SAJA2: INTRO KEPADA ARTIKEL IDEA SUPER

Sekarang sudah tahun 2012, lapan tahun sebelum Malaysia mencapai target sebagai sebuah Negara maju. Sebelum aku dewasa dan belajar subjek sejarah pada di tingkatan 1, apabila topik wawasan 2020 diutarakan maka segala kereta terbang dengan kesibukan lalu lintas di udara akan terbayang. Jadi angan2 aku semasa waktu kecil dulu agak meleset kerana ianya tidak mengmbarkan tahun 2020, tetapi tahun 3030 akan datang!

Lapan tahun sebelum 2020, pembangunan kereta terbang langsung belum nampak bayang2 apa lagi bangunan pencakar langit yang mempunyai 'lif' untuk membolehkan seseorang bergerak dari satu tempat melalui terowong udara. Apapun, aku masih mengharapkan Malaysia dapat mencapai misi asal Wawasan 2020 dan berdiri sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi.

image sourcecreativerealities

Lupakan sebentar pasal 2020. Sebenarnya aku mahu buat beberapa artikel yang berkaitan dengan konsep pembinaan beberapa struktur yang super dan idea yang dianggap gila tapi, idea2 ini masih giat untuk direalisasikan secara berperingkat, jika bukan zaman ini projek itu tidak dapat dibina kerana kekurangan teknologi, mungkin pada masa depan ianya mampu untuk direalisasikan.

Seperti biasa, penaipan artikel yang aku buat akan sangat ringkas dan sekadar untuk memberikan infomasi dan mungkin juga akan menarik minat serta memberi idea baru kepada pembaca. jika mahu mendapatkan maklumat lebih banyak, anda boleh mencari di internet terutamanya wikipedia. Aku juga cuba untuk mengelakkan penggunaan bahasa yang kompleks, bahasa sains kerana bukan semua orang akan berminat untuk membaca sesuatu yang sukar untuk dihadam oleh otak mereka.

Jadi sila tunggu beberapa artikel yang aku akan buat. sekian :)

update:
IDEA SUPER #1: ULTIMA TOWER DAN X-SEED 4000
IDEA SUPER #2: SPACE ELEVATOR

Posted by dari tadi On 1/08/2012 04:59:00 PM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment