TIBA2 KREATIF: GABUNGAN ANTARA WATAK DISNEY DAN STAR WARS (15GAMBAR)

May the force be with Disney!

Sebulan yang lalu, aku baru menghabiskan sesi ulangkaji keseluruhan episod Star Wars. Tidak disangka, Lucasfilm Ltd. yang menghasilkan siri filem Star Wars telah pun menjadi milik Walt Disney Co. (Disney) setelah ianya dibeli dengan harga AS$4.05 bilion beberapa hari yang lalu.

Dengar khabar, susulan daripada pembelian ini juga, LucasFilm akan terus menghasilkan sequel Star Wars ke-7 yang dijangka siapa pada tahun 2015. Bukan itu sahaja, filem ini juga akan diteruskan sehingga episod ke 8 dan 9 pada tahun-tahun tahun berikutnya.

Mungkin ini adalah pilihan yang tepat bagi pemilik dan pengasas Lucasfilm, George Lucas untuk meneruskan legasi Star Wars kepada generasi akan datang. Bak kata beliau, "For the past 35 years, one of my greatest pleasures has been to see Star Wars passed from one generation to the next."

Berita pembelian ini juga menarik ramai peminat siri Star Wars untuk menghasilkan pelbagai artworks menarik. Di bawah ini adalah diantaranya iaitu mash-ups antara watak-watak Disney dan juga filem Star Wars. Enjoy.















Via: SMOSH, Metro.uk, Yahoo! News

Posted by dari tadi On 11/01/2012 10:31:00 PM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment