KERETA KONSEP: KOBOT CITY EV

Aku semakin minat dengan kereta konsep! Mungkin kerana kereta konsep memang nampak macam zaman2 gaban dan power ranger semakin hampir :))

Mari lihat kereta elektrik konsep yang diberi nama KOBOT ini. Kereta yang dimajukan oleh syarikat Kowa Tmsuk ini sebenarnya bukan direka untuk perjalanan jauh, tetapi untuk dipandu disekitar bandar. Macam kereta di padang golf dan kereta pembersih dalam shoping mall tu.

Kereta yang mempunyai kelajuan maximum 30 km/jam ini mempunyai tiga jenis prototaip, iaitu model ν (nyu) dan β(beta) yang memuatkan seorang (pemandu) sahaja. Manakala model π(pi) boleh memuatkan 2 orang.

Kenderaan yang kecil macam ini boleh mengurangkan kesesakan dan senang cari tempat parking disamping teknologinya yang canggih (boleh disync dan dikawal dengan smartphone!)

Mungkin untuk masa ini, kereta ini masih belum praktikal digunakan kerana motorsikal dan basikal konsep mungkin lebih sesuai. Jadi, tunggu motorsikal dan basikal dah outdated, baru lah kenderaan seperti ini akan berleluasa :))

Yeah, kalau benda ni dah berleluasa, bandar akan nampak macam cerita sains fiksi! :D






source:  akihabaranews

Posted by dari tadi On 12/11/2011 01:19:00 PM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment