FIZIK: DEMO TUKUL DAN PEMBARIS KAYU YANG AWESOME

Dulu aku praktikal di UST Sabah, tiap hari kena cari demo sains baru dan yang paling penting menarik minat pelajar sekolah semasa pameran. Macam2 jenis demo lah yang kena jumpa time praktikal dulu. Dan selepas praktikal, baru aku jumpa satu demo yang ada wow factor! iaitu mengimbangkan tukul yang super awesome! Ianya sama seperti demo A BERDIRI!

Apa itu A BERDIRI? jum aku terangkan sedikit mengenai A BERDIRI daripada file praktikal aku yang terkubur dan berhabuk :D

2 biji guli bertindak sebagai pemberat yang mengimbangi struktur A ini. Pada keseimbangan bahagian kiri dan kanan adalah sama berat. Walau bagaimanapun, apabila struktur ini senget ke arah kanan sebagai contoh, bahagian kiri akan menjadi lebih berat dan jatuh semula ke bawah kepada keadaan keseimbangan. Perkara yang sama juga berlaku apabila ia senget ke arah hadapan mahupun ke arah belakang.- Daripada report praktikal.

Bahan2: guli, kayu sate dan double tape/selotspe.

Haa..kalau kamu mahu buat, benda ni sangat senang, tetapi hasilnya sangat awesome sehinggakan boleh diimbangkan diatas sudu semasa minum nescafe! must try!

Ok, berbalik kepada tukul dan pembaris kayu tadi, demo ni hanya guna tali, pembaris kayu dan tukul. jum layan video dibawah.

 



p/s: Apa lagi, cuba lah buat demo ni kalau berani B-)

Posted by dari tadi On 11/07/2011 03:23:00 AM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment