VIDEO THE CITY OF SAMBA YANG AWESOME

Awesome!

Mungkin sebelum ni aku tidak ada paparkan gambar2 daripada Carnival Rio De Janeiro. Sebenarnya canival ini ini dirayakan setiapa tahun di Brazil dan memang sangat meriah.

Jadi aku terlihat satu tilt-shift video yang dibuat oleh pengarah filem daripada Brazil, Jarbas Agnelli dan kawannya seorang photographer daripada Australia, Keith Loutit. Ianya dirakam semasa carnival Rio De Janeiro tahun 2011.

Satu video yang sangat awesome, anda pasti enjoy menontonnya!

READ MORE

'KABUTO' SENJATA SOGEKING DALAM DUNIA SEBENAR (VIDEO)

Cool!

Dulu aku ada buat satu entry mengenai Sogeking From The Sharpshooter Island. Mesti ada di antara anda juga peminat Manga seperti aku tahu siapa sebenarnya Sogeking ini.

Salah satu senjata yang pernah dicipta dan digunakan oleh Sogeking ialah 'Kabuto'. Ianya merupakan sebuah slingshot yang dikuasakan oleh 'dial' yang dibawa daripada Skypiea Island.

Mari lihat Kabuto yang sebenar dibuat oleh Joerg Sprave. Beliau memang terkenal dengan senjata buatan sendiri melalui laman Youtube beliau. Walaupun Kabuto ini tidak mempunyai 'dial', tapi ianya tetap berfungsi dan sudah tentu sangat cool!

READ MORE

GAMBAR2 PASANGAN SEBELUM DAN SELEPAS BERTUKAR IDENTITI (13GAMBAR)

No. ini bukan transexual.

Sebenarnya beberapa gambar di bawah merupakan siri gambar bertajuk 'Switcheroo' oleh photographer daripada Kanada, Hana Pesut.

Beliau mengambil gambar pasangan ini kali pertama dalam identiti sebenar dan selepas itu, pasangan ini akan bertukar baju dan beliau akan mengambil gambar untuk kali kedua pula. Jadi apa bila gambar2 ini dibandingkan, ianya kelihatan seperti bertukar identiti. Anda boleh melihat lebih banyak gambar siri ini dalam laman web, sincerely hana.

Sangat janggal dan lucu melihat lelaki memakai baju perempuan dalam gambar di bawah, tapi bila perempuan memakai baju lelaki nampak macam biasa pula. :>

READ MORE

PENGARUH RAGECOMIC DALAM EXAM

Haha epic!

Kalau benda yang melibatkan uncertainty, mungkin anda boleh cuba buat seperti di bawah untuk mendapat markah keyakinan. haha

via


VIDEO ONE2FIFTY, GALERI SENI TERKECIL DI DUNIA (VIDEO)

Masih ingat lagi kepada entry lepas, galeri seni paling kecil di dunia?

Sebentar tadi aku mendapat komen daripada pembuat galeri ini sendiri, iaitu David Anthony Hall atau Senezio. Tidak sangka beliau akan komen di blog aku yang siput ni kan. Thank you very much bro. :>

Mari lihat video terbaru disebalik pembuatan geleri seni ini yang ingin beliau kongsikan. Seperti kata beliau, bukan semua orang dapat tahu disebalik kerja2 dan proses disebalik hasil seni yang dihasilkan, jadi sila lihat video ini.


source: One2Fifty 2012 from David Anthony Hall on Vimeo.


PERMAINAN MONOPOLY UNTUK PENGGEMAR LAMAN WEB (5GAMBAR)

Cool.


Mari lihat permainan monopoly edesi laman web. Monopoly edisi laman web ini masih mengekalkan cara permainan yang sama. Cuma yang membezakannya ialah anda boleh menjadi seperti Donald Trump, Bos KFC, Pemilik MSC atau pemilik Lapangan Terbang Bayan Lepas yang berjaya sepert monopoly versi Malaysia.

Dalam versilaman web, kini anda boleh jadi seperti pemilik Google, Facebook dan pemilik-pemilik laman web terkenal yang lain. Itupun jika anda mempunya duit yang cukup untuk membeli laman web semasa permainan dijalankan. :>

READ MORE

INFOGRAPHIC: ARE MOBILE DEVICES DESTROYING YOUR BODY?

Mari lihat infographic di bawah. ('crakk..crakk..' bunyi tengah pusing-pusingkan badan.)

READ MORE

KUCING YANG PRO BERENANG (2VIDEO)

Well, it's Youtube. Untuk semua aksi kucing. :>


READ MORE

BUKU ANTIK BERTATAHKAN EMAS DAN PERAK (5GAMBAR)

Kalau setakat buat buku hijau dengan tulisan emas pun pelajar dah bekerut dahi. hahaha.

Mari lihat buku emas bercampur perak daripada Vietnam. Ianya merupakan milik asal raja Thieu Tri yang memerintah pada tahun 1841-1847. Buku ini sebenarnya dihadiahkan kepada gundik bernama Vu Thi Vien pada tahun 1846.

Pada awalnya dimiliki dan disimpan oleh seorang bekas jenaral Perancis pernah menyertai perang Vietnam sebelum Cao Xuan Truong, seorang pengumpul barang antik daripada vietnam berjaya membelinya melalui lelongan dengan harga Euro72,750 di Perancis.

Dengan penutup berukir naga serta mempunyai lima helai muka surat dan seberat hampir 2 kilogram, buku ini mempunyai 186 skrip Cina yang tetrulis mengenai gundik raja tersebut.

READ MORE

HOW TO TROLL: EGG CHOCOLATE

Guna telur burung puyu lagi trololo~ hahaha.

READ MORE

HOW TO TROLL: HIT CTRL + W

ba dum tsss! :>

READ MORE

HOW TO: MEMBUAT GRAFFITI DARIPADA LUMUT (8GAMBAR)

Menarik. Mungkin anda sendiri boleh cuba jika berminat. :>

READ MORE

TIBA2 KREATIF: POSTER TENTANG KESEDARAN ALAM SEKITAR (21GAMBAR)

Nice.

Aku memang suka melihat poster dan iklan yang kreatif (semua orang suka sebenarnya haha). Mari lihat poster-poster daripada WWF yang bertujuan menyedarkan masyarakat tentang masa depan alam sekitar dan penghuninya.

Bumi zaman ini seperti semakin tenat. Lihatlah manusia semakin sibuk dengan kemajuan, dan lihat juga semakin banyak produk-produk dan idea mesra alam dibangunkan atas kesedaran untuk menjaga alam sekitar yang makin terancam oleh aktiviti manusia. Kalau aktiviti manusia ini tidak mengancam alam sekitar, aku percaya tidak akan ada produk-produk dan juga idea yang mesra alam akan timbul berdozen-dozen. :>

READ MORE

CUBA TEKA: HAIWAN APAKAH INI?

Jumpa gambar yang menarik hahaha.

READ MORE

RUSA YANG PRO ATAU BERNASIB BAIK (VIDEO)

Wohoo! So fast like a ninja!


READ MORE

NOKIA 808 PUREVIEW DENGAN KAMERA 41 MP YANG SUPER (GAMBAR))

Bukan 4.1 megapixel, tapi 41 megapixel!

Nokia memang terkenal dengan sistem Symbian. Tapi sejak muncul pesaing-pesaing seperti Android dan iOS, prestasinya sedikit terjejas. Apapun, aku memang suka phone yang dibuat oleh Nokia tapi sekarang aku merupakan seorang pengguna Android haha.

Sekarang Nokia bakal keluarkan model terbaru iaitu Nokia 808 PureView. Antara ciri-ciri yang menarik dan super ialah ianya mempunyai kamera dengan resolusi setinggi 41 Megapixel!

Untuk specs yang lain anda boleh rujuk di sini. Harap-harap ianya sebuah model yang bagus dan tidak mempunyai masalah seperti saiz image terlalu besar akan menyebabkan systemnya menjadi lambat.

via: Nokia


MAKANAN TERAKHIR SEBELUM DIHUKUM MATI (8GAMBAR)

Sangat sadis.

Gambar2 di bawah merupakan siri gambar bertajuk 'No Seconds' oleh photographer yang berpengkalan di New York, Henry Hargreaves. Ianya merupakan makanan terakhir yang diberikan kepada pesalah yang bakal menjalani hukuman mati.

READ MORE

OBAMAMOBILE, LIMO YANG DIPAKAI OLEH PRESIDEN USA (3GAMBAR)

Mari lihat kereta 'kebal'.

Cadillac One yang lebih dikenali sebagai Obamamobile merupakan kereta yang dipakai oleh Presiden Barack Obama. Di bawah merupakan ilustrasi kereta ini yang dilukis oleh John Lawson. Bagaimana pula kereta yang dipakai oleh PM kita? (Klik gambar untuk resolusi yang lebih besar)

READ MORE

MENGITAR SEMULA BAHAN BUANGAN ELEKTRONIK MENJADI PERABOT (6GAMBAR)

Ini sangat awesome!

Memang banyak barang2 elektronik yang rosak masih aku simpan. Salah satu sebabnya, aku akan gunakan sebagai alat ganti. Tapi jarang ada barang yang rosak dan hanya kalau tahu apa yang rosak saja aku akan cuba repair.

Mungkin sudah masanya aku buang barang2 tersebut kerana semakin banyak terkumpul. Terfikir juga kalau boleh dikitar semula dan dijadikan sesuatu yang baru seperti yang dilakukan oleh Rodrigo Alonso.

N+ew, atau No More Electronic Waste merupakan hasil daripada bahan2 buangan elektronik yang dikitar semula dan dijadikan perabot oleh beliau.

Barang2 buangan ini akan dikumpulkan di dalam satu acuan dan diisi dengan epoxy resin yang lutsinar untuk mengikat kesemua bahan2 tersebut. Apabila sudah mengeras, ianya dikeluarkan daripada acuan dan akan digilap sehingga menjadi sangat awsome seperti gambar2 di bawah.

READ MORE

ANATOMI RAKSASA2 JEPUN (7GAMBAR)

Jepun memang terkenal dengan raksasa2 mereka.

Tidak hairanlah di Jepun banyak hero muncul seperti Super Sentai dan juga Ultraman untuk menjaga keamanan bumi ini :>.

Kaiju merupakan perkataan dalam bahasa jepun yang bermaksud raksasa. Antara Kaiju yang paling terkenal ialah seperti Godzilla, Mothra, Anguirus, Rodan, Gamera dan King Ghidorah.

Kalau sebelum ni dah lihat rangka kartun disney, kali ini mari lihat pula tulang2 dan juga organ dalaman Kaiju2 yang ganas daripada Jepun ni. Walaupun tidak faham tulisan Nippon pada anatomi di bawah, tengok gambar pun jadilah haha.

READ MORE

INFOGRAPHIC: MENU DAN BAHAN2 McD YANG LAIN DARIPADA BIASA

Nom..nom..nom.

Seperti yang anda tahu, McD memang bertaburan di seluruh muka bumi ni dan juga menu dan bahan2 yang dihidangkan oleh mereka bergantung kepada budaya setempat. Macam di India, mcD tidak akan gunakan daging lembu. Kalau di Malaysia, comfirm lah tidak akan ada menu berasaskan 'pork'.

Infographic di bawah menunjukkan menu dan bahan2 extraordinary yang pernah digunakan oleh McD di seluruh dunia yang mungkin anda juga tidak pernah tahu. Salah satunya menu di bawah iaitu kiwi sundae pernah menjadi menu McD di Malaysia.

Masih ada lagi kah menu kiwi sundae hari ini di McD berdekatan dengan anda? Kerana ianya diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 2000. :>

via: dailyinfographic

READ MORE

BUKU YANG KLASIK: HOW TO MAKE FRIEND BY TELEPHONE

Barang klasik selalunya cool.

Setiap teknologi baru, mesti ada manual atau buku2 yang berkaitan teknologi tersebut ditulis dan dijual di pasaran untuk memberi panduan kepada pengguna.

Seperti zaman ini, di kedai2 buku ada dijual buku2 panduan seperti penggunaan facebook, rahsia google plus dan sebagainya. Mari lihat pula bagaimana buku panduan daripada tahun 1940, iaitu How To Make Friend by Telephone.

Anda boleh membaca buku di bawah dengan lebih jelas pada laman web asal, Contact Sheet. Itu pun jika anda berminat:>

READ MORE

ILUSI: TARIAN CERMIN

Apalah yang menarik sangat menari depan cermin..wa..wait! ok fine, aku tertipu, apa yang mereka buat memang hebat dan awesome!

Sila enjoy video ini sehingga habis. Dancing level=asian.



READ MORE

INFOGRAPHIC: ISYARAT TANGAN MEMBERI MAKNA LAIN DI BEBERAPA NEGARA

Aku pernah mengambil subjek Bahasa Dan komunikasi, ianya seperti subjek TITAS dan Asas Keusahawanan iaitu subjek wajib Universiti.

Seperti namanya, sudah tentu ianya membincangkan tentang bahasa dan komunikasi.

Isyarat juga merupakan satu cabang bahasa dan sesuatu bentuk isyarat akan mungkin memberi makna lain dalam budaya yang berlainan. Salah satu input yang aku dapat daripada subjek ini ialah mengenai bahasa isyarat tangan seperti dalam infographic di bawah.

Apapun isyarat tangan yang mungkin boleh memberi maksud yang sama di seluruh dunia ialah 'middle finger' dan body language yang difahami oleh semua masyarakat di seluruh dunia ialah senyuman. :>

READ MORE

HOW TO: MEMANFAATKAN BENDA DI SEKELILING ANDA (15 GAMBAR)

lifehack.

Sebenarnya entry ini berkait dengan entry di blog aku yang satu lagi, jika berminat, sila baca entry blog kupi2dulu, Dua kilang sabun dengan idea berlainan untuk mengatasi masalah yang sama.

Apapun, mari kongsikan gambar-gambar di bawah, bagaimana kita memanfaatkan objek-objek di sekeliling kita. Kitar semula, guna semula dan tukarkan fungsi asal mereka kepada yang lain, mungkin merupakan idea yang bijak!

READ MORE

INFOGRAPHIC: GEEK VS. HIPSTER

Anda seorang geek atau hipster atau hibrid kedua-duanya?

READ MORE

RANGKA SEBENAR BEBERAPA WATAK KARTUN DISNEY (14 GAMBAR)

Apabila watak fiksi diberi rangka sebenar.

Sebelum ni aku ada lihat satu siri lukisan tentang rangka2 watak daripada beberapa kartun, tapi aku lupa untuk paparkan dalam blog ini.

Jadi sekarang mari lihat pula rangka sebenar beberapa watak kartun Disney yang diperbuat daripada hibrid rangka sebenar haiwan dan juga bahan sintetik. Siri rangka ini dinamakan Animatus dan telah dibuat beberapa tahun yang lalu oleh Hyungkoo Lee. Cool.

READ MORE

LUKISAN LINGKARAN BESAR DI ATAS SALJI

Seperti kesan UFO yang mendarat di salji.

Lukisan lingkaran besar pada salji ini sebenarnya dibuat oleh Sonja Hinrichsen bersama-sama dengan lima orang sukarelawan bulan lepas.

Mereka membuat lingkaran ini dengan hanya berjalan menggunakan kasut. Ianya terlatak di Rabbit Ears Pass in Colorado.

Gambar dan video di bawah diambil oleh photographer Cedar Beauregard dengan kamera yang dipasang pada hexacopter kawalan jauh. Gambar terperinci boleh dilihat di sini. Cool.

READ MORE

WTF: MARI LIHAT KUNGFU IRON TESTICLES DARIPADA SHAOLIN (VIDEO)

U got balls bro?

Walau sehebat manapun seseorang lelaki dalam seni mempertahankan diri, selalunya kelemahan mereka ialah pada bahagian sulit. Tapi dengan belajar kungfu iron testicles daripada Shaolin, anda mungkin kebal dari serangan licik musuh.

Johnny English juga salah seorang yang telah menguasai kungfu ini hahaha.

READ MORE

APABILA JENAMA TERKENAL DIJADIKAN PACKAGING CONDOM (13GAMBAR)

Sangat epic dan sesuai apabila jenama terkenal bersama slogan mereka dijadikan packaging kondom hahaha!

Gambar2 ini sebenarnya direka oleh sebuah blog daripada tumblr, New Condoms. Enjoy.

READ MORE

APABILA SERANGGA DIJADIKAN STEAMPUNK ART (8GAMBAR)

Serangga menjadi cyborg adalah awesome!

Mari lihat beberapa gambar serangga yang telah dijadikan steampunk art oleh Lindsey Bessanson yang berasal daripada Arizona. Selain daripada serangga yang dijumpai sendiri, beliau juga mendapatkan serangga yang telah mati dengan membeli secara online di eBay dan juga laman web pakar entomologist.

Setiap serangga yang telah dijadikan cyborg ini mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk disiapkan dan beliau juga menjual seranga2 ini dengan harga diantara $120 hingga $300.

Apa kata PETA? Sekurang-kurangnya ini tidaklah sekejam arca hibrid dalam entry lepas. Oh tunggu, gambar terakhir bukan sejenis serangga, tetapi sejenis arachnid seperti labah2.

READ MORE

MELUKIS POTRET MENGGUNAKAN CAWAN DAN KOPI

Cool.

Masih ingat lagi kepada Red Hong yang membuat potret menggunakan bola keranjang? Nama sebenarnya ialah Hong Yi dan beliau berasal daripada Sabah, Malaysia.

Seperti biasa, tanpa menggunakan sebarang berus untuk melukis potret, kali ini beliau menggunakan cawan dan kopi sebagai bahan untuk menghasilkan potret Jay Chou. Karya ini juga sebenarnya diilhamkan oleh lagu Jay Chou sendiri.

READ MORE

BAKAT MENYANYI DENGAN MULUT TERTUTUP (VIDEO)

Bukan semua orang berbakat seperti ini. :>


READ MORE

MAKHLUK PELIK YANG TINGGAL DALAM KEGELAPAN (6GAMBAR)

Mari lihat makhluk pelik

Rupa mereka seperti makhluk asing dan raksasa kerana tingal dalam kegelapan. Apa yang aku maksudkan dengan kegelapan ialah, makhluk ini tinggal di laut dalam sehingga cahaya matahari pun tidak sampai pada kedalaman tersebut. Bukan kegelapan (kejahatan) haha :>

Gambar2 makhluk di bawah sebenarnya merupakan gambar Polychaetes iaitu merupakan spesis cacing daripada laut dalam.

READ MORE

TEKNOLOGI KLASIK: BEG KESELAMATAN ANTI-THEFT (VIDEO)

Padan muka pencuri.

Mari lihat bagaimana sistem beg anti-kecurian yang dicipta pada tahun 1961 berfungsi. Idea yang awesome, tapi sudah tidak digunakan pada hari ini. Kalau masih digunakan pada hari ini, mesti kes ragut akan berkurang haha. :>

READ MORE

APARTMENT DI INDIA DENGAN KOLAM RENANG DI BALKONI (5GAMBAR)

Balkoni diganti dengan kolam renang akan memberi sedikit kelainan.

Sebuah kediaman pencakar langit setinggi 37 tingkat di Mumbai, India yang sedang dalam proses pembinaan.

Kediaman ini yang dikenali sebagai Aquaria Grande Tower mempunyai kemudahan lengkap seperti rumah kelab, taman podium dan tempat meletak kereta yang luas. Ciri yang paling menarik ialah, setiap balkoni rumah mempunyai kolam renang berkaca yang akan memberi keselesaan dan privisi untuk bersantai di rumah kepada penghuninya.

Ianya direka oleh James Law Cybertecture dan sudah tentunya ianya merupakan sebuah kediaman mewah di kawasan Borivali, Mumbai apabila siap nanti.

READ MORE

KONSEP AIRPORT BERTEMAKAN CARPET DI TURKMENISTAN (9GAMBAR)

Turkmenistan memang terkenal dengan carpet tradisional mereka.

Sebuah firma architecture iaitu Studio 44 mencadangkan rekabentuk sebuah airport yang diilhamkan daripada carpet tradisional Turkmenistan.

Salah satu ciri dan keunikan rekabentuk airport ini ialah, bumbung utamanya yang kelihatan seperti carpet terbang. Bumbung ini dipasang bateri solar yang digunakan untuk membekalkan kuasa kepada sistem penghawa dingin airport.

Airport ini dijangka akan dibina berdekatan dengan bandar Ashgabad yang merupakan ibu negara kepada Turkmenistan.

READ MORE

KINI GAGANG TELEFON BOLEH DIBAWA KE MANA SAJA (3GAMBAR)

Geek stuff!

Mungkin disebabkan earphone standard terlalu mainstream, maka terciptalah Retro 2 Go untuk untuk menambah riak manusia di luar sana. Ianya merupakan gagang telefon dengan pemegangnya sekali yang boleh disambungkan kepada Iphone anda dan boleh disangkutkan pada tali pinggang untuk dibawa ke mana saja.

Ianya boleh dibeli di etsy dengan harga $25. Cool.

READ MORE

GAMBAR PERTUNANGAN DENGAN GABUNGAN WATAK KOMIK (8GAMBAR)

Memang kreatif dan menarik.

Setiap orang mahukan kelainan semasa merakamkan fotografi untuk hari yang bersejarah seperti hari perkahwinan dan juga pertunangan. Jom lihat beberapa gambar pertunangan hasil daripada gabungan antara gambar realiti dengan watak2 Archie and the Gang daripada siri Archie Comics.

Gambar2 ini dihasilkan oleh Visionary Photography Hub.

READ MORE

#MYPROJECT: PHOTOSHOP GUNUNG KINABALU MENJADI SESUMPAH GERGASI

Hampir setahun laptop aku rosak, segala dokumen dan gambar berjaya di backup kembali akhirnya.

Aku percaya semua orang pun boleh menghasilkan photoshop, tapi yang membezakan hasil photoshop anda dengan orang lain ialah idea dan sudah tentu jika anda pakar photoshop, hasilnya lebih menakjubkan.

Aku tidak mahir sangat menggunakan photoshop, tapi kalau sudah datang ilham, memang main belasah sehingga apa yang diilhamkan menjadi. Jom lihat hasil terbaru lagi amatur daripada sesi photoshop aku :>

Sebenarnya aku mahu letakkan seekor naga, tapi tidak jumpa gambar yang sesuai daripada Mr. google haha.

edit 1.

READ MORE

DISEBALIK NAMA 2 POKEMON

Terasa terlalu tua bila sebut pasal pokemon haha.

Aku tidak tahu budak sekarang zaman sekarang kenal dengan pokemon atau tidak, tapi masa zaman aku masih budak dulu, memang hafal habis semua nama2 pokemon siri pertama ni disebabkan ada koleksi sticker yang dibeli dan dikumpul. Orang yang membesar sezaman dengan aku mesti ingat punya.

Mungkin zaman budak dulu aku sangat slowpoke, wait, slowpoke juga sejenis pokemon. Jadi baru sekarang perasan di sebalik nama dua pokemon seperti di bawah haha.

READ MORE

MEMES: APABILA KALI PERTAMA DI INTERNET (15GAMBAR)

Aku suka layan meme.

Aku rasa memes di bawah sangat funny dan aku faham apa yang cuba disampaikan. Hahaha. Oh ya, lihat juga entri lama, Memes: Lawak Belutdan sila Enjoy.

READ MORE

QUEEN: 'DONT STOP ME NOW' VERSI KOMIK

Layan yeah!!

Sudah sekian lama tidak layan lagu ini, tiba2 terjumpa versi komik! Mari layan komik ini sambil menyanyi bersama hhahaha!



READ MORE

MANUSIA VS KUCING YANG EPIC (VIDEO)

wtf2! hahaha this video really make my day!

READ MORE

I PAINT: TIME LAPSE VIDEO YANG COOL

Layan!


GAMBAR FIGURA SERAMIK MEMECAHKAN DIRI SENDIRI (6GAMBAR)

Seolah-olah figura seramik ini sedang melakukan aksi sehingga memecahkan diri sendiri!

Gambar2 dibawah merupakan beberapa gambar daripada siri 'porcelain figurines' hasil karya photographer daripada Jerman, Martin Klimas. Sebenarnya yang figura2 seramik ini telah dijatuhkan dari ketinggian 9.8 kaki dan dirakamkan pada waktu yang tepat semasa figura seramik tersebut pecah untuk menghasilkan kesan dinamik yang menarik seperti dalam gambar di bawah.

READ MORE

GALERI SENI PALING KECIL DI DUNIA (7GAMBAR)

Awesome dan kreatif!

Apabila seorang photographer bukan pemilik dslr amatur ingin memuatnaik gambar2 dengan resolusi besar ke internert, sudah tentu ianya tidak cukup luas untuk skrin komputer memaparkan gambar tersebut dan sudah pasti perasaan untuk menghayati gambar tersebut pun kurang.

Untuk menghasilkan satu gambaran sebenar tentang gambar yang di muatnaik, photographer David Anthony Hall membuat sebuah galeri seni kecil dengan mengurangkan saiz gambar2 sehingga skala 1:50 dan meletakkan beberapa figura iaitu orang plastik kecil berdekatan gambar tersebut.

Jadi kedua2 gambar yang dikecilkan dan juga orang plastik kecil ini akan menunjukkan saiz sebenar gambar tersebut jika dipamerkan dalam galeri seni yang sebenar.

Updated 28 Feb 2012: Galeri ini di namakan The One2fifty Gallery.

READ MORE

MYCOMIC EDISI SABAHAN: TALUR BURUK

Untuk Sabahan troll!! :))



BURUNG TERPANTAS DI DUNIA

Info!

Peregrine falcon merupakan burung terpantas di dunia. Mungkin betul.

Sebenarnya Peregrine falcon merupakan burung terpantas di dunia hanya apabila ianya menjunamkan diri ke bawah ketika memburu mangsa. Tapi ianya tidak termasuk dalam senarai 10 burung terpantas di dunia apabila terbang secara horizontal (traveling in level flight).

Burung yang terpantas terbang secara horizontal pula ialah burung layang2 jenis Spine-tailed.

Mengenai video dibawah, apa yang menarik minat aku semasa menonton video ini ialah, bagaimana Peregrine falcon ini memburu dalam satu kawanan besar tanpa berlangar sesama sendiri.


info via:earthsky, thetravelalmanac


GRAND ILLUSION 3: VIDEO FINGERBOARD YANG COOL

Fingerboard ialah skateboard mini yang dimainkan dengan jari.

Taylor Rosenbauer daripada Morristown, New Jersey merupakan seorang pakar fingerboarder berumur 19 tahun. Video di bawah adalah salah satu video bertajuk Grand illusion yang terbaru dihasilkan oleh beliau. Cool.


CUBA TEKA: ADA BERAPA KEPALA

Gambar di bawah ialah meme 'so much fun'. Anda mesti kenal jika selalu membaca ragecomic. Cuba teka berapa kepala yang ada dalam gambar tersebut. 1? 10? 5? atau? :>

READ MORE

DISEBALIK LOGO 7ELEVEN

Apakah rahsia disebalik logo 7-11 ini? Baru perasan.


KLINIK GIGI BERTEMAKAN HELLO KITTY (8GAMBAR)

Mungkin ini kreatif.

Menghias klinik gigi dengan watak Hello Kitty seperti yang dilakukan oleh Heart Dental Clinic di Koto-ku, Tokyo, mungkin mengurangkan ketakutan kanak2 untuk pergi ke klinik gigi dan memberikan rasa selesa kepada pelanggan klinik tersebut.

Seperti kapal terbang bertemakan hello kitty, penggunaan watak Hello Kitty oleh klinik ini juga telah diluluskan oleh syarikat Sanrio. Jika anda mahu buat seperti ini, jangan main hentam hias permis anda tanpa kebenaran pemegang hakcipta, nanti kena saman pula. :>

Jom lihat beberapa gambar2 klinik gigi Hello Kitty yang berwarna pink ini.

READ MORE

RAMBUT 'TATU' UNTUK MENUTUP KEPALA YANG BOTAK(3GAMBAR)

Mencecah tatu di kepala mungkin adalah biasa.

Mencecah tatu untuk menutup kepala yang botak adalah perkara baru. Apa yang aku maksudkan ialah tatu yang kelihatan seperti rambut.

Ianya diilhamkan oleh Ian Watson. Beliau menjalankan kajian selama beberapa tahun dan hasilnya, kaedah mencecah tatu pada kepala yang botak dihasilkan. Ianya tidak semudah yang dilihat, proses mencecah tatu ini dilakukan secara teliti dan setiap warna pigmen direka supaya ianya kelihatan seperti rambut pendek sebenar yang baru tumbuh dan sudah tentu orang yang menjalani proses mencecah tatu ini berasa sakit.

Rawatan ini dikenali sebagai Micro Scalp Pigmentation Treatment dan ianya disediakan di Vinci Hair Clinic. Mungkin ini akan menjadi satu trend di barat.

READ MORE

STEAMPUNK SCOLOPENDRA YANG COOL (9GAMBAR)

Apakah Scolopendra sebenarnya?

Gabungan antara kala jengking dan lipan atau makhluk mitos. Itulah gambaran awal aku apabila melihat steampunk scolopendra yang diperbuat daripada logam seperti gambar di bawah.

Sebenarnya scolopendra ialah sejenis lipan besar. Tidak hairanlah apabila ianya dijadikan satu arca steampunk dengan sedikit pengubahsuaian fizikal, arca ini nampak macam haiwan mitos dan juga makhluk asing. Apapun, memang cool dan ganas scolopendra di bawah ini :>

READ MORE

EXPECTATION VS. REALITY: BERGAMBAR BERSAMA KUCING DAN ANJING

Hanya yang gambar terbaik akan diupload ke internet. So true.

READ MORE

SENI MELIPAT BUKU YANG KREATIF (6GAMBAR)

Setebal manakah buku yang ada dalam simpanan anda sekarang?

Jika terlalu tebal, anda boleh cuba untuk membuat seni origami menggunakan buku tersebut. Apa yang aku maksudkan ialah seperti beberapa gambar di bawah.

Perkataan2 tersebut dibuat hasil daripada lipatan helaian2 muka surat buku yang tebal. Ya, ianya hanya dilipat sehingga menghasilkan sesuatu yang menakjubkan dan orang yang menghasilkan karya ini ialah seorang accountant yang lahir di Texas, Issac Salazar. Beliau juga menjual buku2 ini secara online. Memang kreatif.

"read".

READ MORE

CUBA TEKA: APA YANG AKAN TERJADI

Watch out girl!

READ MORE

EXPECTATION VS. REALITY: TEACHER (4GAMBAR)

Anda seorang guru? :> Terima kasih kerana mendidik pelajar2 anda.

READ MORE

BAGAIMANA TANGAN DORAEMON BERFUNGSI (VIDEO)

Tangan robotik yang cool!

Doraemon sebuah robot kucing, anda tahu bagaimana tangannya yang tidak mempunyai jari berfungsi? Layan video di bawah. Wait, adakah teknologi robot seperti Doraemon sedang dimajukan? Well, hanya Nobita saja yang mampu mencipta Doraemon pada masa hadapan haha.

With this all kind of techs that humankind ever made, we're near the future indeed.

READ MORE

BBQ MENGGUNAKAN GUNUNG BERAPI (5GAMBAR)

Ini awesome!

Bbq menggunakan arang dan kayu api terlalu adalah terlalu mainstream. Apa kata anda mencuba pula bbq menggunakan haba daripada sumber lain.

El Diablo merupakan sebuah restoran di Sepanyol yang terletak di pulau Lanzarote adalah sebuah estoran yang sangat unik. Restoran ini menggunakan haba daripada gunung berapi untuk memasak dan bbq.

Sebenaarnya restoran yang dibuka sejak tahun 1970 ini bukanlah terletak betul2 di atas gunung berapi yang tinggi dengan risiko memuntahkan lava, tetapi ianya terletak di atas tanah di mana aktiviti2 gunung berapi bawah tanah masih aktif.

READ MORE

PLAYHOUSE BERBENTUK KEPULAN AWAN BOM NUCLEAR (3GAMBAR)

Nice.

Kelihatan seperti sebuah arca berbentuk kepulan awan berbentuk cendawan hasil daripada letupan Tsar Bomba!

Oh wait, ini sebenarnya merupakan sebuah playhouse untuk kanak2 yang direka oleh Dietrich Wegner. Beliau mengatakan awan cendawan tersebut mungkin membuatkan orang merasakan ketakutan, namun realitinya, playhouse yang setinggi 6.4 meter ini hanyalah umah pokok biasa.

READ MORE