BOSCO VERTICALE: HUTAN ATAS BANGUNAN YANG AMAZING

Bosco Verticale yang sedang dalam proses pembinaan di Milan, Itali merupakan sebuah bangunan kediaman yang menempatkan hutan di dalamnya yang terdiri daripada 900 batang pokok, 5000 pokok jenis renek serta 11000 tumbuhan2 penutup bumi. Diilhamkan oleh arkitek bernama Stefano Boeri, ianya akan menjadi bangunan pertama yang mempunyai hutan diatasnya!

Memang sesuailah kalau bangunan2 sebegini dibina dengan banyak di bandar2, dapat juga menghijaukan bumi kita semula kan? tapi kawalan dan pemeriksaan yang rapi perlu dilakukan selalu untuk mengelakkan haiwan2 berbahaya membuat sarang dibangunan tersebut. Bagi aku ini bukan bangunan yang pertama menggunakan konsep seperti ini kerana pada tahun 601 sebelum masihi, taman tergantung Babylon juga menggunakan konsep yang sama sehingga ianya kelihatan terhantung di awan dan mungkin lagi tinggi dan luas sehinggakan ianya termasuk didalam tujuh keajaiban dunia purba!







sumber: amusingplanet

Posted by dari tadi On 11/16/2011 12:53:00 PM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment