SEDIH: NENEK MENGGENDONG CUCUNYA UNTUK MENDAPATKAN PEDIDIKAN

Manly tears.

Inilah salah satu contoh kisah individu yang sangat menghargai dan sedar betapa berharganya ilmu dan pendidikan.

Untuk memberikan pendidikan kepada seorang cucu, seorang nenek, Xiang Yuncui tidak pernah jemu dan sanggup berulang-alik dari rumah ke sekolah untuk menggendong cucunya yang mempunyai masalah cerebral palsy dan tidak boleh berjalan.

Mereka melalui jalan pergunungan sejauh 5 kilometer setiap sehari untuk sampai ke sekolah dan sudah tiga tahun Xiang menggendong cucunya yang kini berusia tujuh tahun.

Menariknya, mereka berdua tidak pernah datang lewat ke sekolah walaupun perjalanan untuk ke sekolah tersebut mengambil masa lebih kurang 2 jam. Xiang juga mengatakan bahawa beliau akan teruskan mengendong cucunya selagi beliau mampu.

Harap-harap mereka berdua mendapat bantuan yang diperlukan.

Posted by dari tadi On 4/06/2012 02:52:00 PM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment