HAPPY NEW YEAR EARTHLINGS!

Selamat datang tahun 2012! tahun dimana 1 dunia kena troll


BAJU SEGERA DARIPADA CHINA YANG CANGGIH (11GAMBAR)

Apakah sihir ini?

Baju daripada China ini perlu dikembangkan dan direndam dengan air sejuk sebelum boleh dipakai! Yes, air sejuk bukannya air panas seperti mee segera.

Kalau berminat untuk membelinya, boleh ke laman web made-in-china.com. Barangan canggih sebegini daripada China selalunya menarik dan cool, tapi tahap keselamatan dan kualitinya selalu rendah! Apapun, canggih juga baju ni.
    

READ MORE

CASING IPHONE GLOW IN THE DARK YANG COOL (2GAMBAR)

Ini cool.

Pemilik iphone, apakah style casing iphone yang anda guna sekarang? Sukakan casing yang pelik seperti casing iphone yang mempunyai tangan? atau sukakan casing yang simple dan cool?

Jom lihat casing iphone glow in the dark yang simple dan membuatkan anda cool di dalam gelap :D Ianya untuk iphone 4 dan 4s sahaja dan boleh dibeli di sini dengan harga $ 19.99. Sebenarnya casing ini diperbuat daripada polikarbonat dan getah separuh lembut, yang paling penting ianya bukan diperbuat daripada cendawan glow in the dark ok! :))

READ MORE

SENI MENGECAT TRAK DAN BAS DI PAKISTAN (8GAMBAR)

From Pakistan with arts!

Jom tengok trak dan bas yang dicat dengan berwarna warni di Pakistan. Sebenarnya amalan menghias bas dan trak ini masih diamalkan di seluruh Pakistan dan beberapa negara lain walaupun kos pengubahsuaian adalah mahal. Setiap bas dan trak yang dicat dan dihiasi adalah mengikut citarasa pemandu kenderaan tersebut. Mereka menghabiskan sekitar $3000-$5000 untuk hiasan ini termasuk perubahan struktur, lukisan, kaligrafi dan banyak lagi.

So, Japanese kindergarten bus yang kawaii lagi pikachu segala itu sebenarnya maling budaya Pakistan! #joke. Jangan demo lah, layan yuk:))

READ MORE

IKLAN 'VISION OF FUTURE' DARIPADA TAHUN 1940 (10GAMBAR)

Klasik.

Orang djaman sebelum kita memang mempunyai banyak vision of future. Sebenarnya memang setiap zaman orang akan memikirkan tentang bagaimana untuk memajukan teknologi, kalau tidak manalah ada kecanggihan disekeliling kita sekarang. Semuanya datang daripada idea dan vision of future si pembuat.

Mungkin 100 tahun dari sekarang, generasi pada masa itu pula menganggap segala konsep (kereta, rumah dan sebagainya) yang ada pada zaman ini sama seperti gambar dibawah. Ada banyak juga rekacipta klasik yang kita tidak pernah lihat dan ada banyak juga vision of future yang dihasilkan sebelum zaman ini, sama ada ianya sudah dicapai pada zaman ini atau tidak, siapa tahu kan.

Ok lah panjang pula cerita, Jom layan gambar di bawah. Ianya merupakan beberapa contoh vision of future yang digunakan dalam iklan syarikat BOHN pada tahun 1940. Cool~ B-)

READ MORE

LOL PIC: WHY PIZZA!! WHY?

Logic! :D


DESIGN KATIL BERKONSEPKAN FACEBOOK (3GAMBAR)

Sekarang Facebook pun dah jadi katil.

Semasa belajar dulu, kalau boleh semua barang aku bawa naik atas katil. Aku mengimpikan sebuah katil yang mempunyai meja untuk study dan letak laptop pada masa yang sama, tetapi tidak kepada tandas!

Katil konsep yang direka oleh Tomislav Zvonari─ç daripada DevianTom ini amat hampir kepada citarasa dan katil yang aku mahukan selama ini. Cuma ada penghalang pada huruf "f" di tengah katil tersebut.

Katil idaman aku ialah, apabila penat dan mengantuk, aku just jatuhkan diri kebelakang dah boleh rehat dan tidur (pemalas tahap gaban). Aku memang tidak suka duduk beberapa jam depan meja untuk study, buat kerja mahupun online, boleh sakit belakang! Apapun, bagus juga idea beliau ini, tapi jangan terkena insomnia sebab Facebook pula. :>

READ MORE

TIBA2 HOW TO: PATUNG BERUANG DARIPADA STOKIN

Kreatif dan cute!

Jom lihat bagaimana untuk membuat patung beruang yang comel daripada stokin. Aku rasa tahap serangan comel daripada patung beruang yang dihasilkan bergantung kepada bakat mengunting dan menjahit serta minat. :>

Apapun, anda boleh cuba buat sendiri di rumah.

READ MORE

LOL: JADI BATMAN DENGAN BANTUAN IBUBAPA

Hahaha sadis!

Mengingatkan aku kepada entry lama tentang hero dan kisah sedih. lol :))

READ MORE

LOL PIC: EPIC MATH MACHINE

hahaha


SAJA2: Asal 'dari tadi pagi'

Saja mahu beritahu, blog kupi2dulu dah update. Siapa yang mahu tahu dan tertanya2 asal usul nama 'dari tadi pagi' boleh baca di sana atau sila klik sini untuk terus baca blog kupi2dulu B-)


p/s: like facebook tiba2jam6petang di sini kalau mahu lihat update melalui fb ok ;)

Terima kasih dan selamat tahun baru! :D


THE ORIGIN OF DARI TADI PAGI

#mycomic kali ini menggunakan bahasa Melayu dan mungkin struktur ayat lebih kepada seorang Sabahan.
aku buat komik ini sebagai intro untuk entry akan datang di blog kupi2dulu.

Jadi, layan dulu lah #mycomic14, The origin of Dari Tadi Pagi. :D


FOTOGRAFI ANTI GRAVITI TANPA MENGGUNAKAN PHOTOSHOP (5GAMBAR)

Fotografi anti graviti!

Anda mesti pernah nampak gambar pertama di bawah kan? Ianya cukup terkenal dan dah lama berlegar di internet. Sebenarnya gambar tersebut ialah salah satu karya daripada Li Wei yang terkenal dengan fotografi anti graviti!

Apa yang paling menarik ialah kerja beliau ini tidak menggunakan sebarang sentuhan photoshop untuk menghasilkan kesan anti graviti tersebut melainkan dengan teknik2 seperti kabel, gabungan props, kedudukan kamera dan juga aksi2 akrobatik.

Sila ke laman web beliau di sini untuk lagi melihat lebih banyak hasil karya seperti ini dan jom layan beberapa fotografi anti graviti daripada Li Wei di bawah.

Problem gravity?:>

READ MORE

MEMBUAT HANDPHONE STEAMPUNK DARIPADA SAMSUNG E590

Nice!

Sebelum ni aku ada postkan entry pasal handphone steampunk daripada Ivan Mavrovic. Kali ni, jom lihat pula bagaimana sebuah handphone lama brand samsung E590 yang diubah menjadi handphone steampunk.

Siapa2 yang masih ada handphone lama, bolehlah cuba2 untuk ubah handphone anda kepada steampunk sytle daripada ianya menjadi koleksi terbiar yang sentimental kepada jiwa anda. haha Kalau ada peralatan yang lengkap, mahu juga aku tukarkan Nokia 2600 aku yang sedang berpencen di dalam almari tu menjadi handphone yang nampak ganas dan bontot jahat! :))

READ MORE

ROLLERMAN DENGAN SUT BERODA YANG COOL DAN LAJU

Woah! robot?!

Peminat sukan beroda daripada Perancis, Jean-Yves Blondeau telah mencipta sejenis sut beroda seperti gambar di bawah. Versi alat ciptaan beliau setakat ini mempunyai 31 buah roda yang boleh mencapai kelajuan 110 km/jam! Sila lihat video daripada youtube di bawah juga, sangat cool~ :D

Ini susuatu yang extreme untuk dilakukan!

READ MORE

POTRET DARIPADA SISA PENSIL (2GAMBAR)

Potret kreatif lagi!

Potret daripada dawai sudah, benang dan paku sudah, huruf pun sudah, dan kali ini potret daripada sisa pensil. Sisa pensil? Ya, kalau dah guna pengasah pensil yang jujur, jom lah buat seni pula. :D

Karya di bawah ini sebenarnya ialah hasil seni daripada Kyle Bean, artis seni dan designer yang berpengkalan di UK. Sayangnya, beliau hanya menghasilkan beberapa potret sebegini khas untuk Wallpaper Handmade issue. Walaupun hanya beberapa potret, ianya tetap awesome! B-)

READ MORE

iRETROPHONE YANG KLASIK CANGGIH (7GAMBAR)

Sukakan yang gaya retro tapi pada masa yang sama anda penggila gadget daripada Apple?

iRetrophone, merupakan sebuah dock iphone yang kelihatan sangat klasik! ia juga boleh berfungsi sebagai charger iphone anda dan gagang dock ini boleh digunakan semasa membuat panggilan seperti telefon di rumah. Ianya datang dalam beberapa jenis, anda boleh lihat di sini dan harganya di bawah $350.

Oh ya, kalau anda mahukan dock iphone yang super rage besar, sila lihat iNuke boom ini juga :D

READ MORE

GAMBAR EMBRIO HAIWAN DALAM KANDUNGAN (8GAMBAR)

Amazing!

Standardlah kalau selalu nampak bayi manusia yang masih berada di dalam kandungan. Bagaimana pula dengan haiwan yang masih dalam kandungan?

Di bawah ini ialah beberapa gambar haiwan yang masih berada di dalam kandungan. Gambar ini diambil daripada dokumentari National Geographic, "Extraordinary Animals in the Womb". Producer dokumentari ini, Peter Chinn telah menggunakan kombinasi ultrasound tiga demensi, grafik komputer serta kamera kecil untuk menangkap gambar terperinci embrio haiwan tersebut.

READ MORE

VIDEO WTF: CARA MENCURI YANG PALING PRO DAN LOL

FfffuuuuU!!!

Aku teringat dengan video di youtube pasal seorang makcik yang curi komputer tablet hari tu, memang pro. Tapi makcik kali ini mungkin lagi pro daripada makcik tersebut! hahaha :))

    


MODEL THE LARGE HARDON COLLIDER DARIPADA LEGO (5GAMBAR)

Orang fizik pun main lego juga.

Sascha Mehlhase, seorang physicist yang berkerja di Niels Bohr Institute, University of Copenhagen telah membuat model Large Hardon Collider (LHC) dengan skala 1:50 daripada 9500 buah lego yang menelan belanja melebihi $2,600.

Sebenarnya LHC merupakan sebuah pemecut zarah bertenaga tinggi dan paling besar di dunia. Terletak di sempadan Perancis dan Switzerland, Ianya berada di dalam terowong bawah tanah sedalam 175 meter dan mempunyai ukur lilit 27 kilometer.

Sebagai perbandingan mudah, bayangkan betapa kecilnya satu atom yang dipecutkan dan akan berlanggar dengan atom yang lain di dalam struktur berukur lilit 27 Km yang super besar ini! Kalau LHC yang dibuat menggunakan lego ini dah kompleks, bayangkan LHC yang sebenar. Cool.

READ MORE

INFOGRAPHIC: BATMAN AND HISTORY OF THE BAT-SUIT

Super cool infographic!

Kalau Superman, costume memang tidak banyak perubahan yang ketara. Tapi bagaimana pula batman? Mesti ada kecanggihan yang ditambah dalam setiap siri yang ada dari segi costume mahupun peralatan yang digunakan :D

Di bawah ini ialah infographic untuk semua set costume batman (bat-suit) yang diambil daripada komik, movie, video game mahupun persembahan theater! woah! B-)

READ MORE

CENDAWAN RARE GLOW IN THE DARK DIJUMPAI SEMULA (4GAMBAR)

Glow in the dark?

Satu spesis cendawan glow in the dark telah dijumpai semula oleh researcher di Brazil. Ianya baru dijumpai pada tahun 2009 dan tidak pernah dilihat sejak 1840!

Djaman budak dulu, aku pernah jumpa benda ini di sekeliling rumah. Sebelum aku mengenali tangkai aiskrim paddle pop glow in the dark, aku sudah mengenali cendawan ini. Walaupun ianya beberapa kali aku jumpa benda ni, (tu pun kebetulan jumpa masa keluar waktu malam), Aku pernah juga cuba untuk membiakkan benda ini dengan menyiram batang pokok agar ianya menjadi lebih lembab. Tapi gagal. haha

Apapun, cendawan yang aku jumpa tidaklah sebesar dalam gambar dibawah (mungkin spesis lain) ini tapi ianya still glow in the dark This is true story, mungkin anda juga pernah jumpa benda ini, tapi apa boleh buat kan, kita manalah tahu benda ni sangat rare dijumpai. haha

Daripada news tersebut, sebanyak  65 spesis fungi yang bercahaya telah ditemui. Mungkin spesis yang aku jumpa tu dah masuk dalam list, atau ianya spesis baru? Who knows :D

Jom tengok gambar cendawan glow in the dark yang rare ini :D

READ MORE

HERO DAN PENJAHAT VERSI COMEL (8GAMBAR)

Ini memang cool.

Aku memang suka post benda2 yang melibatkan hero ni. Kali ni disertakan dengan penjahat sekali pun best untuk dilayan. Oh yah, sesiapa yang mempunyai hasil karya yang macam ni atau ilustrasi yang tahap power awesome,bolehlah dikongsi disini :>

Di bawah ini ialah beberapa hasil karya daripada Christopher Uminga. Macam budakbotak yang telah dipakaikan costume pula.haha

Layan~ B-)


READ MORE

LOL COMIC: SALAH POTONG

Hahaha :))

via: funzu


LUKISAN KANAK-KANAK MENJADI ILUSTRASI YANG AWESOME (11GAMBAR)

Awesome!

Zaman kanak-kanak, semua benda mahu dilukis dan imaginasi zaman kanak-kanak memang melampau sehingga tahap Gaban. Apa yang akan terjadi jika lukisan zaman kanak-kanak anda dijadikan satu masterpiece yang hebat?

Di bawah adalah beberapa hasil karya daripada ilustrator Dave Devries yang menjadikan lukisan kanak-kanak sebagai idea untuk ilustrasi awesome ini. Memang sebiji haha!

READ MORE

SAJA2: Promote tiba2jam6petang di Facebook fanpage

Maju setapak lagi.

Orait, aku dah buat fanpage kebetulan semasa aku menghadapi saat2 sukar untuk blogging sebab tidak dapat ping entry di FB, jadi dengan itu, mungkin setiap entry baru, aku akan post di fan page. Kalau mahu lihat update guna dashboard blogger, mungkin susah mahu nampak dengan list blogger lain dan update yang terbaru daripada mereka. :>

Jadi, kepada yang sudi menyokong blog ini, sila like fanpage tiba2jam6petang (klik) jika anda mahukan update terkini melalui facebook.

 p/s: fanpage baru lagi, nanti2 aku update setting fan fage tu, biar lagi sedap dimakan. :D


HEADER FACEBOOK TIMELINE YANG COOL DAN TROLL (10GAMBAR)

Yeah. Sudah tukar profile Facebook anda kepada Facebook timeline?

Aku tidak tahu kenapa ada yang tidak suka kepada Facebook Timeline. Mungkin nampak semak dan serabut. Macam Facebook ticker juga dulu, nampak sangat semak dan kacau tapi sekarang kan dah senang stalk orang. Haha.

Ok, lupakan masalah semak atau tidak, bagi yang dah guna Facebook timeline macam aku, mesti sudah tahu cara guna Timeline dengan betul kan? Apapun, sila ubah setting supaya privisi anda tidak terpapar kepada umum.

Perkara yang paling menarik mengenai Facebook timeline ini semestinya tentang header yang mengingatkan aku kepada zaman Friendster dan My Space. Dengan adanya header ini, suda pasti ramai manusia di luar sana akan datang dengan pelbagai idea kreatif.

Salah satunya ialah Sam Spratt yang membuat header untuk Facebook timeline ini daripada icon-icon ragecomics. Jom layan header yang beliau hasilkan. Sungguh trolling in the deep!

READ MORE

SERANGAN COMEL DARIPADA AMUR EZRA THE SIBERIAN CAT (12GAMBAR)

Cute!

Aku terjumpa gambar kucing masa sibuk tanya pakcik google. Nama kucing ini ialah Amur Ezra! Memang sangat sesuai dengan gaya dan rupanya yang ganas tapi ada taman dalam hati. :)) Tidak banyak maklumat yang aku dapat semasa tanya pakcik google, siapakah si Amur Ezra ini. Setiap kali aku buka website, semua tertera;

Siberian Cat Amur Ezra is the king of the cats!

Melalui pakcik wiki pula, ianya dari spesis kucing siberia yang dipercayai adalah asal usul kepada semua kucing yang berbulu panjang pada hari ini dan kucing siberia juga mempunyai banyak jenis seperti moca siberian, red siberian dan lain2.












via: madarena


SAJA2: tidak dapat ping entry ke Facebook groups dan fanpage? ini solution paling baik setakat ini.

Warrrgghh! timmy!

Mahu tahu kenapa aku rage tahap timmy southpark ni? Sebab tidak dapat ping entry ke group blogger di fb. This is serious. Mahu cakap button send fb rosak tidak pula, beribu blogger lain dengan slamba Eric Cartman pulang rumah ping entry di FB tuh.

"we encountered following error sending this message" bila dah tekan send pada button tersebut.

Aku tidak tahu kenapa, dan sudah puas tanya pakcik google. Daripada try and error yang aku buat, aku dapati masalah ini berpunca daripada verification word facebook. Yalah, mungkin aku banyak kali ping entry di facebook, fb ingat aku ni robot (bot) apa boleh buat, new update aku buat dekat 4-6 entries 1 hari. haha

READ MORE

KIUB AIS YANG BEST DAN KREATIF

Macam lama tidak post barang bagus.

Jom layan bekas ais yang best ni. Kalau bekas dah best, kiub ais yang terhasil pun mestilah best kan. Tapi aku jarang minum minuman sejuk melainkan pakai straw. Gigi sensetif disebabkan tampal punya pasal!

Tapi kalau ada bekas ais macam di bawah ni, rajin juga buat lemon teh ais bentuk otak haha.

Jangan bentuk tahi sudah! :))

READ MORE

BULATAN PELANGI DARIPADA KERETA HOT WHEELS (3GAMBAR)

Awesome!

Kepada penggemar dan pengumpul kereta mainan yang terdiri daripada kanak2, orang dewasa dan orang tua, bulatan pelangi ini akan membuatkan mata anda bersinar dan berwarna warni! :))

Sebenarnya bulatan pelangi ini diberi nama Car Atlas diperbuat daripada susunan 2500 kereta mainan Hot Wheels oleh David T. Waller. Karya ini telah memenangi People’s Award daripada Arts Depot Open pada tahun lalu.

@-)

READ MORE

GAMBAR PELIK DARIPADA LALAT MATI (12GAMBAR)

Lagi seni pelik daripada haiwan yang mati.

Tapi ini tidak sekejam arca hibrid lagi pelik daripada gabungan beberapa badan haiwan yang telah diawet seperti entry yang lalu.

Swedish photographer bernama Magnus Muhr membuat karya di bawah daripada lalat yang telah mati. Beliau meletakkan lalat2 tersebut di atas kertas dan menyusun aksi2 lalat yang telah mati ini seperti mereka telah hidup dan membuat aksi2 yang pelik. Di bawah merupakan beberapa gambar daripada beliau, untuk gambar yang lebih banyak, sila ke website beliau di sini.

Kreatif juga bermain dengan mayat lalat, tapi bermain dengan mayat bukan sesuatu yang bagus.:D

READ MORE

GAMBAR MANIPULASI MAKANAN DARIPADA SUPERMARKET ESSELUNGA (11GAMBAR)

Makanan~~

Kalau lapar, mesti terbayang makanan yang sedap2. Sorry lah kalau makanan yang belum dimasak, langsung tidak akan dipandang haha.

Esselunga ialah supermarket di Itali yang mempunyai banyak cawangan. Mereka ini terkenal dengan kekreatifan untuk membuat iklan dengan memanipulasi makanan menjadi objek2 yang lain.

Di bawah ini beberapa manipulasi gambar makanan daripada supermarket ini. Nice :D

READ MORE

SAJA2: goodbye 2011

Yeah.

Sejak sibuk dalam 2 hari yang lepas, mood blogging aku mula hilang ditambah lagi tidak boleh ping entry di Group blogger Fb, hadoi. I dunno whats the problem here.

Tapi tidak apalah, teruskan blogging juga sebab aku pecaya, ada juga follower yang akan baca blog ini. hehe

Aku mula aktif blogging balik sejak 3 bulan yang lalu, jadi sekarang dah hujung tahun, tapi target entry untuk tiga bulan ini cukup memuaskan, oktober (79 entries)november (164 entries) dan desember (167+ entries) jadi dah cover untuk entries sepanjang tahun lah kirannya. haha kalau sebelum ni, malas sangat pada tahun 2010, aku hanya buat 10 entries! haha semuanya personal punya.

Harap2 masuk 2012, aku masih rajin buat entry baru (walau bukan setiap hari), walaupun sibuk dengan mencari perkerjaan (ini paling utama)target untuk entries setiap bulan, mungkin 30 sahaja. sikit kan? kalau banyak info, banyak la entry yang di post :D

Tapi tidak kisah lah update kah tidak, yang penting blogging ni ikut mood, idea dan ikhlas. Perkara yang sangat best dapat cari kawan baru, tukar maklumat, idea dan boleh menambah pendapatan sampingan juga kan? (walaupun sangat siput duit mahu masuk haha)

Ok lah, jumpa lagi di next entry :))


TROLLCAT ON YOUTUBE

What?

Adakah youtube dilahirkan khas untuk kucing? Yang pasti, kucing memang dilahirkan sebagai seekor troll yang hebat! haha.

Sebenarnya, ini ialah troll dalam dunia kucing part 2. Part 1 sudah aku post beberapa lama dulu, cuma kali ini aku buat mycomic sekali. Layan :))




READ MORE

MENANG LAMBORGHINI DAN HANCUR

Sadis!

Apa yang anda lakukan jika menang kereta mewah? simpan selama seminggu atau terus tayang kepada orang ramai?

Sungguh lucky lelaki daripada Utah ini keranan berjaya memenangi sebuah kereta Lamborghini Murcielago berwarna hijau, tapi sungguh unlucky lagi sadis apabila kereta yang beliau baru menangi terlibat dalam accident pada hari tersebut juga, 6 jam selepas menerima kunci kereta!

Apa boleh buat lah bro, barang kena bagi percuma memang cepat rosak..haha joke. :))

READ MORE

SAJA2: Hari yang sibuk.

Fffttt!!!

Aku banyak urusan hari ini, sampai ke malam dan esok pagi sampai ke petang!:))

Harap2 tidak sakit kepala. :-h


WORD PORTRAIT DARIPADA JOHN SOKOL (5GAMBAR)

Wow.

Sebelum ni aku ada post pasal potret daripada dawai dan juga potrait daripada benang dan paku. Kali ini, mari lihat potret daripada huruf sangat cool.

Word portrait di bawah merupakan hasil karya John Sokol. Untuk melihat lebih banyak gambar, sila ke laman web beliau di sini.

Layan seni, jom:D

READ MORE

KERETA ELEKTRIK BACK TO THE FUTURE BAKAL BERADA DI PASARAN PADA 2013 (5GAMBAR)

Hello future!

Berita gembira buat peminat movie Back To The Future kerana sebuah kereta elektrik DeLorean akan berada di pasaran pada tahun 2013 seperti yang diumumkan oleh Syarikat Motor DeLorean Texas.

Untuk pengetahuan anda, kereta asal yang digunakan dalam movie tersebut ialah kereta DeLorean DMC-12 dan bagi yang tidak tahu, Back To The Future merupakan movie sains fiksi yang diarahkan oleh Robert Zemeckis menceritakan tentang seorang remaja yang balik ke zaman sebelum ibu bapanya berkahwin dengan menggunakan sebuah kereta sebagai mesin masa. Cerita movie ini diinspirasikan daripada teori saintis terkenal, Albert Einstein!

Mengenai specs kereta ini pula, ianya mempunyai motor elektrik yang berinduksi 400 volt AC, 260 kuasa kuda dan mempunyai sistem penyejuk cecair. Ianya juga mempunyai kelajuan maximum 125 mph dan mampu untuk memecut dari 0-60 mph dalam masa 4.9 saat.

Kereta ini juga menggunakan bateri Flux Power LifePO4 yang perlu dicas selama 3.5 jam (daripada kosong hingga penuh) dan kereta yang fully charged boleh bergerak sejauh 100+ batu serta boleh bertahan selama 7 tahun jika tidak diguna!

Jadi peminat kipas susah mati yang berduit, sila simpan duit anda untuk kereta yang retro lagi elektrik ini yang mungkin berharga $90,000-4100,000!

There's no way to back, we move to the future! :D

READ MORE