MOVIE ROBOT DARI INDIA

Tadi time kupi2, aku tertengok satu movie di tv2, movie berbahasa tamil(wiki cakap, berbahasa tamil) bertajuk Enthiran. Aku pun layanlah sambil kupi2, boleh tahan juga movie ni, lagi2 Aishwarya Rai yang jadi heroin. Haha movie ini menceritakan sebuah robot berteknologi tinggi yang dicipta oleh tuannya telah jatuh cinta kepada tunang tuannya. Tuannya memusnahkan robot ini kerana tidak berpuas hati dengan sikap robot yang semakin menjadi-jadi, lalu membuang sisa robot tersebut. Musuh kepada tuan robot ini memungut dan membaiki robot ini sehingga robot ini telah bertukar jahat. Mahu tahu apa ending cerita ni, pergi lah cari dan download..haha apa pun best juga layan time deepavali ni daripada layan movie tempatan yang ntah apa2. Dan dibawah ini ialah salah satu klip lagu daripada movie tersebut yang menarik perhatian aku. Sangat nais! Aishwarya Rai somboy! :D




P/s: Penat buat post guna hp nih! Btw, aku dah mula buat review haha :D

Posted by dari tadi On 10/27/2011 12:56:00 AM3 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

3 comments: