LAUT ARAL: SALAH SATU BENCANA ALAM SEKITAR PALING BURUK DI BUMI (10 GAMBAR)

Mesti sebahagian daripada anda tidak tahu tentang krisis Laut Aral ni. Mari baca sedikit artikel ringkas di bawah.

Laut Aral terletak di antara 2 negara, utara Kazakhstan dan juga Uzbekistan di selatan. Dikenali sebagai Sea of Island kerana pernah memiliki sekitar 1500 pulau, ianya juga merupakan sebuah tasik keempat terbesar dunia suatu ketika dahulu.

Namun semuanya telah berubah apabila 90% daripada air laut Aral telah hilang menjadikkannya sabahagian kawasan seperti pasdang pasir. Punca utama yang menyebabkan kawasan Laut Aral semakin kecil dan mengering sejak tahun 1960 adalah disebabkan sungai2 yang mengalir ke arah Laut Aral telah di alihkan oleh projek pengairan Soviet Union (Rusia pada hari ini).

Laut Aral yang suatu ketika dulu sangat kaya dengan sumber laut dan aktiviti perikanan tempatan kini telah musnah kesan daripada pengeringan air Laut ini.

Apabila Uzbekistan mendapat kemerdekaan pada tahun 1991 daripada Soviet Union, negara ini telah melakukan beberapa langkah pemulihan, namun ianya masih gagal dan sehingga hari ini, laut Aral telah terbahagi kepada dua bahagian yang masih mempunyai air. Pengecilan laut Aral ini telah dikenali sebagai salah satu bencana alam sekitar terburuk di planet ini. Beribu kapal laut dapat dilihat tersadai ditengah2 kawasan kering pada hari ini.

Lihat bagaimana manusia merosakkan alam sekitar dan juga Bumi.










info via: wiki, imgs via: markosun

--This post originally edited by Dari Tadi Pagi. If you want to share this post, please put a link of this blog as a credit. #sekianterimakasih--

Posted by dari tadi On 2/09/2012 06:13:00 PM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment