AMAZING: GUNUNG DENGAN PUNCAK YANG RATA DI BENUA AMERIKA SELATAN

Sangat menakjubkan!

Tepui atau Tepuy bermaksud 'rumah tuhan' dalam bahasa asli kaum Pemon. Ianya merujuk kepada pergunungan yang mempunyai puncak rata yang terletak di tanah tinggi Guiana, benua Amerika Selatan.

Gunung Roraima atau dikenali sebagai Tepuy Roraima adalah gunung yang tertinggi diantara pergunungan tersebut. Mempunyai keluasan puncak yang rata seluas 31 kilometer persegi, gunung ini terletak di sempadan antara tiga negara iaitu Venezuela, Brazil dan Guyana.

Di bawah ini adalah gambar puncak tertinggi Gunung Roraima, ianya dipanggil Maverick Rock terletak di dalam sempadan Vaneuzela dengan ketinggian 2810 meter dari paras laut. Tidak sangka, wujud juga tempat yang begitu menakjubkan seperti ini.





via: dailymail

Posted by dari tadi On 6/14/2012 02:39:00 AM1 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

1 comment:

  1. Subhanallah~ cantik dan mengkagumkan... mesti sejuk kat atas sana kan... walau nampak macam panas.

    -Tp sejuk yg pernah pergi adalah genting and cameron jeee-

    LIKE! me:Nur Diana's Collections:Fampage

    ReplyDelete