SAJA2: Ulasan dan alasan kalah lagi.

   

Semua orang tahu yang Harimau Muda kalah lagi malam ini walaupun;
0. Advantages memihak kepada Malaysia malam ini.

1. Kita mendahului 2-0

2. Kita mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri.

3. Kita mempunyai kelebihan pemain kerana kad merah yang diperolehi oleh pemain Bahrain.


Mungkin kita kalah kerana;
0. Terlalu yakin untuk memburu lebih banyak gol.

1. Pemain tidak dapat memberi tumpuan kerana kecederaan.

2. Posisi pemain yang tidak sesuai.

3. Taktik Bahrain yang mencederakan key player Malaysia.

4. Fakri tidak main malam nih lah.

Kita boleh perhatikan dimana;

0. Selepas kita mendahului 2-0, Bahrain mula bertindak lebih agresif.

1. Pemain Bahrain lebih kerap melakukan terjahan2 keras terhadap key player Malaysia mengakibatkan kecederaan.

2. Selepas beberapa terjahan, kecederaan beberapa orang pemain Malaysia telah menganggu rentak permainan.

3. Nazmi dan Afizie yang telah tercedera merupakan key player. Manakala Syahrul pula baru lepas daripada kecederaan.

4. Malaysia telah membuat 3 pertukaran. Tetapi malangnya Irfan juga tercedera malam ini tidak dapat diganti.

5. Kecederaan irfan dan kehilangan Nazmi serta Afizie menyebabkan bahagian midfilder kita lumpuh.
Memberi peluang Bahrain untuk memecahkan pertahanan kita dengan mudah.


6. Secara ilusinya, pada separuh masa kedua, Malaysia bermain dengan 9 orang (kecederaan Irfan dan ketidakcergasan Syahrul).

Kesimpulan;
0. Mungkin memang bukan rezeki Malaysia untuk menang malam ini.

1. Memang selepas ini, Harimau muda akan dikritik hebat oleh pemerhati.

2. Segelintir penyokong tidak begitu konsisten. Belum habis permainan, sudah belah begitu sahaja. Kalau menang tahu pula kongsi kegembiraan.

3. Kita terima kekalahan malam ini atas semangat kesukanan.

4. Sekian saja ulasan peribadi  daripada aku.


p/s: Majulah bolesepak untuk negara.

Posted by dari tadi On 11/28/2011 01:12:00 AM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment