RED FOX BUKAN FIREFOX

Musang merah atau red fox merupakan satu spesis musang artik dengan nama saintifik Vulpes vulpes.

Pertama kali melihat musang ini, aku terus teringat kepada icon Firefox iaitu browser kegemaran aku. (kuno kan tidak guna chrome. sukahatiakulah!). Tapi, yang sebenarnya icon Firefox itu merupakan dari spesis panda! yes icon firefox ialah seekor panda merah atau red panda!

Memang sedihlah kan, musang merah ni sepatutnya jadi firefox tapi panda pula yang dapat nama. Baik namakan firepanda haha. Mungkin kerana musang merah ini boleh berubah warna mengikut musim, tapi secara faktanya firefox memang gelaran bagi panda merah.

Tapi jangan sedih lah kawan, walaupun nama firefox merujuk kepada panda merah, namun musang merah juga sudah terkenal di serata dunia dengan watak pokemon vulpix iaitu fire type pokemon! pun jadilah.

Ok jom layan gambar-gambar musang merah daripada wilayah Kamchatka, Russia di bawah.












Pictures by Russian photographer-animalist Sergey Gorshkov@bigpicture.ru

Posted by dari tadi On 12/08/2011 10:51:00 AM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment