COOL: PERUBAHAN PETA EROPAH DARI TAHUN 1000M - 2003 M (VIDEO)

Sangat cool!

Jika anda pernah bermain game Civilization, anda mesti tahu di akhir permainan akan ada diberikan time-lapse secara grafik tentang sejarah jatuh dan bangunnya sesebuah civilization dalam permainan tersebut.

Aku sangat suka part ini. Melihat sebuah bandar kecil yang aku rancang sendiri, berubah menjadi empayar besar dunia dengan teknologi nuklear haha. Game ini memang sangat epik dan best kerana anda sendiri boleh feel bagaimana menjadi pemerintah sesebuah empayar dan memilih ideologi sendiri.

Lupakan sebentar pasal game tersebut, sebenarnya apa yang aku ceritakan di atas mempunyai persamaan dengan apa yang aku paparkan dalam video di bawah. Ianya adalah time-lapse mengenai peta eropah dan sekitarnya daripada tahun 1000 M hingga 2003 M.

Anda akan dapat lihat bagaimana jatuhnya dan bangkitnya sesebuah empayar melalui perubahan warna peta yang ditunjukkan dalam video ini. Ini adalah Civilization versi dunia sebenar. Harap-harap nanti akan ada versi untuk seluruh peta dunia, pasti lagi awesome!


Posted by dari tadi On 5/16/2012 09:34:00 PM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment