TIBA2 TECH: RUMAH 3D PASANG SIAP YANG AWESOME (6GAMBAR)

Beberapa hari yang lalu aku sibuk bermain pepakura walaupun agak ketingalan djaman! apa kaitan?

Dengan pepakura, kita boleh membuat papercraft yang cool dengan mengunting helaian kertas dan sambung semula menjadi model yang kita inginkan. Tapi apabila teknologi sudah mencapai satu tahap yang lebih tinggi, kini sebuah rumah pun boleh dihasilkan dengan konsep serupa!

3D Printed Eco-Friendly Houses, rumah yang dilhamkan oleh syarikat Facit Homes menggunakan konsep pasang dan siap. Yes, rumah ini sudah dipotong ke beberapa bahagian kecil dan hanya tinggal dipasang dengan menggunakan paku, skru dan dan alatan yang lain. Aku boleh bayangkan jika suatu hari nanti, semua orang hanya pergi ke kedai untuk membeli rumah ini pada waktu pagi, dan waktu petang pula rumah sudah siap dipasang! konsep ini juga boleh diaplikasikan kepada barangan lain seperti perabot.

Yang pasti mesin CAD adalah sesuatu yang biasa bagi Architecture.:>





via: treehugger

Posted by dari tadi On 1/16/2012 09:52:00 PM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment