KERETA KONSEP: HIRIKO EV, KERETA YANG BOLEH DILIPAT (4GAMBAR 2VIDEO)

Dilipat? bunyi pelik untuk melipat sebuah kereta. haha

Ok, Sebenarnya apa yang aku maksudkan ialah kereta konsep Hiriko EV the Folding Car yang sedang dibangunkan dengan kerjasama AFYPAIDA, DENOKINN dan syarikat MIT.

Kereta elektrik ini merupakan sebuah kereta yang boleh melipat dirinya selepas anda berjaya mencari tempat parking. Yes, kalau dah jumpa ruang parking yang sesuai, sila parking dan lipat kereta Hiriko anda dan langkah ini sangat menjimatkan ruang parking yang semakin sesak terutamanya di kawasan tumpuan seperti bandar.

Kereta ini dijangkakan akan berada di pasaran pada tahun 2013 dengan harga $12,500 dan belum ada specs yang jelas mengenai kereta ini. Mahu tahu bagaimana kereta ini melipat dirinya? Sila layan video di bawah.








imgs source: hiriko

Posted by dari tadi On 2/10/2012 02:30:00 PM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment