ANATOMI BADAN MANUSIA DARIPADA GULUNGAN KERTAS (7GAMBAR)

Sadis bila lihat sesuatu yang membuatkan otak flashback kepada masa lalu.

Daripada rekod pencapaian aku dalam bidang akademik semasa sekolah menegah dulu, subjek biologi lebih tinggi daripada fizik, dan aku ditawarkan bidang hayat semasa di Matrikulasi. Tapi apa boleh buat, aku sudah bosan menghafal dan lebih sukakan fizik yang lebih kepada aplikasi kehidupan harian. Tapi di bidang mana pun anda, semuanya memainkan peranan penting kepada dunia.

Ok, cukup dengan flashback di atas. Sebenarnya aku ternampak satu anatomi yang dibuat daripada kertas. Ianya dibuat oleh Lisa Nilsson dan sangat menarik untuk dilihat. Beliau membuat beberapa keratan rentas tubuh manusia daripada kertas Japanese mulberry. Seperti yang anda lihat dalam gambar di bawah, kertas-kertas ini digulung dan disusun untuk membentuk anatomi tersebut.

Aku tidak tahu kalau anatomi ini benar-benar dibuat secara terperinci seperti dalam buku ilmiah, tapi ianya sangat kreatif dan tentunya sangat sukar untuk dihasilkan!







via: bestbookmarks

Posted by dari tadi On 2/02/2012 06:55:00 PM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment