LELAKI DARI CHINA DAN TANGAN PALSU BUATAN SENDIRI (5GAMBAR)

Tangan bionik!

Sun Jifa kehilangan kedua-dua tangannya apabila bom ikan yang dibuat olehnya meletup secara tiba-tiba. Oleh kerana tidak mampu untuk membeli tangan palsu yang ditawarkan oleh pihak hospital, beliau mengambil keputusan untuk menghasilkan tangan palsu sendiri daripada besi keluli.

Dalam masa lapan tahun, beberapa prototaip tangan palsu telah dihasilkan dan akhirnya Sun Jifa berjaya memiliki sepasang tangan palsu yang boleh berfungsi Beliau mendakwa bahawa tangan palsu yang dihasilkannya boleh digerakkan dengan menggunakan pergerakan siku.

Walau bagaimanapun, disebabkan tangan palsu ini diperbuat daripada logam, ianya sedikit berat dan akan terasa panas ketika musim panas serta dingin ketika musim sejuk. Namun, Sun Jifa tetap gembira dengan ciptaannya dan bercadang untuk menghasilkan lebih banyak tangan palsu untuk orang yang senasib dengan beliau.





via: Dailymail

Posted by dari tadi On 8/16/2012 02:37:00 AM1 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

1 comment: