COOL: JANKEN-ROBOT YANG TIDAK PERNAH KALAH DALAM PERMAINAN OSOM

Cool.

Janken (rock-paper-scissors) merupakan sebuah robot yang mempunyai 100% kemenangan apabila bermain permainan osom dengan manusia. Ini bermakna robot ini tidak pernah kalah apabila bermain osom bersama manusia. Ianya sedang dibangunkan di Ishikawa Oku Laboratory, Jepun.

Janken disambungkan kepada sebuah kamera high-speed vision yang merakamkan pergerakan tangan manusia dan menghantar isyarat tersebut untuk dikenalpasti oleh robot ini dalam masa 1 milisaat! Ini bermakna, sebelum manusia menghabiskan pergerakannya, robot ini sudah tahu apa yang patut dilakukan untuk menang.

Sebenarnya tujuan robot ini dicipta adalah sebagai kajian dan contoh satu sistem kerjasama antara manusia dan mesin. Mungkin lepas ni, sistem ini akan dimajukan dan diaplikasikan pada teknologi dan penggunaan yang lain. Jangan dijadikan senjata untuk berperang sudah. Mungkin juga ini permulaan kepada pemberontakan robot seperti dalam filem terminator? Imaginasi yang mengarut tapi tidak mustahil berlaku.



via: gizmodo

Posted by dari tadi On 6/30/2012 08:11:00 AM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment