GADIS BERUSIA 17 TAHUN DAN HELANG PELIHARANNYA DIUPAH BERKERJA

Bukan semua masalah boleh diselesaikan oleh orang dewasa.

Bandar Takeo yang terletak di wilayah Saga mengalami masalah akibat gangguan daripada populasi burung gagak yang banyak. Burung gagak bukan sahaja menyelongkar sampah, malah mengotorkan kawasan sekitarnya dengang najis.

Pihak berkuasa tempatan telah menghabiskan hampir 66,000,000 yen dan mengambil pelbagai cara untuk mengatasi gangguan daripada populasi burung gagak ini, namun semuanya tidak berhasil. Sebagai jalan penyelesaian terakhir, kerajaan Saga telah mengupah Misato Isibashi yang berusia 17 tahun dan helang peliharaanya Momotaro untuk menyelesaikan masalah ini.

Cara ini ternyata berkesan apabila populasi burung gagak mula berkurang dan melarikan diri daripada kawasan bandar. Ini bukan kali pertama Ibishi dan momotaro melakukan tugas sebegini kerana sebelum ini, mereka juga telah diupah oleh pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah burung merpati.

Untuk pengetahuan anda, Momotato adalah burung jenis Harris hawk dan ianya lahir di Canada.



via: japanprobe

Posted by dari tadi On 4/14/2012 11:06:00 AM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment