FAILED: WARTAWAN SALAH ANGGAP SEX TOY SEBAGAI CENDAWAN (GAMBAR & VIDEO)

Hggghhhhhhh Hahaha.

Beberapa penduduk dari kampung Liucunbu yang terletak di kawsan pedalaman barat bandar Xi’an, China telah menemui sejenis cendawan aneh semasa menggali perigi.

Oleh kerana tertany-tanya tentang cendawan yang ditemui, mereka mengambil keputusan untuk memberitahu stesen TV Xi'an dan dengan secepatnya pihak stesen tersebut menghantar Yunfeng Ye, seorang wartawan wanita muda untuk membuat liputan.

Setelah sampai ke lokasi, Yunfeng Ye mula membuat liputan dan menerangkan secara teperinci bentuk fizikal cendawan tersebut. Melalui liputan tersebut, mereka mengatakan bahawa pada hujung tumbuhan tersebut mempunyai sesuatu yang menyerpai mulut dan di hujung yang satu lagi mempunyai lubang yang menghubungkan kedua-duanya. Selain itu, ia sangat licin dan lembut seperti daging berkemungkinan adalah cendawan Taisui yang jarang ditemui.

Namun selepas liputan tersebut habis disiarkan, pihak stesen TV Xi'an mendapat banyak panggilan daripada orang ramai yang mengatakan bahawa cendawan yang ditemui sebenarnya adalah sejenis sex toy untuk kaum lelaki. Sehari selepas itu, Stesen TV Xi'an telah meminta maaf secara rasmi dan kesal dengan kesalahan liputan tersebut.

Satu kesilapan besar dan teramat sadis! Haha. Untuk melihat liputan sebenar, sila layan video di bawah. Sangat Lulz.

inb4, Pentingnya untuk memasukan topik sex toy dalam syllabus utama Pendidikan Seks.



via: dailymail

Posted by dari tadi On 6/21/2012 09:48:00 AM3 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

3 comments: