REKABENTUK MEJA UNTUK MENAHAN IMPAK OBJEK YANG JATUH SEMASA GEMPA BUMI (5GAMBAR)

Good idea!

Kalau sebelum ni aku ada paparkan mengenai konsep rumah terapung di udara semasa gempa bumi berlaku, kali ini mari lihat pula meja yang direka untuk menahan impak objek yang jatuh ketika gempa bumi berlaku.

Ketika gempa bumi berlaku, langkah yang selalunya dilakukan untuk mengelakkan diri daripada terkena sebarang objek yang jatuh ke bawah adalah berlindung di bawah meja.

Tapi jika objek yang jatuh adalah terlalu berat, meja biasa tidak mampu untuk menahan impak daripada objek ini, sudah pasti orang yang berlindung di bawahnya akan menerima nasib yang sama.

Dengan terciptanya meja Earthquake-Proof Table oleh Arthur Brutter dan Ido Bruno, ianya mungkin akan mengurangkan risiko kematian akibat dihempap obejk kerana rekaan meja ini mampu untuk memampung berat objek yang jatuh sehingga 1000 kg!

Ianya bukan khas untuk meja sekolah saja, tapi rumah dan bangunan pun memerlukan meja seperti ini untuk orang yang tinggal di kawasan yang sering dilanda gempa bumi.

    




via: dezeen

Posted by dari tadi On 4/24/2012 01:20:00 AM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment