod macam ni pun ada. lulz.

Bruschi merupakan seekor anjing jenis Boston Terrier kini di sahkan oleh Guiness World Records sebagai anjing yang mempunyai mata paling besar di dunia. Anjing ini mempunyai mata berdiameter 28 mm.

Kalau anda membela kucing yang disuspek mempunyai mata lebih besar daripada biasa, mungkin anda boleh apply untuk rekod yang sama tapi dalam ketegori kucing. Haha.

READ MORE

KISAH BENAR: SILA GUNAKAN INTERNET EXPLORER SAHAJA. OK.

Adakalanya kita tidak dapat lari daripada menggunakan IE. Berdasarkan kisah benar beberapa hari yang lalu. haha


PENJUAL GULA-GULA KAPAS YANG SANGAT PRO (VIDEO)

Respek dengan beliau. Sangat enjoy bekerja walaupun hanya menjual gula-gula kapas. Cool bro, like a pro!

READ MORE

SERANGAN COMEL: SNOW WHITE SI TUPAI ALBINO (4GAMBAR)

Comel dan rare.

Sebelum ini aku ada paparkan penguin albino yang dijumpai pulau Aitcho, Antartika. Kali ini mari lihat pula tupai albino yang comel. Ianya dinamakan Snow White, sesuai dengan rupanya. Mujurlah tupai ini sempat diselamatkan selepas ianya diserang oleh dua ekor tupai kelabu yang mungkin cemburu dengan warna bulunya haha.

Untuk pengetahuan anda, kebarangkalian seekor tupai albino untuk lahir adalah 1 daripada 100000 kelahiran tupai kelabu. Tupai albino juga tidak mempunyai penglihatan yang bagus menyebabkannya selalu menjadi sasaran pemangsa dan tidak dapat hidup lebih lama daripada tupai-tupai normal.

READ MORE

LULZ: KOMPILASI KEGAGALAN PADA BULAN MEI 2012 (VIDEO)

Kompilasi kegagalan yang adakalanya sakit, kasihan, sadis dan yang paling penting kegagalan yang sangat lulz! Make my day. haha

READ MORE

CUTE: APABILA PARA MINION BERTUKAR MENJADI SUPER HERO (10GAMBAR)

Cute!

Seperti yang anda tahu, minion adalah satu watak comel daripada filem animasi Despicable Me. Ianya makhluk yang mempunyai badan berwarna kuning dan ada di antaranya bermata satu. Pembuat filem animasi ini adalah Illumination Entertainment. Adakah filem mempunyai kaitan dengan Illuminati? Entah. Haha.

Lupakan teori konspirasi di atas, naik muak juga jika semua benda mahu dikaitkan dengan Illuminati. Mari lihat apabila para minion bertukar menjadi Superhero. Ilustrasi ini dihasilkan oleh Kevin Magic Lam. Sangat nice!

Inb4, mengelipkan sebelah mata untuk mengurat menyebabkan anda membuat simbol All seeing eye secara tidak sengaja! Lulz.

READ MORE

PATUNG BARBIE PALING MINDBLOWING DAN MENYERAMKAN (11GAMBAR)

Creepy.

Sebut pasal Barbie Doll, mesti akan terbayang susuk tubuh patung yang comel dangan baby face. Tetapi ianya bakal menjadi mimpi ngeri bagi peminat patung Barbie apabila melihat patung Barbie diubah menjadi makhluk yang mempunyai susuk tubuh mindblowing lagi menyeramkan!

Patung ini merupakan sebuah projek yang dihasilkan oleh Sabrina Zbasnik dan ianya dinamakan Cthulhu Barbie. Mengingatkan aku kepada patung-patung ngeri yang dibuat oleh Shain Erin dalam entri yang lepas. Mind=blown!











via: bitrebels


BEBERAPA TEMPAT PERTEMUAN ANTARA AIR SUNGAI YANG BERBEZA WARNA (12GAMBAR)

Lagi info untuk hari ini.

Confluence (kuala) merupakan istilah geografi yang digunakan untuk menggambarkan pertembungan antara dua atau lebih sumber aliran air. Gambar di bawah ini adalah antara tempat pertembungan air sungai yang terkenal dan ianya mempunyai warna air yang jelas berbeza disebabkan sungai-sungai tersebut mengandungi komposisi air yang berlainan.

Confluence of the Rhone and Arve Rivers, Switzerland

READ MORE

PEMANDANGAN MENAKJUBKAN DARI TAMAN NEGARA ZHANGJIAJIE (8GAMBAR)

Amazing!

Satu lagi tempat yang menakjubkan. Sebelum ini aku ada paparkan beberapa pemandangan yang indah dan menakjubkan di beberapa tempat. Kali ini mari lihat pula pemandangan yang memukau dari Taman Negara Zhangjiajie yang terletak di wilayah Hunan, China.

Ianya merupakan hutan simpan yang mempunyai bentuk muka bumi ekstrim dan mempunyai 'tiang-tiang batu' yang tinggi. Taman ini berkeluasan 4810 hektar dan yang menariknya, terdapat satu tiang batu berketinggian 3544 kaki yang diberi nama 'Avatar Hallelujah Mountain' sempena gunung-gunung terapung yang terdapat dalam filem Avatar.

Tapi bagi aku, tiang-tiang batu ini lebih kelihatan seperti kawasan terletaknya Air Temple dalam siri kartun dan filem Avatar The last Air Bender!








All photos credit: John0philip


KENAPA ANDA HARUS BERHATI-HATI DENGAN GAMBAR PROFILE FB YANG DIGUNAKAN (GAMBAR 18+)

Sungguh sadis.


    
via:reddit