IDEA SUPER #2: SPACE ELEVATOR

Pernahkah anda terfikir untuk naik angkasa tanpa menggunakan roket?

Sebelum wujudnya konsep ultima tower dan x-seed yang merupakan menara dan struktur tertunggi di dunia jika dibina, seorang saintis roket daripada Soviet Union (Russia ketika ini) telah pun mencadangkan struktur menara yang tingginya mencecah keluar angkasa!

Gila? manusia memang gila, tapi daripada idea2 gila seperti inilah kita mencapai teknologi yang ada pada zaman ini.

Pada tahun 1895, Konstantin Tsiolkovsky seorang saintis roket daripada Soviet Union mendapat ilham daripada Menara Eiffel telah mencadangkan satu idea yang melampaui teknologi pada masa tersebut iaitu space elevator (lif angkasa). Beliau mencadangkan sebuah struktur yang diberi nama Menara Tsiolkovsky dibina setinggi 35,786 km di bumi hingga mencecah ke luar angkasa iaitu pada orbit geopegun (orbit dimana satelit mengelilingi bumi). Masalah yang dihadapi oleh struktur yang dicadangkan oleh Tsiolkovsky ini ialah, seperti bangunan biasa, ianya memerlukan keluasan tapak yang sangat besar untuk sebuah objek yang sangat tinggi seperti itu untuk menahan mampatan dan sudah pastinya kekurangan teknologi pada zaman tersebut.

Walaubagaimanapun, idea beliau tidak terkubur begitu sahaja, sebaliknya dijadikan sumber untuk meneruskan kajian untuk pembinaan lif angkasa ini. Beberapa cadangan dan idea2 telah dikeluarkan dari masa ke semasa.

Pada tahun 1959, sekali lagi seorang saintis Soviet Union Yuri N. Artsutanov telah mencadangkan satu idea untuk memperbaiki idea daripada Tsiolkovsky. Idea beliau oalah menggunakan konsep tegangan dan kabel. Tidak seperti Menara Tsiolkovsky yang mengunakan konsep mampatan, iaitu tapak menyokong berat menara. Seperti yang diketahui orbit geopegun ialah satu kawasan antiberat (counterweght), jadi dengan menggunakan kelebihan ini, Artsutanov  mencadangkan penggunaan kabel sebagai medium untuk lif tersebut bergerak. Ini bermaksud, Satu tapak pada orbit geopegun akan ditetapkan dan daripada tapak ini satu kabel akan diturunkan ke arah satu tapak lagi di permukaan bumi, keadaan ini sama seperti seutas tali gitar. Idea ini telah dikembangkan pada tahun-tahun seterusanya sehingga beberapa idea alternatif telah dikemukakan seperti orbital ring, space fountain, Skyhook, SpaceShaft dan banyak lagi.

Idea2 ini hanya angan2 tanpa penemuan dan kewujudan bahan tahan lasak yang mampu untuk memberi sokongan dan ciri-ciri nya yang ringan.

Pada hari ini, para saintis masih giat untuk merealisasikan impian untuk mewujudkan lif angkasa ini. Penemuan bahan baru seperti Carbo nanotube seolah2 membuka ruang baru untuk memajukan teknologi ini. Carbo nanotube adalah bahan yang sangat sesuai untuk dijadikan bahan dalam pembuatan kabel untuk lif ini kerana ciri-cirinya yang sangat tahan lasak serta ringan.

Mungkin anda tertanya-tanya apakah rasionalnya membuat lif angkasa ini?

Penggunaan roket ke angkasa untuk membuat kajian menelan belanja yang sangat mahal, maka dengan kewujudan lif angkasa ini, kos akan dapat dikurangkan disamping perjalanan ke angkasa akan lebih kerap untuk sesuatu kajian. Daripada penulis bersama buku "Leaving the Planet by Space Elevator", Philip Ragan menyatakan bahawa;

"The first country to deploy a space elevator will have a 95 percent cost advantage and could potentially control all space activities."

Tapi apa yang paling penting ialah aspek keselamatan mesti diutamakan sebelum projek ini betul2 boleh direalisasikan. Siapa tahu, ianya mungkin menjadi satu tarikan palencong di masa hadapan dan mungkin juga anak cucu anda berpeluang untuk menaiki lif angkasa ini suatu hari nanti.


Video dibawah ini menerangkan sedikit tentang space elevator dan Carbon nanotube serta anda boleh melihat prototaip lif angkasa yang dibina dalam European Space Elevator Challenge. Sila tengok sampai habis, kerana part yang menarik adalah dihujung video tersebut :)


source: wiki, spaceelevator image source: infinitybound

--This post originally edited by Dari Tadi Pagi. If you want to share this post, please put a link of this blog as a credit. #terimakasih--

Related articles:
IDEA SUPER: INTRO
IDEA SUPER #1: ULTIMA TOWER DAN X-SEED 4000

Posted by dari tadi On 1/09/2012 05:34:00 PM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment