WUJUDKAH ALIEN DI ALAM SEMESTA INI

Sejak dari bangku sekolah rendah lagi aku meminati bidang astronomi dan salah satunya buku mengenai angkasa yang aku ada sewaktu begelar pelajar sekolah dulu masih aku simpan sehingga hari ini. Aku masih mengingati pada tingkatan 4, Semasa ujian lisan pada waktu itu, aku telah menghafal satu artikel ringkas yang bertajuk 'Objek terbang yang tidak dikenali' iaitu suatu artikel yang menyentuh tentang kewujudan UFO dan makhluk asing.

Persoalan yang akan timbul, Wujudkah makhluk asing dari planet lain?


Jadi dalam entry ini, aku mahu kupas sedikit dan memberi pendapat aku tentang topik ini. Mungkin entry ini akan dilihat merapu seperti sains fiksi, tapi jika kita fikirkan secara serius, ianya mungkin membuka minda anda tentang topik ini.

Unidentified flying object (UFO) atau dalam bahasa Melayu iaitu objek terbang yang tidak dikenali sudah direkodkan sejak zaman lampau lagi. Waktu itu tidak terdapat sebarang teknologi seperti teleskop dan kurangnya pengkaji.

Mungkin sebahagian UFO pada masa lampau sudah dibuktikan dan dikenalpasti sebagai komet dan meteor pada hari ini. Namun masa demi masa, muncul lagi dakwaan lain tentang UFO yang masih tidak dapat dikenalpasti mahupun dibuktikan. Daripada UFO ini pula munculnya pelbagai teori, watak2 fiksi seperti makhluk asing muncul bahkan UFO juga dijadikan sebagai petanda untuk sesetengah masyarakat pada zaman lampau.

Alien (makhluk asing) selalunya digambarkan dengan susuk tubuh yang mempunyai mata dan kepala yang besar serta mempunyai teknologi yang melampaui manusia.

Wujudkan dua entiti ini?

Bagi aku, UFO ini memang wujud, tapi bukanlah sebagai piring terbang atau pesawat canggih dengan teknologi yang bukan berasal daripada manusia. Jika kita lihat dan kaji balik berita2 mengenai UFO ini, semuanya masih misteri dan di ragui kebenarannya.

Mungkin UFO tersebut ialah suatu fenomena semulajadi yang masih tidak dapat dijelaskan sehingga hari ini oleh para pengkaji. Seperti yang kita tahu, bumi yang kita duduki ini masih banyak belum diterokai, mungkin juga bebola api atau sinaran cahaya yang didakwa sebagai UFO tersebut hanyalah cahaya hasil daripada kejadian semulajadi. Dan banyak juga teori yang mengatakan bahawa UFO yang dilihat hanyalah pesawat biasa, pesawat pengintip ataukah manusia yang melihatnya hanya sekadar berilusi dan dalam keadaan separa sedar.

Jika benar dan wujud UFO sebagai pesawat canggih yang dipandu oleh makhluk asing, kenapa sehingga hari ini mereka tidak pernah untuk berinteraksi dengan manusia? Sedangkan manusia begitu beria sungguh menghantar isyarat radio jauh ke ruang angkasa sehingga isyarat tersebut masih menjelajah untuk mencari hidupan lain yang mampu untuk memberi tindakbalas kepada isyarat tersebut.

Mengenai makhluk asing, aku juga percaya makhluk asing memang wujud. Tapi bukanlah seperti gambaran dalam filem sains fiksi dimana makhluk asing sering digambarkan sebagai primat yang bijak dan mempunyai kapal angkasa serta teknologi yang melampaui teknologi yang ada pada manusia dibumi walaupun ada seketika makhluk asing ini digambarkan sebagai raksasa kejam tapi pada masa yang sama ianya sangat bijak mengendali kapal angkas yang canggih.heh :>

Makhluk asing yang aku maksudkan wujud ialah, hidupan seperti haiwan dan tumbuhan di muka bumi ini. Seperti yang kita tahu, alam semesta ini begitu luas. Bumi dan planet2 dalam sistem suria mengelingi matahari yang merupakan sebuah bintang biasa di angkasa lepas. Sistem suria ini terletak di sebuah galaksi yang digelar Bimasakti (Milky Way) yang terdiri daripada himpunan berjuta objek angkasa yang dipisahkan oleh ruang kosong yang sangat luas.

Jika kita mahu cakap bahawa bahawa galaksi bimasakti dan sistem suria kita ini ialah sangat unik sehingga sesuai untuk menampung hidupan di bumi mungkin anggapan ini adalah salah. Di alam semesta ini pula, terdapat bejuta2 galaksi dan tentunya mempunyai lebih banyak sistem planet dan bintang seperti sistem suria kita. Sudah tentunya ada antara sistem planet dan bintang ini yang sangat mirip kepada sistem suria kita dan bumi yang mampu untuk menampung hidupan.

Seperti yang kita tahu, para pengkaji telah pun menemui planet yang mirip dengan keadaan bumi yang kita duduki sekarang. Kalau tepat dan betul apa yang dikatakan oleh pengkaji tersebut, maka berkemungkinan besar planet tersebut mempunyai hidupan seperti tumbuhan dan haiwan tapi tidak kepada spesis primat bijak seperti manusia kerana selama ini, aku masih percaya bahawa tamadun manusia di muka bumi ini ialah hidupan yang paling berteknologi di alam semesta dan manusia adalah sebaik-baik makhluk yang Allah ciptakan.

Mungkinkah pada suatu hari dengan teknologi manusia yang semakin moden, manusialah yang bakal menjadi Alien kepada makhluk di planet lain. Siapa tahu.

Sebagai penutup entry ini, aku tinggalkan sebuah video yang sangat bagus untuk memahami bagaimanakah(mungkin) bentuk alam semseter yang kita ketahui hari ini.




P/s: Sorry kalau ada percanggahan fakta kerana artikel ini ditulis berdasarkan pengetahuan yang ada dalam kepala otak aku tanpa merujuk kembali kepada sumber2 tertentu. sekian :)

--This post originally edited by Dari Tadi Pagi. If you want to share this post, please put a link of this blog as a credit. #sekianterimakasih--

Posted by dari tadi On 1/22/2012 09:02:00 PM3 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

3 comments:

  1. sebenarnya x mustahil utk kewujudan planet lain sebab alam semesta ni luas..cuma, aq x setuju kalau ufo dianggap makhluk asing sebab benda tu org blh buat. kdg2 benda2 mcm ni diclaim sebagai military secret..well, lebih kurang mcm ni: ok, klu org kita nmpak budak kecik hitam legam,pendek2 kita terus akan claim dia toyol. tp besar kemungkinan klu org barat nmpak makhluk tu dia kan kata alien.
    lagipuun, alien2 yg muncul mcm ad konspirasi dgn "new world order"..

    ReplyDelete
  2. tapi saya pernah nampak dengan mata kpla sy sdri , time tu sy di machang,kg nnek sy f daerah klantan, kjadian ni dh lme bbrpe tahun lpas, sy penah nmpk objek cam piring tapi die ade cahaya dekat bawah, lampu die bulat2, kdg wrneah wrnewrnewrneing,ore lampu bawah pring bulat tu ade lima ke enam xsilap sy tp yg psti warna tu mmg sprti berwarnatwarniberwarniy d dpan tmah nenek, sy dgn pakcik sy, pkcik sy time tu xprasan pd mlanya, tp sy yg prasanpbilbb... bile sy bgtau pkcik sy die cakap trbangtrbanghran mslahnya bntul die lain haih.. tme tu mmg sy xpuas hati sbb die kata kapal terbang, mslahnya.. bnyak kot lampu bulat2 then pergerakan die perlahan plak tu mcm tgh makan angin, kalau nak kata kapal terbang takkan lah sy bleh nampak bnyak warna lampu then bulat plak tu .

    ReplyDelete
  3. wallahualam xtau apa bnde, tp bntuk cam ufo , kjadian tu sybstill igt smpi skrg

    ReplyDelete