CUBA TEKA: JAWAB 5 SOALAN BERPANDUKAN 1 GAMBAR

I don't know whether this is photoshopped or not. But you guys must consider to accept this challenge. Ada berani? hahaha

READ MORE

ANIMATRONIC ROBOT, ROBOT BAYI PRAMATANG YANG REALISTIK (VIDEO)

Woah!

Animatronic robot ialah sebuah robot bayi manusia pramatang. Pencipta robot bayi ini ialah Chris Clarke dan ujuan utama ianya di cipta ialah untuk meggantikan bayi sebenar dalam British T Show kerana tidak sihat untuk kehidupan bayi pramatang berada di bawah lampu studio TV dalam masa yang sangat lama. Jom lihat robot ini berfungsi dalam video dibawah.

Ni baru bayi, kalau dah jadi besar, mesti macam terminator. joking haha.

READ MORE

ARCA DARIPADA PLASTIK SAMPAH (6GAMBAR)

Aku tidak tahu seserius manakah masalah sampah di Pakistan.

Sebelum ini aku ada memaparkan video daripada youtube iaitu, proses mengitar semula bahan buangan di Pakistan. Ianya tetang bagaimana sebuah kilang di Pakistan mengambil langkah untuk mengitar semula bahan buangan untuk menjana pendapatan.

Jom lihat pula bagaimana seorang artist daripada Pakistan,  Khalil Chishtee mengitar bahan buangan plastik. Beliau menggunakan plastik sampah serta plastik yang tidak digunakan dan juga kepingan plastik untuk membuat arca2 seperti di bawah. Looks creepy, isn't it?

READ MORE

TAK TENGOK AJL KE?

trolling in action.


KREATIF: MELUKIS POTRET PADA KENTANG (7GAMBAR)

"Mr.Potato, boley!" -Wayne Rooney.

Mari lihat beribu kentang yang mempunyai wajah. Sebenarnya wajah-wajah kentang ini telah dilukiskan oleh artist Ginou Choueiri daripada Beirut, Lebanon. Beliau telah melukis wajah-wajah pada kentang ini dengan berlainan rupa dan watak.

Menurut beliau, kentang juga seperti manusia, mempunyai pelbagai bentuk, saiz malah warna kulit. Keduanya akan tua dan berkedut  mengikut masa. What a nice metaphor.

READ MORE

TIBA2 MINDBLOWING: ILUSI PETAK DAN GARISAN (GAMBAR)

Cool!

Mari lihat ilusi di bawah ini? apa yang anda dapat lihat? Corak dan garisan serta petak2 pada image tersebut?

Sebenarnya jika dilihat dengan betul2, tiada satupun garisan yang membentuk petak di sana, ianya cuma ilusi yang menipu mata anda. Mindblowing.

via: moillusions


PROSES MENGITAR SEMULA BAHAN BUANGAN DI PAKISTAN (VIDEO)

Asyik dengar kempen kitar semula sejak dari sekolah rendah lagi. Berjayakah kempen ini?

Aku rasa negara ini perlukkan sesuatu langkah drastik untuk mengatasi masalah sampah di negara ini. Banyakkan kilang kitar semula. Bukan kilang kitar semula di khaskan untuk kertas, plastik dan logam sahaja, malah bahan buangan organik lain.

Seperti kilang di pakistan ini, mereka memungut sampah daripada penduduk dan mengitar semula sampah ini untuk menjadi baja dan juga bahan bakar. Langkah yang lebih baik daripada menunggu bahan buangan ini mereput dan membusuk di tempat pembuangan sampah.


JIKA ANDA SEEKOR T-REX (10GAMBAR)

Apakah yang anda tidak mampu lakukan jika anda seekor T-Rex?

T-Rex Trying merupakan satu account tumblr yang baru sahaja dibuat oleh Hugh Murphy. Jom lihat beberapa lukisan kreatif daripada T-Rex Trying yang memaparkan watak seekor T-Rex dengan aktiviti2 yang cuba dinasour ini lakukan.

Dengan badannya yang besar dan tangannya yang kecil, sudah tentu T-Rex mempunyai pelbagai kesukaran untuk melakukan aktiviti. Sangat sadis jika anda seekor T-Rex, apapun T-Rex ini sudah mencuba yang terbaik :D

READ MORE

ORIGAMI TOPENG YANG AMAZING (7GAMBAR)

Ini sungguh menakjubkan!

Pada entry yang lalu, origami serangga yang realistik, memang susah untuk membuat benda tersebut, tapi origami yang aku paparkan kali ini mungkin lebih sukar untuk dibuat.

Origami di bawah dibuat oleh Joel Cooper. Ya, nampak seperti ianya dianyam menggunakan jalinan kertas, tapi sebenarnya topeng2 tersebut merupakan origami yang dilipat dengan teliti daripada sehelai kertas sehingga ianya nampak seperti dianyam.

READ MORE

MEMBUAT POTRET MENGGUNAKAN BOLA KERANJANG (VIDEO)

Youtube time! act, aku malas mahu update, jadi layan youtube ja.

Btw, jom lihat video yang cool ini. Artist yang menggunakan nama gelaran Red Hong ini suka membuat lukisan dan potret tanpa menggunakan berus. Video di bawah menunjukkan beliau melukis potert Yao Ming iaitu pemain bintang NBA dengan menggunakan bola keranjang. Cool!

Oh ya, jika anda mahu melihat beliau menghasilkan potert daripada kuaci, sila ke website beliau, ohiseered.


READ MORE

BURUNG KAWALAN JAUH YANG AWESOME (VIDEO)

Too awesome! Burung kawalan jauh ini terbang dengan mengepakkan sayapnya seperti burung sebenar.


READ MORE

SUKAN BUBBLE FOOTBALL YANG UNIK (VIDEO)

Apakah ini? Macam sukaneka, banyak perlanggaran kenyal di sana hahaha. fun to watch!

READ MORE

PENGUIN ALBINO DI ANTARTIKA (4GAMBAR)

Kejap hitam kejap putih apakah itu? Penguin yand sedang bergolek. =.="

Sebut pasal albino ni, mesti terlintas warna putih atau lebih tepat kekurangan pigmen pada kulit. Di Antartika telah ditemui seekor penguin albino. Gambar-gambar di bawah telah diambil oleh seorang naturalist, David Stephens semasa ekspedisi di pulau Aitcho, Antartika.

Penguin albino sangat jarang ditemui dan ianya daripada penguin jenis Chinstrap. Untuk pengetahuan anda, warna penguin asli iaitu hitam dan putih berfungsi sebagai alat penyamaran semasa haiwan ini menyelam untuk memburu ikan. Tertanya-tanya juga bagaimanakah rupa beruang kutub albino?

READ MORE

HOW TO TROLL PEOPLE: MOUSE

hahaha nice!!

READ MORE

WEBSITE DI ZAMAN MUDA MEREKA (12GAMBAR)

Muda macam lagu Hujan.

Sebenarnya sudah seminggu aku buat template baru untuk blog ini, ada beberapa lagi masalah yang belum dapat diatasi, tapi aku akan gunakan template baru ini untuk mengantikan template lama dan dari masa ke masa aku akan cuba baiki templete baru dari ini atau kembali kepada template lama jika template baru ini tidak berfungsi dengan baik.

Ok lah lupakan masalah blog sekejap, jom lihat pula beberapa website terkenal di zaman muda mereka. Seperti blog ini, sekarang ianya suda mula berubah mengikut masa :D

READ MORE

WTF REPORTER (VIDEO)

Me too, don't understand why hahaha. Like a boss, better from Karam Singh Walia! May be.


READ MORE

RAK BUKU "CHECK" DENGAN KONSEP YANG SIMPLE(3GAMBAR)

Sangat seseuai kepada penggemar buku.

Rak buku yang dinamakan "check" direka oleh Jongho Park merupakan rak buku dengan design yang simple tapi ada masa yang sama ianya nampak menarik. Anda boleh menyusun kedudukan rak buku ini di dinding dan mengelaskkan buku2 anda mengikut lebel. Nice.

READ MORE

ICAN: WATAK2 IKON YANG DI 'RE-IMAGINE' SEMULA (6GAMBAR)

Apakah makhluk ini?

Sebenarnya ini ialah baberapa watak2 yang terkenal daripada komik mahupun filem2 yang telah direka semula oleh seorang artist, Alex Pardee. Karya yang awesome ini dinamakan 'Ican' dan karya asal beliau boleh di beli di laman web blondegrizzly. Alex Pardee juga menjelaskan juga tentang latar belakang Ican ini dan kenapa beliau menamakannya sebegitu seperti kenyataan beliau di Eyesunk Ink.

''Why am I calling them “Icans”? Glad you didn’t really ask, but I’m telling you anyway. Well, because whether SOPA passes or not, I will continue to take any licensed character, or pop culture icon and do whatever I want with it for art’s sake, because ICAN.''

I dont know much about SOFA. Tapi SOFA jika undang2 ini diluluskan oleh kongres US, sudah pasti ianya memberi kesan kepada seluruh dunia internet.

READ MORE

SAJA2: UNDER CONSTRUCTION

Sorry-lah kalau blog nampak serabut, tengah install new templete. :D


HIASAN DINDING TANDAS YANG MEMBUATKAN ANDA BENAR2 BERAK BATA!

When you see it, u'll shit brix! Comfirm tiada sembelit lagi haha.

READ MORE

JAM TANGAN BERKONSEPKAN TENGKORAK MANUSIA OLEH RICHARD MILLE (3GAMBAR)

Memang banyak jam tangan yang menarik dan rekaannya meletup di luar sana, tapi kebetulan terpandang jam yang cool ini, jadi aku rembat masuk terus dalam blog untuk dikongsikan bersama.

Tourbillon RM 052 Skull Watch merupakan salah satu jam tangan hasil rekaan oleh pembuat jam terkenal, Richard Mille. Jam tangan ini direka dengan berkonsepkan tengkorak manusia dan pada bahagian dalamannya yang berfungsi boleh dilihat daripada luar. Jumlah keluarannya sangat terhad di pasaran iaitu 15 utas jam tangan ini diperbuat daripada titanium dan 6 utas jam tangan pula diperbuat daripada emas putih. Mesti harga pun mewah dan riak!

READ MORE

ORIGAMI SERANGGA YANG REALISTIK (10GAMBAR)

Berbeza daripada papercraft, Origami hanya menggunakan helaian kertas yang dilipat.

Sebelum ini aku ada paparkan juga beberapa origami yang cool, kali ini jom lihat pula beberapa origami berbentuk serangga yang realistik. Ianya dibuat oleh Brian Chan tanpa memotong kertas origami tersebut dan ada banyak lagi origami seperti dibawah yang dipaparkan dalam website beliau di sini. Mesti susah buat benda nih!

READ MORE

UNIHORN DOES EXIST!

Ok, time tiada benda mahu update, baru dapat idea buat mycomic. Sadis.


MEGAN FOX ISLAND VS MIKE TYSON ISLAND (VIDEO)

Hahaha, iklan yang LOL!


KUCING GILAKAN KOTAK

very cute!

Kucing yang bernama maru ini sangat sukakan kotak, semua kotak yang ada kucing ini akan cuba masuk walau sekecil manapun kotak tersebut. Hmm kalau kotak mancis? haha Anda boleh melihat gelagat kucing ini dalam video2 di youtube yang diupload oleh tuan kepada kucing ini, mugumogu di akaun youtube beliau.

Aku lebih suka lihat video ini daripada video kucing statik oleh shironekoshiro, at least ada pergerakan, tapi kedua video kucing ini sama cute!


INFOGRAPHIC: TIPS MENGGUNAKAN ENGIN CARIAN GOOGLE DENGAN BIJAK

Satu infographic yang sangat menarik dan memberi tips bagaimana untuk mendapatkan maklumat melalui engin carian google serta beberapa tips2 serta trick menggunakan engin carian google.

READ MORE

MEMANJAT BANGUNAN LIKE THE SPIDERMAN

Bagaimana untuk mengatasi masalah graviti semasa memanjat bangunan?

Sila lihat gambar pertama dibawah, apakah yang terlintas di fikiran anda? Nampak sungguh mustahil untuk dilakukan.

Sebenarnya ilusi ini terhasil daripada sebuah cermin gergasi yang dipasang oleh Leandro Erlich dan sedang dipamerkan di Le 104, Paris. Orang ramai yang ingin mencuba untuk memanjat bangunan secara ilusi boleh melakukannya dengan hanya berbaring dan membuat gaya pada lantai yang direka seperti bangunan.

Jadi imej pada cermin gergasi tersebut akan memaparkan bahawa mereka beraksi pada bangunan yang sedang menegak dan apa yang perlu dilakukan hanyalah mengambil gambar atau video yang difokuskan pada cermin seolah2 mereka memanjat bangunan like the Spiderman! Sangat menarik untuk dilakukan.

READ MORE

THE FUTURE OF FOOD DARIPADA KERTAS (6GAMBAR)

Nice and creative.

Dulu aku ada paparkan barangan oldschool daripada kertas yang dibuat oleh pereka daripada firma Zim and Zou. Kini Lucie Thomas dan Thibault Zimmermann daripada firma yang sama juga telah membuat papercraft yang dipanggil 'The Future of Food' dan diinsiprasikan oleh teknologi 3D food printer. Ianya dibuat khas untuk cover majalah Icon pada bulan Febuari depan.

READ MORE

iHEADCASE: CASING IPHONE YANG MEMPUNYAI RUANG UNTUK MENYIMPAN EARPHONE (4GAMBAR)

Idea bagus!

Kalau setiap casing smartphone dan handphone ada design macam casing iHeadcase ini, bukan setakat earphone, macam2 barang lagi boleh disimpan! Tapi kepada pengguna iphone, sila bersabar jika mahu beli iHeadcase ini kerana ianya masih sedang dimajukan untuk dijual di pasaran nanti.

READ MORE

WUJUDKAH ALIEN DI ALAM SEMESTA INI

Sejak dari bangku sekolah rendah lagi aku meminati bidang astronomi dan salah satunya buku mengenai angkasa yang aku ada sewaktu begelar pelajar sekolah dulu masih aku simpan sehingga hari ini. Aku masih mengingati pada tingkatan 4, Semasa ujian lisan pada waktu itu, aku telah menghafal satu artikel ringkas yang bertajuk 'Objek terbang yang tidak dikenali' iaitu suatu artikel yang menyentuh tentang kewujudan UFO dan makhluk asing.

Persoalan yang akan timbul, Wujudkah makhluk asing dari planet lain?


Jadi dalam entry ini, aku mahu kupas sedikit dan memberi pendapat aku tentang topik ini. Mungkin entry ini akan dilihat merapu seperti sains fiksi, tapi jika kita fikirkan secara serius, ianya mungkin membuka minda anda tentang topik ini.

READ MORE

KONSEP: KERETA MERCEDES-BENZ SILVER ARROW (7GAMBAR)

Awesome!

Silver Arrows adalah nama yang diberikan oleh media kepada kereta Mercedes-Benz dalam perlumbaan Auto Union Grand Prix antara tahun 1934 dan 1939. Ianya juga kemudian digunakan oleh pasukan Formula1 Mercedes-Benz dan sukan kereta pada tahun 1954 /55.

Kini Mercedes Silver Arrow telah dijadikan satu konsep kereta masa depan yang direka oleh Mercedes-Benz Advanced Design of North America. Kereta ini diinsiprasikan daripada siri kereta Mercedes-Benz W125 dan juga kereta Uhlenhaut SLR. Jom lihat beberapa gambar kereta ini yang dipamerkan untuk L.A. Auto Show Design.

READ MORE

POLIS TRAFIK FILIPINA MENARI SEPERTI MJ SEMASA BERTUGAS

Polis trafik yang cool! Lagi best jika beliau berjaya membuat aksi anti graviti dengan kasut yang dipatentenkan oleh MJ. :D


MARI LIHAT TARIAN ZEBRA

hahaha this video make my day!


CALENCLOCK: CALENDAR DAN JAM DALAM 1 YANG KREATIF (6GAMBAR)

Sebenarnya aku sangat suka postkan produk2 yang mempunyai idea yang unik dan bagus walaupun tidak mungkin dapat memiliki produk tersebut. Tujuan utama aku ingin kongsikan ialah bagaimana idea dan kreativiti sesuatu produk itu dapat disampaikan. Mungkin ada pembaca yang dapat memgembangkan idea tersebut ataupun muncul lagi idea2 yang lebih kreatif selepas melihat entry2 yang aku kongsikan.

Calenclock salah satu produk yang aku rasa unik dan kreatif . Ianya dibuat oleh Ken Lo yang merupakan seorang designer dan idea beliau ini menggabungkan kalendar dan jam dalam satu produk dengan cara yang kreatif. Tapi kalau dah habis tahun, harap boleh ganti pula calendar tersebut untuk tahun2 yang akan datang.

READ MORE

PATUNG MOAI SEBENARNYA MEMPUNYAI BADAN (3GAMBAR)

Info!

Selama ini aku (mungkin juga semua orang) ingatkan patung Moai ini hanyalah ukiran batu bebentuk kepala di atas tanah sahahja. Sebenarnya patung Moai mempunyai badan yang tertanam di dalam tanah. Sama ada ianya tertanam secara semulajadi atau mungkin juga disengajakan untuk menyorokkan sesuatu di bahagian bawah patung tersebut. Siapa tahu.

READ MORE

DESIGN KASUT YANG AWESOME BERTEMAKAN LAMAN WEB DAN MEDIA SOSIAL (6GAMBAR)

Nice..nice!

Kasut kegemaran aku adalah Jack Purcell warna hitam dan tapak putih. Tapi kalau ada Jack Purcell ataupun converse yang mempunyai konsep seperti kasut daripada brand Keds yang direka oleh Lumen Bigott seperti gambar di bawah, aku mahu beli juga!

Sungguh awesome kerana rekaannya yang menarik dengan bertemakan laman web dan juga media sosial. Tapi sayangnya, kasut ini hanya di peringkat konsep mungkin kerana masalah copyright logo. Tapi selipar Jepun dengan fake logo media sosial nih berlambak dijual di pasaran. Apapun aku sangat suka dengan design kasut Wikipedia di bawah!

READ MORE

ROBOT DENGAN PENAMPILAN JUSTIN BIEBER

Bukanlah robot sangat.

TOSY Robotics, Syarikat yang berasal daripada Vietnam telah mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu mRobo Ultra Bass, speaker dan juga merupakan dancing robot dengan susuk Justin Bieber.

Mempunyai kapasiti 2GB memori dalaman dan juga USB port untuk memindahkan lagu kedalam robot ini serta mempunyai remote control untuk menukar lagu dari jarak jauh. Harga mRobo Ultra Bass yang berketinggian 18 inci ini dianggarkan mencecah $199 di pasaran nanti.

what a lil gay robot.

via: coolest-gadgets


VISION OF FUTURE DARIPADA TAHUN 1910 (16GAMBAR)

Sangat klasik!

Sebelum ini, aku ada memaparkan poster iklan vision of future yang dibuat oleh syarikat BOHN pada tahun 1940. Jom lihat pula vision of future yang jauh lebih lama diilhamkan. Beberapa ilustrasi di bawah dibuat oleh artis seni Perancis, Villemard pada tahun 1910. Ilustrasi ini merupakan vision beliau mengenai teknologi yang mungkin ada pada tahun millenium iaitu tahun 2000.

Sebenarnya angan2 kereta terbang sudah wujud dari zaman dahulu lagi.


Polis trafik mengawal laluan udara

READ MORE

MARI UJI MINDA ANDA

Sejauh manakah kemajuan dan kecerdasan otak anda?

READ MORE

WORLD'S MOST EXPANSIVE CARS 2012 (21GAMBAR)

Mewah lagi riak! Berikut adalah senarai top10 kereta termahal di dunia mengikut laman web Forbes.

Porsche 918 Spyder
Country of Origin: Germany
Price: $845,000

READ MORE

GERAKAN RAHSIA MICHAEL JACKSON DIDEDAHKAN (3GAMBAR)

Info!

Pasti semua pernah melihat bagaimana MJ melakukan pergerakan berdiri secara condong seperti gambar di bawah. Sebenarnya MJ telah mencipta satu kasut khas yang telah pun dipatentkan atas nama beliau dengan nombor U.S. Patent 5,255,452. Patent ini boleh di lihat melalui Google Patents di sini.

Kasut ini mempunyai rekabentuk tapak yang unik dan ianya akan disangkutkan pada sejenis paku di atas lantai untuk menghasilkan ilusi anti graviti tersebut. Sekarang baru tahu!

READ MORE

BOT LAJU CORVETTE ZR1 YANG SUPER (7GAMBAR)

Ianya berharga $1.7 Juta!

Bot laju ini diinspirasikan daripada ZR1 Corvette diperbuat daripada gentian karbon dan dikuasakan oleh dua enjin berkembar Mercury Racing 1350 HP. Dengan rekabentuknya awesome ini, ianya mempunyai 6 tempat duduk dan mempunyai penyaman udara.

Bukan itu sahaja, trailer yang membawa bot laju ini juga mempunyai generator, tangki air, mesin basuh kuasa, sistem enjin flush serta lima buah televisyen dan pemain DVD! Demm, what a luxury pairs.

READ MORE

LOL PIC: MAN-SPIDER

Bila sebaliknya. funny!


MAME-CAM, KAMERA PALING KECIL DI DUNIA (7GAMBAR)

Barang bagus!

Mame-Cam yang dibuat oleh syarikat Thanko daripada Jepun ini merupakan kamera berzaiz kecil dan hanya seberat 11g! Ianya mampu untuk menangkap gambar dengan resolusi 2 megapixel dan merakam video dengan resolusi 640x48 serta baterinya boleh bertahan selama 36 minit. Nampaknya ianya setanding dengan kamera superheadz clap malah lebih kecil. Do want!

READ MORE

KEK STROMTROOPER YANG COOL (4GAMBAR)

Setakat kek angry bird dan para babi hijau tidak cukup cool.

Jom lihat kek Stromtrooper yang dibuat oleh Amanda Oakleaf untuk city’s annual Arisia Sci-Fi Convention. Kek ini berketinggian 6 kaki 4 inci dan mempunyai berat 300 paun serta mencukupi untuk dihadam oleh 600 perut para tetamu yang menghadiri konvesyen tersebut! haha. Untuk melihat bagaimana kek ini dibuat, sila pergi ke laman web Amanda Oakleaf di sini.  

Cool!

READ MORE

LUKISAN YANG AWESOME MENGGUNAKAN JARI

Talented!

Aku sangat kagum dengan artis seni dalam video di bawah ini. Fabian Gaete Maureira seorang artis yang menggunakan jari untuk menghasilkan lukisan bersaiz kecil setiap satunya dalam masa lebih kurang tiga minit. Jom layan video di bawah, Nice painting!!


3D PROJECTION KEATAS KERETA YANG AWESOME

Awesome!

Dah bosan lihat 3D projection ke atas bangunan? Jom lihat pula 3D projection ke atas sebuah kereta seperti di dalam video pengiklanan yang diarahkan oleh Ivan Nefedkin daripada Raduga Design untuk Syarikat malboro.


KENAPA BANYAK WEBSITE SHUTDOWN HARI INI

kerana SOPA dan PIPA.

Banyak website menutup operasi selama 24 jam hari ini (18/01/2012) sebagai bantahan terhadap SOPA dan PIPA. Apa benda sebenarnya dua benda ni sehingga banyak website butthurt?

SOPA ialah singkatan kepada Stop Online Piracy Act, dan PIPA ialah singkatan Protect IP Act. Kedua2 akta ini jika diluluskan, maka Kerajaan U.S mempunyai kuasa untuk menyekat, menapis, mendenda malah menutup laman web yang terlibat dengan aktiviti cetak rompak secara online (perkongsian muzik, video, filem lagu, gambar dan lain2).

Jadi, lebih daripada 500 website (kemungkinan akan terjejas apabila kedua akta ini di luluskan) telah 'menidurkan diri' dengan sengaja untuk hari ini sebagai bantahan kepada kedua akta tersebut, antarnya ialah Wikipedia.

Jadi jika anda rasa website anda setanding dengan website yang bakal terjejas, sila sertai kempen Sopa Strike di sini.


LOL GIF: HEROIC GRANDMA

Dulu video, sekarang dah jadi gif pula, epic scene! better than superman. hahaha


"LIFE IS BEAUTIFUL" DARIPADA PISAU (4GAMBAR)

Seni dengan menikam!

Berapa pisau yang anda ada di rumah? Jom buat seni seperti hasil karya seorang artis seni yang berasal daripada iran, Farhad Moshiri. Beliau menggunakan beratus pisau yang ditikamkan ke arah dinding untuk menghasilkan perkataan "Life is Beautiful". Awesome typography!

READ MORE

SERANGAN COMEL DARIPADA HAIWAN TENGAH TIDUR (7GAMBAR)

Bagaimana rupa anda semasa tidur? mesti buruk kan? hahah jk:))

READ MORE

BANGUNAN YANG MEMPUNYAI 1000 PINTU (4GAMBAR)

Banyaknya pintu, way to go bro!

Bangunan ini mengingatkan aku kepada bangunan Casa Confetti. Sebenarnya bangunan yang mempunyai pintu sebanyak 1000 ini ialah hasil karya seorang designer daripada Korea Selatan, Choi Jeong-Hwa. Beliau menggunakan pintu2 lama untuk dipasangkan pada bangunan ini. Look nice.

READ MORE

WAJAH LELAKI YANG MINDWISTING

Berb!

READ MORE

MEMES: LAWAK BELUT (11GAMBAR)

hahaha! idk why i like this joke.


READ MORE

APABILA TUPAI MENJADI ANAK ANGKAT KEPADA KUCING (5GAMBAR)

Lupakan pasal kucing pembelot hari tu, dunia haiwan selalunya menakjubkan.

Rubén Gaviria, pemilik kepada seekor kucing betina bernama Tita telah menemui tupai yang cedera dan membawanya ke rumah.Yang menariknya, Tita telah menjadikan tupai tersebut seperti anak sendiri apabila kucing tersebut membenarkan tupai menyusu di badannya. Jom Lihat gambar2 yang comel semasa kucing dan tupai ini sedang bermain. Amazing!

READ MORE

SELUAR JEANS LEVI'S PALING OLDSCHOOL (2GAMBAR)

Untuk peminat tegar Levi's.

Sehelai seluar jeans berjenama Levi's telah dilelong di eBay dengan harga $ 150,000. Sangat mahal untuk sehelai jeans yang kusut, namun ianya dipercayai dibuat pada tahun 1879 dan merupakan jeans Levi's yang paling oldschool pada hari ini. Untuk pengetahuan anda, Levi Strauss & Co. telah diasaskan pada tahun 1853 oleh Levi Strauss.

Seluar jeans ini ditemui di tempat pembuangan sampah oleh seorang pekerja ditempat itu dan perkerja tersebut memberikannya kepada seorang kawan yang merupakan seorang pengumpul pakaian lama. What a lucky man.

Seluar ini adalah versi Levi's 501 antara versi Levi's paling terkenal dan disahkan oleh pakar ianya dianggarkan sudah berusia 120 tahun. Masuk ketegori barang antik ni.

READ MORE

PERLAWANAN YANG SADIS: KUCING VS CICAK

Hahaha. sadis! Serangan terakhir daripada cicak, 'pengunci lidah'!


COOL: ARCA IKAN EMAS YANG REALISTIK (4GAMBAR)

Awesome!

Pada mulanya bila melihat gambar di bawah, aku ingatkan ikan emas tersebut benar-benar hidup dan hanya gambar yang dimanipulasi, setelah diteliti rupa-rupanya ianya adalah arca yang dilukis dan diletakkan lapisan resin oleh Riusuke Fukahori. Ianya sedang dipamerkan di galeri ICN, London.

Video di bawah pula menunjukkan bagaimana beliau membuat arca ini. Cool!

READ MORE

FOTO HITAM PUTIH YANG TELAH DIWARNAKAN SEMULA (7GAMBAR)

Cool!

Sangat mudah untuk menjadikan foto berwarna menjadi foto hitam putih. Tapi tidak mudah untuk menjadikan foto hitam putih menjadi foto berwarna. Beberapa gambar klasik berwarna hitam putih di bawah telah diwarnakan semula oleh mygrapefruit daripada devianART. Untuk melihat lebih banyak gambar yang telah diwarnakan semula, sila ke website beliau di sini.

READ MORE

TEKNOLOGI YANG MELINDUNGI GADGET ELEKTRONIK DARIPADA AIR

Lagi teknologi!

Masalah kasut kotor boleh diatasi dengan ross nanotechnologys neverwet dan kini muncul pula teknologi nano untuk melindungi gadget elektronik anda daripada dimasuki oleh air yakni membuatkan gadget anda waterproof!

Liquipel merupakan teknologi yang aku maksudkan. Ianya berfungsi dengan menyaluti gadget yang ingin dilindungi daripada dimasuki air. Dengan lapisan senipis 1000 lebih nipis daripada rambut manusia, Liquipel tidak akan menggangu rupa asal mahupun prestasi gadget anda. Selepas ini bolehlah cuci smartphone berkuman anda dengan menggunakan sabun Dettol!

Teknologi yang sepatutnya sedia ada daripada awal pada setiap gadget elektronik yang di jual di pasaran.


TIBA2 TECH: RUMAH 3D PASANG SIAP YANG AWESOME (6GAMBAR)

Beberapa hari yang lalu aku sibuk bermain pepakura walaupun agak ketingalan djaman! apa kaitan?

Dengan pepakura, kita boleh membuat papercraft yang cool dengan mengunting helaian kertas dan sambung semula menjadi model yang kita inginkan. Tapi apabila teknologi sudah mencapai satu tahap yang lebih tinggi, kini sebuah rumah pun boleh dihasilkan dengan konsep serupa!

3D Printed Eco-Friendly Houses, rumah yang dilhamkan oleh syarikat Facit Homes menggunakan konsep pasang dan siap. Yes, rumah ini sudah dipotong ke beberapa bahagian kecil dan hanya tinggal dipasang dengan menggunakan paku, skru dan dan alatan yang lain. Aku boleh bayangkan jika suatu hari nanti, semua orang hanya pergi ke kedai untuk membeli rumah ini pada waktu pagi, dan waktu petang pula rumah sudah siap dipasang! konsep ini juga boleh diaplikasikan kepada barangan lain seperti perabot.

Yang pasti mesin CAD adalah sesuatu yang biasa bagi Architecture.:>

READ MORE

KENTANG GORENG: McDONALD'S VS KFC (3GAMBAR)

Berb!

Siapa ada terlihat dan terbaca tentang burger McD yang tidak reput setelah beberapa tahun?Aku ada terbaca juga, tapi masih tidak ambil berat dan bukannya selalu pun aku hadam double cheese dan seangkatan denganya haha.

Jom lihat pula perbandingan antara fries McD dan KFC yang disimpan selama tiga tahun di dalam balang. Tidak tahu sama ada eksperimen ini benar atau tidak, anda sendiri menilainya. :>

READ MORE

KONSEP: POKOK LAUT GIGANTIK PADA MASA DEPAN (4GAMBAR)

Nice!

Seperti yang kita tahu, populasi manusia semakin meningkat dan sekarang sudah mencecah 7 billion lebih! Populasi manusia mungkin akan terus meningkat kerana sebab2 yang diterangkan dalam video "7 Billion: How Did We Get So Big So Fast?". Jadi kesan daripada peningkatan ini, suatu hari nanti ruang di muka bumi ini mungkin tidak akan cukup untuk menampung populasinya.

Seperti konsep2 ultima-tower dan x-seed yang dapat menjimatkan ruang untuk populasi manusia dengan membina struktur2 tinggi, konsep pokok tiruan atas laut yang diilhamkan oleh firma Waterstudio.NL juga boleh digunakan untuk menyelamatkan spesis2 burung dan haiwan lain daripada kepupusan akibat daripada peningkatan populasi manusia. Bukan itu sahaja, struktur ini juga boleh didiami oleh manusia dan mempunyai tasik serta sungai tiruan!

Kesimpulannya, sebelum memikirkan idea gila untuk berpindah ke planet lain, sila gunakan kelebihan kawasan laut yang luas sebagai tempat untuk menampung populasi pada masa hadapan.

READ MORE

RIBUAN FIGURA PLASTIK DIGUNAKAN UNTUK MENYOKOG LANTAI (4GAMBAR)

Nice!

Kalau lihat dari jauh, nampak macam rumput di bawah lantai, tapi sebenarnya itu ialah ribuan figura plastik yang menadah tangan untuk menyokong lantai tersebut. Hasil karya dalam gambar di bawah dibuat oleh Do Ho Suh dan kini sedang dipamerkan di Lehmann Maupin's pop-up gallery di Singapore Tyler Print Institute sehingga 11 Febuari 2012.

Inilah yang dikatakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh! Main peribahasa lah pula. :D

READ MORE