TABBER: ALAT MEMBANTU ANDA BELAJAR GITAR DENGAN CEPAT

Genius!

Sudah berapa lama aku tidak main gitar dan teringat semula pula masa mula belajar bermain gitar di bangku sekolah. Memang memerlukan keazaman untuk bermain alat muzik ini. Ingat basic chord dari buku gitar satu hal, biasakan tangan untuk menekan chord pun satu hal serta bertapa sakitnya jari sampai jadi biru keranamenekan tali gitar.

Sekarang sudah semakin mudah untuk belajar gitar dengan terciptanya alat yang dipanggil 'Tabber'.

Alat ini disangkutkan pada leher gitar anda dan ianya mempunyai LED yang akan menyala sebagai penunjuk. Jadi lebih senanglah jari anda menekan chord gitar mengikut nyalaan LED tersebut. Itu untuk yang baru belajar lah.

Untuk yang dah tahu bermain gitar dan ingin belajar untuk memainkan lagu-lagu terbaru, ianya boleh disambungkan ke smartphone dan boleh di-set-kan mengikut chord lagu yang dikehendaki melalui aplikasi pada smartphone anda. Ala-ala Guitar Pro atau Guitar Hero. versi sebenar lah ni.

Tabber ini boleh dipasang pada gitar elektrik mahupun acustik dan ianya tidak akan menggangu jari anda semasa menekan fret gitar kerana ianya sangat nipis. Alat ini masih di peringkat prototaip dan ianya merupakan satu projek oleh Kickstarter.



via: kickstarter

Posted by dari tadi On 4/01/2012 12:34:00 PM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment