AMAZING: GAMBAR PANORAMA SEBENAR DI PLANET MARIKH DARIPADA NASA (GAMBAR)

Amazing.

Kalau anda perasan, gambar-gambar planet Marikh selalunya dalam resolusi yang kurang memuaskan dan adalakanya gambar yang dilihat adalah rekaan grafik semata-mata. Baru-baru ini, pihak NASA telah mengeluarkan satu gambar panorama daripada planet Marikh.

Ianya diambil oleh Rover Opportunity, iaitu kenderaan robot yang sedang menjalankan misi mengkaji planet Marikh. Gambar ini menggabungkan sebanyak 817 imej yang diambil daripada kamera Rover Opportunity semasa kenderaan ini berada dalam kedudukan statik selama empat bulan untuk menjalankan misi di kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, gambar ini sebenarnya tidak memaparkan warna sebenar bagi menunjukkan perbezaan di antara bahan-bahan agar mudah dilihat. Untuk gambar penuh dengan resolusi lebih besar, sila klik di sini. (updated: link untuk gambar penuh sudah dibetulkan.)

Photo credit: NASA/JPL-Caltech/Cornell/Arizona State Univ. via: NASA photojurnal

Posted by dari tadi On 7/11/2012 01:56:00 PM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment