ZOMBIE SHOPPING MALL: PENGALAMAN BERHADAPAN DENGAN ZOMBIE PALING REALISTIK

Way to awesome!

Mungkin ianya merupakan idaman para gamer dan juga peminat filem fiksi berkaitan dengan Zombie.

Zombie Shopping Mall yang terletak di Reading, Berkshire merupakan satu bangunan yang penuh dengan segerombolan zombie. Sebenarnya ianya adalah satu permainan baru yang dilancarkan oleh Wish.co.uk. Permainan ini memberi pesertanya pengalaman sebenar dan realistik ketika berdepan dengan situasi fiksi ini.

Para peserta akan diberikan taklimat oleh 'polis khas' mengenai misi sebelum memulakan permainan dan mereka akan dibekalkan senjata airsoft. Bayaran untuk permainan ini adalah £119.00 dan ianya mungkin sangat berbaloi untuk pengalaman menarik ini.

Aku rasa, kalau sukan Paintball dibuat dalam sebuah bangunan sebesar shopping mall seperti ini, mungkin ianya bakal menarik lebih ramai orang untuk meminati sukan ini. Buat ala-ala Counter Strike mungkin sangat menarik, siap dengan misi mematikan bom jangka masa atau melepaskan tebusan.



via: getreading

Posted by dari tadi On 4/19/2012 02:30:00 PM1 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

1 comment: