MUSANG HITAM DIKESAN SEMULA DI BRITAIN (3GAMBAR)

Rare!

John Moore daripada Bassingbourn menemui seekor musang hitam di sebuah kawasan lapang yang terletak di belakang rumah beliau.

Pada mulanya jiran beliau mengangap haiwan tersebut hanyalah seekor anjing liar manakala isteri beliau yang berusia 68 tahun menyangka ianya adalah karung hitam yang diterbangkan angin.

Namun setelah En. Moore memerhatikan haiwan tersebut sendiri, beliau memastikan bahawa haiwan tersebut adalah seekor musang melalui hujung ekornya yang berwarna putih dan beliau juga berjaya mengambil gambar haiwan tersebut.

Pakar hidupan liar percaya bahawa hanya tinggal sedikit musang hitam ini yang tinggal di kawasan tersebut dan haiwan tersebut merupakan musang merah yang mengalami perubahan genetik.

Ini merupakan kali kedua musang hitam ditemui di Britain sejak kali pertama dikesan di Lancashire pada tahun 2008 dan ianya merupakan haiwan yang sangat jarang ditemui di Britain namun di Amerika Selatan, musang hitam adalah kerap dijumpai.

Menurut lagenda tempatan, musang hitam membawa nasib malang.

Updated: musang hitam yang ditemui di Britain telah mati.



via: dailymail

Posted by dari tadi On 3/30/2012 08:02:00 AM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment