KUPI2DULU: Pendapat aku mengenai tahun baru

Bila aku buat new entry di blog kupi2dulu dan bila aku rasa mahu kongsikan kepada pembaca di blog ini, aku akan copypastekan entry dari blog itu di sini. Bila aku rasa ianya tidak patut dikongsi, aku biarkan saja dan biarlah ianya dibaca oleh orang yang berkunjung ke blog tersebut :D

Mengenai tahun baru? Sila baca pendapat yang tidak seberapa ini dan ditulis menggunakan kepala lutut!:))
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

hmm 2012?

Macam mana mahu mulakan cerita ini?

Sebenarnya aku tidaklah menyambut tahun baru ini dengan penuh taksub. Cuma sekadar untuk berkongsi kegembiraan dan menghayati peredaran waktu mengikut kalendar yang digunakan di seluruh dunia.

Jadi, jangan hairan kenapa lebih ramai menyambut tahun baru pada hari ini (mengikut kalendar greorgian yang digunapakai di seluruh dunia) begitu meriah berbanding tahun baru mengikut kalendar agama atau budaya masing2.

Apa yang aku mula sedar di sini, setiap tahun sambutan tahun baru begitu meriah dengan disana sini pelbagai pihak menganjurkan aktiviti untuk menyambut tahun baru ini, malahan hampir segenap pelusuk negara ini kedengaran bunyi bunga api.

Sangatlah kalau bagus bajet2 untuk membakar bunga api ini (baca: bakar duit) atau majlis2 sebegini digunakan untuk membantu golongan yang kurang mampu dan bukan hanya untuk hiburan dan keseronokan menyambut pertukaran angka pada setiap tahun.

Tidak bolehkah kita jangan terlalu ghairah dan melampau2 untuk menyambut tahun baru ini? fikirkan tentang mereka yang tidak bernasib baik seperti yang anda lakukan (hanya) disaat musim perayaan tiba?

Dan tidak terlepas juga, berapa banyak maksiat yang berlaku pada waktu malam semasa menyambut tahun baru di luar? berapakah banyakah masalah sosial yang timbul?


Bagi aku, cukuplah kita menyambut tahun baru ini dengan bersedarhana saja.

Tahun baru jika disambut bersama keluarga di rumah mungkin sangat bermakna kerana manusia itu tidak akan hidup selamanya untuk menyambut tahun2 yang akan datang. Luangkan lebih banyak masa kepada keluarga dan orang tersayang anda.


hmm kupi2 dulu ah. selamat tahun 2012 :)

source:kupi2dulu.blogspot.com

Posted by dari tadi On 1/01/2012 02:29:00 AM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment