PEMANDANGAN INDAH DARIPADA HUTAN BAMBU SAGANO (8GAMBAR)

Semuanya hijau!

Tempoh hari aku ada paparkan pemandangan indah daripada taman bunga Kawachi Fuji yang memukau mata, Sekarang mari lihat pemandangan indah daripada hutan bambu Sagano yang terletak di Arashiyama, Kyoto, Jepun.

Terdapat sedikit info menarik mengenai hutan ini. Hutan ini menghasilkan bunyi daripada tiupan angin dan bunyi dari hutan ini telah dipilih sebagai salah satu bunyi yang harus dipelihara oleh kerajaan Jepun.

Pada tahun 1870-an, gabenor Kyoto telah mencadangkan dua sumber pokok bambu untuk digunakan oleh Thomas Edison sebagai bahan membuat filamen lampu. Salah satunya ialah daripada hutan ini, namun Edison memilih sumber yang satu lagi iaitu daripada pokok bambu yang terdapat di kuil Otokoyama Hachimankan.

Apapun, pemandangan indah di sekitar hutan ini memang sangat menenangkan!








Credit to all photographers via: amusingplanet

Posted by dari tadi On 5/03/2012 11:43:00 PM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment