KONSEP: POKOK LAUT GIGANTIK PADA MASA DEPAN (4GAMBAR)

Nice!

Seperti yang kita tahu, populasi manusia semakin meningkat dan sekarang sudah mencecah 7 billion lebih! Populasi manusia mungkin akan terus meningkat kerana sebab2 yang diterangkan dalam video "7 Billion: How Did We Get So Big So Fast?". Jadi kesan daripada peningkatan ini, suatu hari nanti ruang di muka bumi ini mungkin tidak akan cukup untuk menampung populasinya.

Seperti konsep2 ultima-tower dan x-seed yang dapat menjimatkan ruang untuk populasi manusia dengan membina struktur2 tinggi, konsep pokok tiruan atas laut yang diilhamkan oleh firma Waterstudio.NL juga boleh digunakan untuk menyelamatkan spesis2 burung dan haiwan lain daripada kepupusan akibat daripada peningkatan populasi manusia. Bukan itu sahaja, struktur ini juga boleh didiami oleh manusia dan mempunyai tasik serta sungai tiruan!

Kesimpulannya, sebelum memikirkan idea gila untuk berpindah ke planet lain, sila gunakan kelebihan kawasan laut yang luas sebagai tempat untuk menampung populasi pada masa hadapan.




via: ifuni

Posted by dari tadi On 1/16/2012 08:53:00 PM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment