KERETA ELEKTRIK BACK TO THE FUTURE BAKAL BERADA DI PASARAN PADA 2013 (5GAMBAR)

Hello future!

Berita gembira buat peminat movie Back To The Future kerana sebuah kereta elektrik DeLorean akan berada di pasaran pada tahun 2013 seperti yang diumumkan oleh Syarikat Motor DeLorean Texas.

Untuk pengetahuan anda, kereta asal yang digunakan dalam movie tersebut ialah kereta DeLorean DMC-12 dan bagi yang tidak tahu, Back To The Future merupakan movie sains fiksi yang diarahkan oleh Robert Zemeckis menceritakan tentang seorang remaja yang balik ke zaman sebelum ibu bapanya berkahwin dengan menggunakan sebuah kereta sebagai mesin masa. Cerita movie ini diinspirasikan daripada teori saintis terkenal, Albert Einstein!

Mengenai specs kereta ini pula, ianya mempunyai motor elektrik yang berinduksi 400 volt AC, 260 kuasa kuda dan mempunyai sistem penyejuk cecair. Ianya juga mempunyai kelajuan maximum 125 mph dan mampu untuk memecut dari 0-60 mph dalam masa 4.9 saat.

Kereta ini juga menggunakan bateri Flux Power LifePO4 yang perlu dicas selama 3.5 jam (daripada kosong hingga penuh) dan kereta yang fully charged boleh bergerak sejauh 100+ batu serta boleh bertahan selama 7 tahun jika tidak diguna!

Jadi peminat kipas susah mati yang berduit, sila simpan duit anda untuk kereta yang retro lagi elektrik ini yang mungkin berharga $90,000-4100,000!

There's no way to back, we move to the future! :D





via: xcitefun, autoblog, abcnews

Posted by dari tadi On 12/24/2011 08:10:00 AM1 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

1 comment: