TANGAN BESAR DI GURUN ATACHAMA CHILE (4 GAMBAR)

This is real.

Terdapat sebuah arca tapak tangan gergasi yang terletak di gurun Atachama, Chile, tempat yang paling kering di dunia! Melihat Tapak tangan ini, ianya seolah2 milik kepada suatu arca manusia yang sangat besar dan tertimbus breratus meter jauh didalam gurun tersebut.

Tunggu! Ini sebenarnya bukanlah jumpaan tamadun purba seperti Gobekli Tepe ataupun Piramid Lembah Bosnia.

Tapak tangan ini dipanggil "Mano de Desierto" ataupun "Hand of the Desert". Arca ini sebenarnya telah dibuat oleh pengukir arca daripada Chile, Mario Irarrázabal dan telah dirasmikan pada tahun 1992.

Dibuat pada altitude 1100 meter di atas paras laut dan berketinggian 11 meter, arca yang terdiri daripada komposisi besi dan simen ini sering menjadi tarikan pelancong kerana terletak di Lebuhraya Pan-Amerika.

Oh ya, ianya bukanlah satu-satunya arca seperti ini, sebelum ini Mario Irarrázabal juga penah membuat arca tangan yang digelar "Monument to the Drowned" pada tahun 1982 yang terletak di Pantai Punta del Este, Uruguay dan arca yang serupa juga pernah dibuat beliau di Madrid pada tahun 1987 dan Venice pada tahun 1995.

Sure, kalau benda ni kena buat pada zaman ancient dahulu, sekarang ni orang akan ingat ada arca besar tertanam di bawah tu :D




credit pics: sweet-station

--This post originally edited by Dari Tadi Pagi. If you want to share this post, please put a link of this blog as a credit. #terimakasih--

Posted by dari tadi On 12/21/2011 11:07:00 AM1 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

1 comment: