LIGER: KUCING PALING BESAR DI DUNIA

Kucing? :-?

klik link untuk tengok gambar2 cute now dangerous later seperti diatas.

Mari mulakan pelajaran ringkas pasal keluarga kucing pula. Sila perhatikan pengelasan hidupan dari segi biologi dan saintifik:

Kingdom > Phylum > Class > Order > Family > Genus > Species

Jadi, kucing dan yang seangkatan dengannya berkongsi keluarga (Family) iaitu yang dinamakan Felidae. Singa, harimau, cheetah, kucing, lynx dan yang sebiji macam mereka dipanggil Felid!

Akan tetapi, kucing kecil (biasa) berasal daripada genus Felis dan spesis F. Catus. Manakala saudara mereka yang besar lagi gagah, berasal daripada genus Phantera dan spesis yang berlainan setiap satunya seperti singa daripada spesis P.leo dan harimau pula daripada spesis P. tigris.

Ok cukup intro pasal kucing! sekarang fokus kepada tajuk pula.

Liger merupakan kacukan singa jantan dan harimau betina. Disini kita dapat lihat bahawa harimau dan singa berkongsi genus Phantera dapat dikacukkan menghasilkan Liger atau Tiglon (kacukan singa betina dan harimau jantan).

Bukan harimau dan singa sahaja boleh dikacukkan, malah genus Phantera yang lain juga seperti jadual dibawah.

 

Memandangkan ini ialah entry pasal liger, mari mengenali lebih lanjut pasal liger :D

Liger, merupakan keluarga kucing yang paling besar dan sangat cergas. Ianya mewarisi banyak sifat2 asal daripada kedua induknya seperti berenang (daripada induk harimau) dan bersosial (daripada induk singa).

Yang pastinya, liger tidak pernah wujud di alam semulajadi melainkan ianya dikacukkan didalam kurungan. Ini kerana, Habitat harimau dan singa di alam semulajadi asal tidak bertindih. Walaubagaimanapun, terdapat lagenda tentang liger yang hidup secara semulajadi di kawasan yang habitat dua spesis induk ini bertindih.

Liger juga sering menghadapi risiko masalah kesihatan, kecacatan akibat mutasi dan hayat yang pendek. Kerana saiznya yang agak besar daripada induk asal, harimau betina yang mengandungkan liger ini selalunya melalui proses pembedahan untuk mengeluarkan anaknya.

Akhir sekali, memperkenalkan kucing paling besar di dunia, iaitu Hercules the Liger! B-)



source: wikipedia (1, 2, 3, 4), snopes

Posted by dari tadi On 12/17/2011 03:11:00 AM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment