MESIN GIGANTIK UNTUK MEMINDAHKAN BOT

Ini adalah lambang kecanggihan dan kemajuan!

Mesin gigantik dibawah merupakan sebuah lif! yah, sebuah lif untuk memindahkan bot daripada satu terusan, ke terusan yang lebih tinggi.

Struktur ini dinamakan Falkirk Wheel terletak di Scotland, UK, merupakan sebuah lif bot yang berputar. Falkirk Wheel menghubungkan terusan Forth dan Clyde dengan terusan Union. Dibuka pada tahun 2002, Ia dinamakan sempena bandar Falkirk yang berada di tengah-tengah Scotland.

Bagaimana ia berfungsi dan berkerja? Secara ringkasnya,

1. Ianya berfungsi dengan mengangkut bot pada laluan sehala. Bot akan masuk ke dalam caissons (seperti gendola atau pengangkut)
2. Apabila sudah bersedia, ianya akan berputar 180 darjah untuk menaikkan bot tersebut.
3. Ianya mempunyai 2 caissons, jadi satu caissons akan dibiarkan kosong untuk bersedia memasukkan bot yang lain apabila satu bot sudah dinaikkan.

Selain daripada berfungsi untuk menjadi pengangkut, caissons juga menakung air yang diangkut bersama bot tersebut. Jadi Secara saintifik, Falkirk Wheel mengaplikasikan prinsip Archimedes, " floating objects displace their own weight in water" (orang2 fizik dan engineering mesti tahu).

Jum lihat mesin raksasa ini :))












via: worldgreatestsites

Posted by dari tadi On 12/14/2011 01:23:00 PM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment