INFO: HARIMAU TASMANIA - HAIWAN YANG TELAH PUPUS (6GAMBAR)

Info ringkas.

Kalau sebelum ini, aku ada paparkan entri haiwan yang telah pupus seawal abad ke-21. Bagaimana pula haiwan yang pupus pada abad ke-20? Di bawah adalah salah satu daripadanya.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui mengenai Harimau Tasmania (Tasmanian tiger) atau nama saintifiknya Thylacinus cynocephalus. Haiwan ini sebenarnya bukan sejenis harimau, sebenarnya ia adalah sejenis marsupial pemakan daging (karnivor) yang paling besar pernah diketahui pada zaman moden.

Namun sayangnya, haiwan yang pernah mendiami bumi Australia, New Guinea dan Tasmania ini telah dianggap pupus pada tahun 1986, 50 tahun selepas Harimau Tasmania terakhir mati pada tahun 1936 di Tasmania’s Hobart Zoo. Kepupusannya disebabkan oleh pemburuan haram, serangan penyakit, anjing dan juga gamgguan manusia.

Terdapat juga usaha untuk mencari saki baki spesies haiwan ini yang masih hidup di habitat asal, namun sehingga sekarang masih belum ditemui bukti tentang kewujudannya dan yang tingal hanyalah gambar-gambar dan fosil-fosil pada hari ini. Sadis.







via: environmentalgraffiti

Posted by dari tadi On 7/22/2012 02:11:00 PM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment