SAJA2: bahasa

Yeah! Kali ini aku mahu buka cerita pasal suatu perkara. Sebenarnya aku sebagai blogger sabahan, memang sudah biasa menggunakan bahasa melayu sabah (BMS), lebih tepat lagi loghat sabah (struktur ayat yang kadang2 sedikit berbeza daripada BM standard). Bagi pembaca2 blog ini yang bukan berasal dari sabah, terutamanya semenanjung, saya mengharapkan supaya anda semua tidak terganggu dan tersinggung dengan penggunaan BMS di dalam blog ini. Andaikata anda tidak faham beberapa perkataan, jangan malu dan bertanya :D///

Ok dipanjangkan cerita, Sebenarnya aku sangat suka loghat2 bahasa melayu dan bahasa2 lain yang ada di malaysia. Memang harmoni hidup di malaysia dengan rakyat yang berbilang kaum dan bangsa. Mahu belajar semua bahasa dan loghat tu, pergghhh tunggu aku jadi prof la dulu. haha :D Berdasarkan pengalaman aku, student2 yang berasal dari sabah, apabila berada di semenanjung, kebanyakan akan menggunakan loghat (slang?) semenanjung untuk berkomunikasi di sana. Itu terpulang kepada mereka sendiri, masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang harimau,(kalau boleh jangan masuk,nanti kena makan) mengaumlah kan..haha dan sebaliknya pula student2 dari semenanjung yang belajar di sabah kebanyakannya tidak akan mengubah loghat mereka, betul atau tidak?.(ntah....). Sekali lagi la terpulang kepada diri masing2, tiada masalah disana selagi komunikasi tidak terhalang! :D

Tetapi sepanjang aku berkenalan dengan kawan2 dari negeri lain, aku tiada masalah berkomunikasi dengan mereka, Dan apa yang aku sangat suka, aku boleh bergurau menggunakan loghat asal mereka. (kalau aku tahu lah) dan mereka no problem punya :D. Lagi satu yang aku suka buat apabila berchatting dengan kawan2 sabahan yang belajar di semenanjung, aku akan menggunakan slang semenanjung sebagai tanda gurauan..hahaha korang ingat aku duk kat sabah tak reti nak speaking semenanjung ke? apacer bro..wakakaka. =)) dan sangat unik apabila slang sabah digabungkan dengan slang semenanjung! ini selalu berlaku di UMS! (gilak ler!!! =)))



sebagai penutup, ok sejak bah kalau mo guna slang apa2, janji ko gumbira :D :D

p/s: sorry kalau typo, malas mahu cek balik/

p/s yang p/s: slang dan loghat, aku pun keliru, sendiri2 faham lah ok :>

Posted by dari tadi On 10/22/2011 03:43:00 AM2 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

2 comments:

  1. haha..so tru bla org sbh p smnanjung ckp slang smnnjung sbb dorng xfhamm~..bla ckp bhsa sbh mest dorg ckp "awk org indon ea?ckp mcm indon je"..hehe..tpi klau da yg lma suda bgaul tu n dorg fhm ckp sbh..so ckp jk la BMS sma dorg :D

    ReplyDelete
  2. Masa gue dibilang indo..wakaka owh yala, lg pn org sbh ada yg lju ckp..hehe :D

    ReplyDelete