SAJA2: Delete entry kuno

delete entry?

Sesiapa yang sempat baca penulisan kuno aku di blog ni, syabas! Sesiapa yang belum dan tidak sempat baca, anda tidak rugi apa2 pun.


Sebenarnya aku bukan delete pun, cuma pindahkan entry2 lama ini ke blog tertutup blog dari tadi pagi. Sebab?

1. Entry2 lama sejak aku mula blogging adalah terlalu personal.
2. Kebanyakannya penaipan penulisan aku dalam entry tersebut masih tidak begitu memuaskan.
3. Dan kebanyakan perkataan yang aku gunakan adalah singkatan, dan tulisan seperti mahu menaip sms.
4. Penggunaan bahasa Sabah diawal penglibatan aku dalam dunia blogging tu aku tidak kisah, sebab semua orang masih boleh faham, tapi bila bahasa Sabah diringkaskan lagi (sms), sure kawan2 yang bukan berasal dari Sabah tidak akan faham :D

sentimental juga padamkan benda ini dari blog asal

Jadi sebagai ganti untuk penulisan dalam bahasa Sabah dan juga entry personal, aku dah buka blog kupi2dulu. Tapi still aku gunakan bahasa yang semua rakyat Malaysia boleh faham, mungkin penaipan penulisan aku sudah mula menemui gaya dan ciri2 serta trademark yang tersendiri. Sehingga sekarang, aku masih cuba untuk memperbaiki lagi penaipan penulisan aku dalam dunia blogging. Sekian :)

Posted by dari tadi On 1/07/2012 05:46:00 PM1 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

1 comment: