SHITBRIX: LABAH-LABAH TINGGAL SELAMA 3 HARI DI DALAM TELINGA (GAMBAR)

Mimpi ngeri.

Pernahkan anda mengalami pengalaman apabila seekor semut tersesat dan meneroka 'gua' telinga anda secara tidak sengaja? Salah satu petua berkesan untuk menghentikan kesengsaraan ini adalah dengan memasukkan air ke dalam telinga dan tunggu beberapa minit sehingga semut tersebut lemas. No joke. Cara ini memang berkesan.

Lain pula cerita yang berlaku di China, apabila seorang wanita mengadu kerana merasa geli pada bahagian dalam telinga dan apabila dia membuat pemeriksaan di hospital, doktor mendapati sekor labah-labah yang masih hidup! Labah-labah tersebut telah tinggal di dalam telinga wanita tersebut selama tiga hari.

Oleh kerana bimbang untuk mengeluarkan labah-labah tersebut dengan menggunakan peralatan akan menyebabkan ianya masuk lebih jauh ke dalam telinga, doktor hanya memasukkan larutan garam kedalam telinga wanita tersebut dan akhirnya labah-labah tersebut keluar dengan sendirinya.

via: M.I.C Gadget

Posted by dari tadi On 8/12/2012 03:04:00 PM1 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

1 comment: