KEAJAIBAN DUNIA YANG KELAPAN: THE GREAT MAN MADE RIVER

Keajaiban dunia kelapan?

The Great Man-Made River merupakan saluran paip air yang membekalkan air dari telaga di padang pasir Sahara ke pusat penduduk Libya yang tertumpu pada jalur pantai utara negara tersebut.

Pada tahun 1953, usaha Libya untuk mengali telaga minyak tidak berhasil, tetapi telah menemui kuantiti air bawah tanah yang sangat banyak di padang pasir Sahara. Dengan penemuan ini, satu projek yang diberi nama Great Man-Made River telah dirancang yang mempunyai 5 fasa telah menyelesaikan masalah kekeringan tanah di Libya. Yang paling menarik ialah, terdapat 1300 telaga yang dianggarkan menghasilkan 6.3 juta meter kubik air sehari serta dapat mengairi tanah Libya selama 500 tahun dan keatas!

The Great Man Made River, adalah projek pengangkutan air yang terbesar pernah diusahakan di dunia, dan telah dianggap keajaiban dunia yang ke lapan! Jangan terkejut kerana projek ini telah diilhamkan oleh Muammar Muhammad Abu Minyar al-Gaddafi (Muammar Gaddafi ) pemimpin Libya pada masa tu.

Gambar menunjukkan sebuah telaga The Great Man-Made River ditengah2 padang pasir yang diambil melalui google maps.


Yang ini pula salah satu kawasan (ladang) yang diairi oleh projek ini. Kehijauan di tengah pasang pasir, oasis buatan!


Kotak merah menunjukkan telaga The Great Man-Made River berdekatan dengan ladang yang diusahakan.

Saluran paip yang mengairi tanah Libya dibuat dalam 5 fasa.

Paip air menyalurkan air yang di pam daripada telaga.


Video mengenai The Great Made River





sumber: gmmra

Posted by dari tadi On 10/24/2011 07:48:00 PM2 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

2 comments: