IDEA SUPER #1: ULTIMA TOWER DAN X-SEED 4000

Apakah status negara maju dapat dicapai dengan bangunan pencakar langit yang tinggi?

Zaman semakin maju, dari masa ke semasa manusia giat untuk membuat sesuatu yang baru. Negara2 di dunia seolah-olah berlumba untuk membina struktur yang paling tinggi di dunia. Dimulakan dengan Menara berkembar Petronas yang megah bermula pada tahun 1998, muncul pula menara Taipei 101 untuk mengatasinya pada tahun 2004 dan Pada 2010, Burj Khalifah tersergam mengatasi segala struktur tertinggi di dunia namun masih tidak dapat diatasi oleh Abraj Al-Bait Towers (Menara Jam) di Arab Saudi yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini, 2012.

Sekali lagi perlumbaan ini tidak berakhir begitu sahaja, selepas projek Menara Jam, Arab Saudi mula mengorak langkah untuk membina pula Kingdom Tower atau Burjul Mamlakah yang bakal mengatasi Burj Khalifah pada tahun 2016/2017.

Persoalannya di sini, selepas Kingdom Tower memegang starus struktur tertinggi di dunia, adakah lagi projek yang bakal dibuat untuk mengatasi ketinggian menara ini?

Jawapannya ialah mungkin ada.

Setahun sebelum projek Menara Berkembar Petronas dimulakan pada tahun 1992, Seorang arkitek daripada Amerika, Eugene Tsui telah mencadangkan sebuah struktur super tinggi yang digelar Ultima Tower pada tahun 1991. Ultima Tower ini juga dikenali sebagai Two-mile High Sky City kerana ianya berketinggian 3,217m iaitu menyamai jarak 2 batu dengan anggaran kos pembinaan sebanyak $150,000,000,000.00!

Tujuan asal menara ini dicadangkan adalah untuk mengurangkan penggunaan kawasan di bumi yang semakin padat dengan penempatan manusia. Ianya Salah satu alternatif kepada penempatan di luarangkasa apabila bumi semakin sesak dengan populasi pada suatu hari nanti. Menurut laman web rasmi Tsui Design and Research, tapak Ultima tower boleh memuatkan kesemua populasi pusat daerah Beijing. Ianya mempunyai 120 aras dengan ketinggian yang tersendiri dan daripada bawah ke puncak menara mengambil masa 9minit 40 saat dengan kelajuan 20kaki per saat.


Selepas konsep Ultima Tower dicadangkan, Muncul lagi sebuah konsep struktur lebih tinggi 4 tahun selepas Ultima Tower di cadangkan.

X-Seed 400 merupakan sebuah struktur super tinggi yang asalnya dicadangkan oleh Peter Neville pada tahun 1995 dan direka untuk bandar Tokyo oleh Taisei Corporation. Struktur ini berketinggian 4 kilometer iaitu menyamai jarak 2.5 batu dan ianya lebih tinggi sebanyak 224 meter daripada Gunung Fuji!

Walau bagaimanapun, menurut Georges Binder, Pengarah Urusan Bangunan dan Data daripada sebuah firma yang mengumpulkan data ke atas bangunan di seluruh dunia, idea X-Seed 4000 tidak pernah bertujuan untuk dibina, tetapi hanya untuk mendapatkan pengiktirafan dari beberapa firma dan ianya berhasil.


Walaupun Ultima tower dan X-Seed 400 masih berada dalam peringkat konsep, namun ianya tidak mustahil untuk dibina suatu hari nanti kerana satu persatu bangunan pencakar langi telah muncul untuk mengatasi pemegang rekod sebelumnya.
sources: wiki/X-Seed 4000, Tsui Design, wiki/Ultima Tower

--This post originally edited by Dari Tadi Pagi. If you want to share this post, please put a link of this blog as a credit. #terimakasih--

Related link:
IDEA SUPER: INTRO
IDEA SUPER #2: SPACE ELEVATOR

Posted by dari tadi On 1/08/2012 11:36:00 PM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment