MINUM PETANG SAMBIL MAKAN SEJARAH PURBA

Hari ini sangat panas, jadi aku buat sirap oren sambil layan National Geographic di youtube!! :)) Kalau aku dah layan cerita2 macam ni di youtube, memang akan melekat beberapa jam depan komputer. Dari satu video ke video yang lain. Cerita pasal sejarah ketamadunan memang merupakan makanan bagi aku. Yes aku suka sejarah! dan part yang paling aku tidak suka pasal sejarah ialah sejarah politik Malaysia dan yang seangkatan dengannya!

image: gobekli tepe

Berbalik kepada tajuk, ATLANTIS. Sebenarnya banyak teori yang dikemukakan oleh pelbaga pihak sejak dari dulu lagi. Pelbagai nama kota dan tamadun yang hilang seperti lemuria, mu, atlantis dan pelbagai lagi cerita mitos turun temurun daripada kitab2 purba, catatan2 pengembara dahulu kala dan artifak2 serta pelbagai ukiran2 di tapak2 sejarah seperti ingin memberitahu bahawa sebelum zaman ini, telah wujud zaman yang lebih maju daripada zaman yang kita lalui sekarang.

Selepas satu tapak sejarah dibongkar, satu tapak lagi pula menyusul! Pusat arkeologi lembah bujang(mungkin pusat tamadun tertua di asia tenggara), gobekli tepe di turki (dikatakan merupakan pusat lahirnya agama, temple tertua didunia dijumpai di sana), piramid bosnia (masih misteri tentang pemiliknya) dan sudah pasti akan ada lagi penemuan2 baru yang bakal mengejutkan dunia dan mengubah sejarah manusia!

Mungkin kesemua sejarah2 ini telah terkubur lama dan tersimpan rapi selepas banjir besar suatu ketika dulu! sebut pasal banjir besar, mesti semua tahu pasal banjir besar ketika zaman Nabi Nuh a.s (The prophet of Noah). Ketiga2 agama samawi juga mempunyai certa tentang nabi Nuh a.s, Bahtera besar, dan banjir besar.

Namun, selain daripada ketiga2 agama samawi tersebut, bangsa2 di kepulauan pasifik juga mempunyai cerita dan mitos yang sama diturunkan sejak nenek moyang mereka. Ada yang mendakwa bahawa mereka sebenarnya berasal daripada satu daratan yang luas namun ditimpa bencana dalam sekelip mata yang menengelamkan(menghilangan?) daratan tersebut.

Tidak lupa juga catatan daripada epik tertua dunia iaitu epik gilgamesh daripada tamadun mesopotamia! epik ini juga telah menceritakan tentang banjir besar tersebut. namun yang menjadi persoalannya, adakah banjir besar ini berlaku di seluruh dunia atau hanya pada tempat2 tertentu?

Atlantis, satu ketamadunan yang misteri sehingga sekarang masih belum dibuktikan mungkinkah ianya sundaland seperti professor Santos dari brazil katakan? mungkinkah ianya suatu kerajaan kuno yang tenggelam disebut2 dalam kitab purba dari india? atau ianya berada di sepanyol seperti dikatakan? dimanakah pilar herculis yang sebenarnya?

Seperti satu cerita fiksi, perjalanan yang sangat jauh dan lama mungkin akan dibuktikan pada suatu hari.

stop..stop..Stop! fuh sudah lama tidak buat karangan melarat pula ceritanya :))

Tanpa membuang masa jum layan
National Geographic - Finding Atlantis - March 2011 - 1/4 
National Geographic - Finding Atlantis - March 2011 - 2/4
National Geographic - Finding Atlantis - March 2011 - 3/4
National Geographic - Finding Atlantis - March 2011 - 4/4


p/s: artikel diatas ditulis bersumberkan pengetahuan aku sendiri hasil daripada memakan banyak benda2 seperti diatas. Sebarang kesilapan fakta adalah amat dikesali termasuk typo! sekian. :D

Posted by dari tadi On 12/08/2011 04:36:00 PM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment