TUTORIAL MASALAH 'LINKWITHIN' MUNCUL SEBELUM 'READ MORE'

Ok aku bingung sebab linkwihtin aku muncul sebelum jumpbreak (readmore) macam gambar di bawah, aku ingatkan hanya sementara, rupanya memang problem betul! Sebenarnya aku malas mahu buat tutorial di blog ini, cukuplah aku bagi link untuk tutorial yang berlambak di luar sana. rajin2 google la :D

Pergi link ini jika kamu mempunyai masalah yang sama :jacqsbloggertips  #sekian.


p/s: baru selesai satu masalah! B-)


GAMBAR KEJADIAN KERETA API MEREMPUH LORI MINYAK DI KK

Aku tidur petang tadi, bangun2 jak terkejut dengan berita ni. Lepas tu ikut perkembangan cerita di twitter @kkcity Berikut merupakan gambar2 yang terkumpul. Dikhabarkan setakat ini tiada penumpang yang kehilangan nyawa dan beberapa penumpang cedera telah dirawat. Apapun sama2 la berdoa, supaya semua yang terlibat didalam kemalangan ini selamat dan tiada perkara yang lebih teruk berlaku. #PrayForKK Kita tunggu laporan lengkap di surat khabar esok.

READ MORE

CHATTING BERSAMA CLEVERBOT

Boring chat dengan manusia yang bikin panas?! silah bermain dengan cleverbot.com. Tanya sahaja apa yang kamu rasa. kalau boleh dalam english, nanti kalau BM dia tak paham :D

Amaran: berhati2, benda ni pandai menjawab disebabkan terlampau pintar..haha



p/s: aku chat dengan benda ni sampai dia bingung menjawab..haha


REKACIPTA YANG KLASIK

Awal 1900-an merupakan zaman bermulanya perkembangan teknologi dan idea2 awal untuk teknologi zaman sekarang. Di bawah ini merupakan antara ciptaan pada masa lampau. Jum Layan B-)


Tiub basikal digunakan sebagai alat untuk mengajar berenang di Jerman pada 1925.

READ MORE

TROLL DI ATM

LOL sepantas kilat..//// :))


SILA UJI ADAKAH ANDA GAY ATAU TIDAK (18+)

Amaran: Jangan layan entry dan pandai2 menjalani ujian ini jika anda tidak cukup umur dan bukan seorang yang open minded. :P

1. Hanya yang cukup umur sahaja dibenarkan menjalani test ini.
2. Lelaki lebih diutamakan untuk mengambil ujian ini.
3. Bagaimanapun, perempuan yang berminat untuk menjalankan ujian tidak akan dihalang.
4. Pihak tiba2jam6petang tidak bertanggungjawab atas2 apa2 kesilapan semasa ujian.
5. sekian. lol :))

READ MORE

THE MOBILE TRACKER WEBSITE!

Siyes! Teknologi semakin canggih!

1. Pergi ke website ini themobiletracker
2. Masukkan number hp anda
3. Dan biarkan The Mobile Tracker membuat kerjanya.
4. Teknologi yang hebat!


STAR TREK DAN PENCAPAIAN MASA KINI

Cool yeah! Dunia zaman sekarang sedang menghampiri teknologi yang sama dengan filem Star Trek B-)

READ MORE

APA ITU TAKUT

 fakta2 mengenai ketakutan! :-O


READ MORE

ENDING KOMIK YANG SENTIASA SADIS DAN LOL (4GAMBAR)

Sesiapa yang suka buat komik, perlulah kreatif untuk membuat jalan cerita yang terbaik. Sila enjoy ending yang paling anda suka. Sekian.Lulz. :))

READ MORE

SAJA2: post berat!

Post berat?

Dalam blog ini, aku sebenarnya sangat malas mahu buat entri yang 'berat'. Dah lah kena cari dari banyak sumber, kalau aku ada mood dan rajin saja aku akan paparkan entri-entri yang ilmiah sikit, tu pun tersangatlah ringkas haha. Jadi sila enjoy entri-entri troll yang tidak berfaedah ini sebagai pembunuh masa anda!

Adapun niat di hati ini (ayat klasik!) mahu mengulas isu-isu semasa di dalam negara ini mahupun diluar negara, tetapi ianya terlalu skema dan tidak bersesuaian dengan blog ini.

Mungkin satu hari nanti, aku akan buat blog yang lain yang lebih skema dan anti troll. Entri-entri yang ringan lagi rangup adalah sangat best, tidak perlu sediakan fakta-fakta berat dan sukar dihadam otak. Paparkan gambar saja orang dah boleh enjoy kan?

Apapun, terpulanglah kepada blogger itu sendiri, blog sendiri, masing-masing ada cara sendiri untuk berblog. Sekian :)


THE MOST VALUABLE ACTION FIGURES!

Berikut merupakan patung aksi figura yang paling berharga dan mahal mengikut list yahoo games. Memang #demm mahal benda ini. B-)


READ MORE

TROLL DALAM DUNIA KUCING

As seen  on YouTube...




READ MORE

CONGRATS N9 & WELCOME BACK AR53NAL

Tahniah kepada nohgori 9 sebab menang piala Malaysia yang merupakan antara piala tertua di benua Asia ini. (mula pada 1921). Dan tidak lupa juga kepada peminat AR53NAL~ hehe :D malam ni kita boleh riak sikit, sebab hari ini hari AR53NAL! Welcome back the gunners!! Walaupun aku cuma ikut twitter @Arsenal jak tadi. Time tengok highlight tadi, terjumpa pula video hitler pasal result match malam ni. Jum layan :)) so funneh!!



EPIC TROLL VIDEO!!

Awesome video, must watch! :)






READ MORE

DARIPADA KERANI JADI JUTAWAN (BERITA)

Memang genius!

Kalau sudah rezeki, takkan kemana juga. Tahniah kepada Sushil Kumar yang berjaya memenangi AS$1 juta (RM3.07 juta) dalam kuiz Who Wants to Be a Millionaire versi India.

Beliau berkerja sebagai seorang kerani dan hanya mendapat gaji bulanan sebanyak AS$130 (RM399). Lepas nih boleh la hidup senang. Kisah dia sebiji macam filem Slumdog Millionaire.

sumber: kosmo


SENI MELUKIS DI CERMIN KERETA

Memang pantang lah dulu time, budak2 sekolah kalau jumpa yang cermin penuh dengan habuk, mesti mahu tinggalkan cap di sana. Macam2 jenis tulisan yang ada di sana termasuk perkataan yang tak patut2! 'saya budak sekin!', 'smile face' , 'love forever' antara yang pernah nampak dulu. Apalah..buang tebiat betul :D Cubalah buat sesuatu di cermin tu yang tahap cool menjunam tinggi sehingga pakcik bawa van sekolah pun di dalam dilema untuk mencuci atau tidak cermin van beliau. Apa yang aku maksudkan ialah hasil2 karya seprti dibawah! barulah orang respek bro. Tapi sayang seni sebegini tidak kekal lama namun yang penting kepuasan untuk menghasilkan karya2 itu. Lepas buat, ambil lah gambar kan, baru kekal :))



READ MORE

TIBA2 SCARY: GAMBAR MEMBUAT COSTUME ZOMBIE (7GAMBAR)

Otak kau bro!

Di bawah ini ialah gambar semasa makeup team tengah membuat seorang zombie yang real! Eh? Costume ja lah haha.

 

READ MORE

DISEBALIK KELAHIRAN LOGO INI (6GAMBAR)

Hahaha. :))

READ MORE

FLASH GAME: BREAKING CODE

Game yang simple dan sangat berguna untuk membunuh masa. haha cara main adalah seperti berikut:
1. Letakkan huruf2 pada setiap kod.
2. gunakan hint jika berputus asa :P
3. Pecahkan kod sehingga berjaya.
4. Anda berjaya membunuh masa.
5. Sekian. :))




KOMIK DORAEMON YANG SANGAT KECIL!

ting tiong..buku Doraemon yang kecil.

Tadi adik aku beli buku komik Doraemon disekolah (apalah jual komik di sekolah) ada pameran buku di sana. Jadi aku sadis seketika mengenangkan zaman muda aku dulu, beli komik Doraemon berharga RM5.60 setiap satu.

Beliau beli komik doraemon versi kecil ni tadi hanya RM1 setiap satu buku. Apapun, ianya masih tidak dapat mengalahkan buku koleksi Doraemon standard yang pernah aku miliki dulu. Tapi semua sudah hilang, sangat sadis!

READ MORE

PIRAMID LEMBAH BOSNIA:PIRAMID TERTUA DAN TERBESAR DUNIA?

Piramid Lembah Bosnia merupakan beberapa buah piramid yang terletak di Visocica Hill dan terletak di bandar Visoko di tengah-tengah Bosnia. Piramid2 ini mulanya disangkakan sebuah bukit biasa, namun apabila diperhatikan dengan teliti, ianya mempunyai ciri-ciri sebuah piramid seperti mempunyai empat cerun yang sempurna dan simetri. Setelah ahli arkeologi membuat cari gali, mereka menemukan pintu masuk piramid tersebut! Disebabkan beberapa persamaan dengan piramid Matahari yang terletak di Teotihuacan, Mexico, piramid yang paling besar disitu diberi nama Piramid Matahari Bosnia. Berikut merupakan senarai piramid yang ditemui disana setakat ini:
1.Piramid Matahari (piramid tertua dan terbesar dunia)
2. Piramid Bulan (piramid kedua tertua dan terbesar dunia)
3. Piramid Cinta
4. Piramid Bumi
5. Piramid Naga

READ MORE

KONSEP: SAMSUNG GALAXY SKIN - SMARTPHONE ANDROID MASA HADAPAN (9GAMBAR)

Nice.

Smartphone terbaru daripada syarikat Samsung yang pembangunannya masih di peringkat konsep. Smartphone yang fleksibel ini dikhabarkan akan berada di pasaran pada tahun 2012!

Jom layan beberapa gambar konsep smartphone yang menggunakan operating system android ini.Perghh..fleksibel habis!

 

READ MORE

MOVIE ROBOT DARI INDIA

Tadi time kupi2, aku tertengok satu movie di tv2, movie berbahasa tamil(wiki cakap, berbahasa tamil) bertajuk Enthiran. Aku pun layanlah sambil kupi2, boleh tahan juga movie ni, lagi2 Aishwarya Rai yang jadi heroin. Haha movie ini menceritakan sebuah robot berteknologi tinggi yang dicipta oleh tuannya telah jatuh cinta kepada tunang tuannya. Tuannya memusnahkan robot ini kerana tidak berpuas hati dengan sikap robot yang semakin menjadi-jadi, lalu membuang sisa robot tersebut. Musuh kepada tuan robot ini memungut dan membaiki robot ini sehingga robot ini telah bertukar jahat. Mahu tahu apa ending cerita ni, pergi lah cari dan download..haha apa pun best juga layan time deepavali ni daripada layan movie tempatan yang ntah apa2. Dan dibawah ini ialah salah satu klip lagu daripada movie tersebut yang menarik perhatian aku. Sangat nais! Aishwarya Rai somboy! :D




P/s: Penat buat post guna hp nih! Btw, aku dah mula buat review haha :D


SAJA2: Test!

Sebelum ni, aku ada try untuk update blog guna hp, tetapi gagal. Mungkin hp ni tidak secanggih ipong! Dan percubaan kali kedua ini diharapkan berjaya melalui trick terbaru yang secara tidak sengaja aku terjumpa..Haha sebelum terlupa, sekali lagi ditegaskan, entry ini dibuat melalui hp.sekian :))


TIBA2 TROLL: CUBA TEKA SIAPAKAH BELIAU?

Hint:6-1. Lol.
 
    


SMILEY AND REALITY

Ramai orang yang suka guna smiley dalam bentuk text di fb mahupun sms. Di bawah adalah antara smiley yang kerap digunakan dan jika smiley tersebut menjadi realiti, ianya memang sangat funny..haha :)) Antara smiley yang kerap aku guna untuk update status fb ialah "XD dan ":3" :D 




sumber: memecenter

p/s: ": (((((((" wins! haha


LOL: WHO'S THAT POKEMON! XD (8GAMBAR)

Siapa pokemon kegemaran anda? :))

READ MORE

256GB USB FLASH KELUARAN KINGSTON YANG SUPER!

Kamu bangga dengan pendrive 32 gb atau 128gb kamu? nah  tambahkan lagi riak  kamu dengan pendrive daripada kingston, DataTraveler 310 yang mempunyai kapasiti 256 gb! :-O wohoo menyamai external hardisk ni. Ianya dijual di sini dengan harga RM 2,380! #demm mahal!





Specifications:
● 256 GB
● 25MB/sec. read and 12MB/sec. write data transfer rates
● includes Password Traveler
● does not require Administrator rights to access the Privacy Zone.
● 73.70mm x 22.20mm x 16.10mm


sumber : kingston


UNCANG TEH YANG KRERATIF DAN AWESOME (6GAMBAR)

Nice.

Tiap kali minum teh, boring juga tengok uncang bentuk yang sama! Jom layan uncang teh yang kreatif lagi awesome pula, barulah kupi2 menjadi lebih bermakna..haha

Untuk orang yang gemar menggunakan mug lutsinar.

Boleh bakar sekali jika perokok kehabisan stok.

Kali ni tengok manusia pula tergantung.

Sambil kupi2, boleh lah main perahu sekali.

Serius aku akan beli kalau Sabah Tea ada jual uncang macam ini! Tapi memamg beli Sabah Tea pun selalu. hehe

Santai. :D
via: www.toxel


GAMBAR KLASIK EINSTEIN DENGAN LIDAHNYA

Mr E=MC^2.

Selama ini aku ingatkan gambar Einstein yang menjelirkan lidah ini telah diubah menggunakan photoshop.

Rupa2-rupanya gambar yang dipaparkan di bawah ini ialah gambar yang sebenar daripada Einstein dan ianya diambil oleh seorang photographer bernama Arthur Sasse. Siapa sangka gambar di bawah bukan sebuah hasil photoshop, sangat klassik!!

 
via:neatorama


MEMECAH KOD RAHSIA!

Jom jadi detective sekejap! Gambar dibawah ialah sebuah cover ep bagi satu band muzik. Tajuk ep ini ialah 'music for nurses ep". Nampak cover ni macam ada agenda tersembunyi illuminati!//haha just kidding. Ok jangan guna google, sebab jawapan ada dibawah(kalau berputus asa :P) selamat berjaya :D



    

sumber: moillusions


p/s: aku ambil masa 10 minit untuk memecah kod ini..haha


KEAJAIBAN DUNIA YANG KELAPAN: THE GREAT MAN MADE RIVER

Keajaiban dunia kelapan?

The Great Man-Made River merupakan saluran paip air yang membekalkan air dari telaga di padang pasir Sahara ke pusat penduduk Libya yang tertumpu pada jalur pantai utara negara tersebut.

Pada tahun 1953, usaha Libya untuk mengali telaga minyak tidak berhasil, tetapi telah menemui kuantiti air bawah tanah yang sangat banyak di padang pasir Sahara. Dengan penemuan ini, satu projek yang diberi nama Great Man-Made River telah dirancang yang mempunyai 5 fasa telah menyelesaikan masalah kekeringan tanah di Libya. Yang paling menarik ialah, terdapat 1300 telaga yang dianggarkan menghasilkan 6.3 juta meter kubik air sehari serta dapat mengairi tanah Libya selama 500 tahun dan keatas!

The Great Man Made River, adalah projek pengangkutan air yang terbesar pernah diusahakan di dunia, dan telah dianggap keajaiban dunia yang ke lapan! Jangan terkejut kerana projek ini telah diilhamkan oleh Muammar Muhammad Abu Minyar al-Gaddafi (Muammar Gaddafi ) pemimpin Libya pada masa tu.

Gambar menunjukkan sebuah telaga The Great Man-Made River ditengah2 padang pasir yang diambil melalui google maps.


Yang ini pula salah satu kawasan (ladang) yang diairi oleh projek ini. Kehijauan di tengah pasang pasir, oasis buatan!


Kotak merah menunjukkan telaga The Great Man-Made River berdekatan dengan ladang yang diusahakan.

Saluran paip yang mengairi tanah Libya dibuat dalam 5 fasa.

Paip air menyalurkan air yang di pam daripada telaga.


Video mengenai The Great Made River





sumber: gmmra


JANGAN MINUM HOT CHOCO INI!

Lihat betul2 gambar dibawah :D Jika tidak dapat detect apa2, sila tekan show. #sekian.





    
MAKAN DIBOLEHKAN :))


sumber: moillusions

p/s: Sangat nais sehingga menjilat jari!


DUA KEPALA

Sambil2 google, ternampak pula gambar bayi berkepala dua, then buat aku cuba buat sikit research, terjumpa pula video di youtube. Kita patut bersyukur kerana dilahirkan lebih sempurna dan jangan menghina kekurangan orang orang lain.

bayi dua kepala yang dilahirkan di china.




Abigail dan Brittany Hensel yang dilahirkan pada 7 march 1990.


p/s: berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.


SAJA2: ADAKAH AKU KENA TROLL SELAMA INI?

Sebelum ni aku guna kerap yahoo search (time google belum femes).

Senang sebab aku guna yahoo mail. Tapi pada satu hari, ntah macamana, tiap kali aku taip (bookmark pun dah buat) yahoo.com, suka hati ja dia tukar pergi kepada m.yahoo.com (Msia yahoo lah tu). Masalahnya, aku lebih suka yahoo.com dari malaysia punya yahoo sebab news yang dipaparkan. yahoo.com = world news.

Ini berlaku kerap kali walaupun macam-macam cara dah buat dan sekarang, apabila aku login email yahoo, bila dah sign out, suka hati dia ja pergi tukar kepada sg.yahoo.com (singapore punya home)!

Jadi yang terbaik aku guna sekarang ialah google.com, setakat ini sangat bagus dan tiada masalah :D, Masuk part guna google ni, aku pun masuk lah google account aku, then tukar wallpaper(google home) kepada sesuatu yang hijau (sedap juga mata memandang) dan aku guna wallpaper seperti di bawah.


Haaa hijau kan? tenang hati mencari bahan-bahan, ilham pun senang masuk! Sekian lama aku guna wallpaper ni sebagai wallpaper untuk google home, baru aku perasan sesuatu, disana ada orang sedang berdiri dan merosakkan suasana hijau tersebut. Demmm!

    

Persoalannya, ADAKAH AKU KENA TROLL SELAMA INI?????FFFFuuuuuu!


SAJA2: bahasa

Yeah! Kali ini aku mahu buka cerita pasal suatu perkara. Sebenarnya aku sebagai blogger sabahan, memang sudah biasa menggunakan bahasa melayu sabah (BMS), lebih tepat lagi loghat sabah (struktur ayat yang kadang2 sedikit berbeza daripada BM standard). Bagi pembaca2 blog ini yang bukan berasal dari sabah, terutamanya semenanjung, saya mengharapkan supaya anda semua tidak terganggu dan tersinggung dengan penggunaan BMS di dalam blog ini. Andaikata anda tidak faham beberapa perkataan, jangan malu dan bertanya :D///

Ok dipanjangkan cerita, Sebenarnya aku sangat suka loghat2 bahasa melayu dan bahasa2 lain yang ada di malaysia. Memang harmoni hidup di malaysia dengan rakyat yang berbilang kaum dan bangsa. Mahu belajar semua bahasa dan loghat tu, pergghhh tunggu aku jadi prof la dulu. haha :D Berdasarkan pengalaman aku, student2 yang berasal dari sabah, apabila berada di semenanjung, kebanyakan akan menggunakan loghat (slang?) semenanjung untuk berkomunikasi di sana. Itu terpulang kepada mereka sendiri, masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang harimau,(kalau boleh jangan masuk,nanti kena makan) mengaumlah kan..haha dan sebaliknya pula student2 dari semenanjung yang belajar di sabah kebanyakannya tidak akan mengubah loghat mereka, betul atau tidak?.(ntah....). Sekali lagi la terpulang kepada diri masing2, tiada masalah disana selagi komunikasi tidak terhalang! :D

Tetapi sepanjang aku berkenalan dengan kawan2 dari negeri lain, aku tiada masalah berkomunikasi dengan mereka, Dan apa yang aku sangat suka, aku boleh bergurau menggunakan loghat asal mereka. (kalau aku tahu lah) dan mereka no problem punya :D. Lagi satu yang aku suka buat apabila berchatting dengan kawan2 sabahan yang belajar di semenanjung, aku akan menggunakan slang semenanjung sebagai tanda gurauan..hahaha korang ingat aku duk kat sabah tak reti nak speaking semenanjung ke? apacer bro..wakakaka. =)) dan sangat unik apabila slang sabah digabungkan dengan slang semenanjung! ini selalu berlaku di UMS! (gilak ler!!! =)))



sebagai penutup, ok sejak bah kalau mo guna slang apa2, janji ko gumbira :D :D

p/s: sorry kalau typo, malas mahu cek balik/

p/s yang p/s: slang dan loghat, aku pun keliru, sendiri2 faham lah ok :>


PLENET BARU LAHIR

Sebagai penggemar bintang2 dan angkasa :>, aku sangat kagum apabila pertama kali melihat gambar plenet yang baru lahir ini.haha.Gambar ini sebenarnya diambil oleh ahli astronomi Universiti Hawaii dan merupakan gambar plenet baru lahir yang pertama sekali diambil :-O Harap2 lepas journal rasmi keluar, lagi banyak gambar2 akan disiarkan.


sumber: yahoo news


CASA CONFETTI YANG AWESOME

Casa Confetti merupakan sebuah bangunan yang awesome dan berwarna-warni di kampus Uithof, Universiti Utrecht, Netherland (Belanda) yang merupakan apartment pelajar. Rekabentuknya diilhamkan oleh arkitek Marlies Rohmer dan Pembinaanya bermula pada tahun 2006 dan siap di peghujung tahun 2008.

Macam rubik's cube, cool!

READ MORE

CHUCK NORRIS SANGAT IMBAAA!

Lol sungguh imbalance. hahaha Chuck Norris wins! B-)



SENI: DARI KERTAS HITAM YANG DIPOTONG

Seni, kalau sudah terrer apa2 pun jadi!

Sangat cool dan kreatif orang ini buat. Kerja yang sangat teliti, mungkin image ini di print dahulu, then dipotong sehingga menjadi hasil seperti di bawah ini, Boleh cuba sendiri kalau mahu dan juga sebagai aktiviti membunuh masa!

READ MORE

SCARY FAMILY

jangan tengok lama2..nanti lama2..//lol :D




    



sumber :newopticalillusions