KUPI2DULU: April Fools - Jangan Kau dibodohkan secara halus!

Repost dari blog kupi2dulu.

________________________________________________________

Lamanya tidak lepak di sini.

Esok 1 April 2012, suatu hari yang dikaitkan dengan 'kebodohan'. Fobia tidak bertempat, mungkin. Ada sedikit sentimen agama mungkin. Disebabkan satu artikel, ya.

Kalau anda sedar, ada beberapa artikel popular yang beredar setiap kali tibanya 1 April setiap tahun. Artikel apa?

Artikel mengenai  disebalik April Fools dan kejatuhan Islam di Sepanyol serta pembunuhan beramai-ramai penduduk Islam Sepanyol. Isi utama artikel ini ialah, April Fools sebenarnya tarikh untuk memperingati hari tersebut.

Tidak tahu siapakah penulis asal yang membuat artikel ini dan untuk menjejak kembali mungkin sangat sukar kerana artikel dengan isi yang sama sudah beredar melalui emel dalam bahasa English sejak tahun 1997!

Apa yang menyedihkan, artikel ini (versi bahasa melayu) sering di-copypaste oleh orang lain dengan membuta tuli tanpa membuat rujukan.

Bila anda terbitkan (atau copypaste) artikel tanpa rujukan, orang (yang bijak) akan meragukan kesahihan cerita anda tapi, aku yakin lebih banyak yang percaya bulat-bulat dan menyebarnakknya tanpa membuat kajian terlebih dahulu.

Barang bagus harus dikongsi! kan? Tapi bukan semuanya 'bagus', pasti ada buruk disebaliknya.

Aku tahu niat untuk berkongsi maklumat yang dirasakan patut untuk disebarkan adalah baik, tapi bagaimana jika maklumat yang disebarkan mempunyai kesalahan fakta?

Dan bagaimana jika pembaca (yang bijak) mahukan kepastian fakta dan rujukan? bolehkah anda sahkan kesahihan cerita yang anda sebarkan? Itulah gunakan rujukan. Rujukan yang berasas dan boleh di kreditkan!


Berbalik kepada isu utama, aku juga sedang mencari kepastian, benarkah 1 April ini merupakan tarikh pembunuhan penduduk Islam beramai-ramai di Sepanyol semasa berakhirnya pemerintahan kerajaan Islam di sana?

Pencarian aku berakhir dengan menjumpai beberapa dozen artikel yang sama, sama, dan sama namun tiada sumber rujukan melainkan link 'copypaste daripada'.

Ok. Untuk memastikan perkara ini, Aku teruskan pencarian dengan menggunakan kata kunci;

"Exact date, fall of Islam in Spain"

Kalau benar 1 April ini adalah tarikh sebenar, maka ianya akan tercatat dalam sejarah. Daripada maklumat yang aku temui, Kota Islam yang terakhir di Sepanyol ialah Granada. Jatuhnya kota ini ketangan tentera Ferdinand and Isabella bukan pada 1 April, tetapi pada 2 January tahun 1492.

Dari mana datangnya tarikh 1 April ini? Tettt! Tiada maklumat.

Jika ikutkan sejarah, salah satu peristiwa yang dikaitkan dengan April fools ialah pada 1 April 1572, semasa pemberontak Belanda berjaya menawan bandar Den Briel dari tentera Sepanyol yang dipimpin Lord Alva dan dipercayai nama bandar ini dinamakan sempena hari tersebut sebagai penghinaan kepada tentera sepanyol dan Lord Alva.

Seterusnya, cerita disebalik 1 April yang dikaitkan dengan sejarah kejatuhan pemerintahan Islam di Sepanyol dalam artikel tersebut telah disangkal dengan beberapa fakta sejarah.

Anda boleh membaca artikel yang menyangkal 'cerita disebalik 1 April' ini di sini (BI), sini (BM) dan sini (BI) dan banyak lagi laman web.

Sebenarnya aku tidak kisah tentang 1 April ni kerana ianya adalah hari biasa bagi aku dan aku juga tidak mahu ulas mengenai sejarah April fools yang berlambak di internet.

Namun penyebaran artikel yang tidak dapt dipastikan kesahihan faktanya harus dihentikan. Mereka yang menyebarkan artikel tersebut bila 1 April tiba tidak sedar bahawa mereka sendirilah telah 'dikenakan' pada hari April Fools.

Janganlah penipuan sejarah ini dijadikan satu alasan utama mengapa april fools tidak boleh disambut oleh umat Islam, kerana secara dasarnya memang April Fools tidak boleh disambut oleh umat Islam atas beberapa dalil, sila tanya Ustaz.

Harap anda tidak meraikannya kerana ianya bukanlah budaya kita dan tiada siapa yang suka dipermainkan. Jika mahu bergurau, setiap hari pun boleh kan? Tapi janganlah melebihi batas, nanti makan penumbuk pulak. :>

p/s: Rajin pula aku taip panjang-panjang, lepas ni kupi2dulu lah. b-)

rujukan:
islamtomorrow- "April Fools? or ' MUSLIM' FOOLS DAY?"
irfi.org- the truth about april fools.
akuislam- Peristiwa April’s Fool, Adakah Ia Benar Terjadi?
wiki-Kingdom of Granada
museumofhoaxes- origin of april fools day
wiki-Expulsion of the Moriscos
wiki-Islam in Spain
wiki-Alhambra Decree
wiki-Persecution of Muslims
_____________________________________________________________________________

Source: kupi2dulubah

Posted by dari tadi On 4/01/2012 11:44:00 AM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment