JAM TANGAN BERKONSEPKAN TENGKORAK MANUSIA OLEH RICHARD MILLE (3GAMBAR)

Memang banyak jam tangan yang menarik dan rekaannya meletup di luar sana, tapi kebetulan terpandang jam yang cool ini, jadi aku rembat masuk terus dalam blog untuk dikongsikan bersama.

Tourbillon RM 052 Skull Watch merupakan salah satu jam tangan hasil rekaan oleh pembuat jam terkenal, Richard Mille. Jam tangan ini direka dengan berkonsepkan tengkorak manusia dan pada bahagian dalamannya yang berfungsi boleh dilihat daripada luar. Jumlah keluarannya sangat terhad di pasaran iaitu 15 utas jam tangan ini diperbuat daripada titanium dan 6 utas jam tangan pula diperbuat daripada emas putih. Mesti harga pun mewah dan riak!



via: bonjourlife

Posted by dari tadi On 1/25/2012 11:16:00 AM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment