WTF: ALAT UNTUK COVER BUNYI KENTUT SEMASA DI DALAM TANDAS (2GAMBAR 1VIDEO)

Tajuk ja yang lebih-lebih. haha

Eco-Otome Toilet Sound Blocker merupakan satu alat untuk menghasilkan bunyi seperti air yang keluar selepas anda menarik flush tandas. Tujuannya ialah untuk menutup sebarang bunyi pelik dan jangal daripada didengari orang lain akibat aktiviti anda di dalam tandas.

Mungkin alat ini juga mampu untuk menjimatkan air daripada sering digunakan apabila anda menarik flush semata-mata untuk untuk cover bunyi kentut dan juga najis yang keluar.wtf. Saiznya kecil membolehkannya dijadikan rantai kunci dan ianya boleh didapati di Japantrendshop dengan harga US$19. Berak? Teran la sepuar-puasnya! Haha.

READ MORE

FAKTA-FAKTA MENARIK BERKAITAN INTERNET DAN KOMPUTER (20GAMBAR)

Sedikit fakta-fakta menarik untuk dikongsi hari ini. Layan :>

READ MORE

KUPI2DULU: SEJARAH APRIL FOOLS (VIDEO)

Dengan kesempatan yang ada (haha), aku tolong promote-kan entry terbaru dari blog kupi2dulu:

April Fools - Jangan Kau dibodohkan secara halus!

Bacalah jika berminat. Sekian.:>


MASALAH: PERSAMAAN ANDA DENGAN BENDA LAIN (GAMBAR)

Haha nice!

Mungkin anda mempunyai masalah yang serius dan memerlukan nasihat daripada pakar kaunseling dan psychiatrist. Apa masalah yang anda alami, anda boleh mengetahui betapa kritikal situasi anda melalui gambar-gambar di bawah.

Jika anda mengadu kerana sering dipinggirkan dan diabaikan, mungkin anda sama seperti sekeping disket. Sadis dan menyayat hati! haha.

READ MORE

LOL: BAHAYANYA NOKIA 3310 JIKA DI SALAH GUNA

Jangan cuba-cuba naikkan harga minyak. Tu makan dia! haha.

via: reddit


HOW TO TROLL: 10 CARA MUDAH UNTUK KENAKAN ORANG (VIDEO)

Sangat praktikal! haha.



Perhatian: sila tanggung sendiri sebarang kejadian yang tidak diingini selepas megenakan orang lain. :>


CARA KREATIF PENYOKONG UNTUK TUNJUKKAN ARAH GOL SEMASA PERLAWANAN BOLASEPAK (3GAMBAR)

We will show you where the goal is.

Sebelum ni aku ada paparkan gelagat penyokong bolasepak di Turki terhadap larangan untuk menyalakan suar di dalam stadium. Kali ini mari lihat pula gelagat penyokong FC Magdeburg daripada Jerman.

FC Magdeburg kini berada di tangga terbawah Germany's Regionalliga Nord dan belum menghasilkan sebarang gol dalam lima perlawanan. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan tersebut, peminat pasukan ini mengambil langkah yang kreatif untuk menyokong pasukan mereka semasa perlawanan bertemu pasukan BAK '07.

Ianya sangat berhasil kerana  FC Magdeburg berjaya menghasilkan satu gol dalam perlawanan ini, namus kalah 2-1 melalui jaringan pada minit ke-87 oleh pemain Bak 07. Btw, Good try! haha :>

READ MORE

MUSANG HITAM DIKESAN SEMULA DI BRITAIN (3GAMBAR)

Rare!

John Moore daripada Bassingbourn menemui seekor musang hitam di sebuah kawasan lapang yang terletak di belakang rumah beliau.

Pada mulanya jiran beliau mengangap haiwan tersebut hanyalah seekor anjing liar manakala isteri beliau yang berusia 68 tahun menyangka ianya adalah karung hitam yang diterbangkan angin.

Namun setelah En. Moore memerhatikan haiwan tersebut sendiri, beliau memastikan bahawa haiwan tersebut adalah seekor musang melalui hujung ekornya yang berwarna putih dan beliau juga berjaya mengambil gambar haiwan tersebut.

Pakar hidupan liar percaya bahawa hanya tinggal sedikit musang hitam ini yang tinggal di kawasan tersebut dan haiwan tersebut merupakan musang merah yang mengalami perubahan genetik.

Ini merupakan kali kedua musang hitam ditemui di Britain sejak kali pertama dikesan di Lancashire pada tahun 2008 dan ianya merupakan haiwan yang sangat jarang ditemui di Britain namun di Amerika Selatan, musang hitam adalah kerap dijumpai.

Menurut lagenda tempatan, musang hitam membawa nasib malang.

Updated: musang hitam yang ditemui di Britain telah mati.

READ MORE

SAJA2: TUKAR RUANGAN KOMEN LAMA BLOG KEPADA RUANGAN KOMEN TERBARU

Naah..aku ketinggalan zaman lagi.

Seperti biasa, aku tidak buat tutorial kerana berlambak tutorial di luar sana yang patut dimanfaatkan bersama. Jadi apa yang aku mahu bagi di sini ialah, link untuk ke tutorial tersebut dan anda boleh mencuba tutorial yang diberikan dilaman web tersebut.

Pada 12 Januari 2012 yang lalu, Blogger telah menambahbaik ruangan komen blogger yang sedia ada, iaitu dangan mengumumkan ruangan 'Threaded Comments' secara rasmi.

Apa benda 'Threaded Comments' ni? Sila lihat gambar di bawah ataupun terus lihat di ruangan komen blog ini, anda pasti akan faham. :>

READ MORE

TAMAN TEMA TRANSFORMER BUATAN SENDIRI DI CHINA (6GAMBAR)

Nice.

Karyawan daripada China, Zhu Kefeng dan kumpulannya telah membuka satu taman tema Transformer di sebuah tapak kilang terbiar seluas 225 hektar yang terletak di Jiaxing, Wilayah Zhejiang.

Mereka membina robot-robot logam dengan menggunakan bahan daripada kereta dan juga bahagian mesin yang dikitar semula.

Dinamakan Mr. Iron Robot theme park, taman tema ini mempunyai lebih daripada 600 buah robot logam yang diinspirasikan daripada filem Transformer dan kumpulan ini telah menghabiskan masa selama 10 tahun untuk membuat robot-robot tersebut.

READ MORE

GADGET HIBRID ANTARA CALCULATOR DAN SEMPOA (2GAMBAR)

Nostalgia!

Aku tidak tahu adakah anak muda zaman sekarang masih mengenal sempoa? Ianya dipangil abacus dalam bahasa English, merupakan perkataan dalam senarai terawal dalam kamus dwibahasa Oxford fajar?

Mari lihat apabila alat pengiraan digital digabungkan dengan alat analog, iaitu hibrid antara calculator dan juga sempoa. Ianya dinamakan soroban calculators. Dibuat dan dikeluarkan oleh syarikat Sharp pada hujung tahun 70-an.

Ianya boleh dibeli di laman web Partners and Spade. Sangat klasik dan retro sesuai untuk para nerd yang perlukan double check dalam pengiraan dan kalau calculator habis bateri, bolehlah guna sempoa pula :>

READ MORE

SUSUNAN FORMULA STRUKTUR MOLEKUL PALING COMEL (6GAMBAR)

Info.

Topik formula struktur merupakan salah satu topik penting dalan bidang kimia organik. Mungkin orang yang mempunyai asas dalam bidang sains pasti akan memahami gambar dibawah dengan lebih baik.

Nanoputian adalah satu siri molekul organik yang formula strukturnya menyerupai manusia. Formula struktur ini direka oleh Professor James Tour dan kumpulanya daripada Rice University pada tahun 2003. Apa yang menarik tentang siri molekul ini ialah, strukturnya yang comel berkaitan dengan nama unik yang diberikan. Keluarga Nano yang gembira haha:>

NanoPutian Couple

READ MORE

POSTER-POSTER ABJAD YANG AWESOME (26GAMBAR)

Memang awesome!

Poster-poster setiap abjad di bawah dibuat oleh Neill Cameron. Beliau menggunakan pelbagai watak animasi dan icon terkenal dan mengabungkannya dengan sangat kreatif. Sila enjoy karya beliau dari A hingga Z dan aku sangat sukakan poster abjad P haha.

READ MORE

MENGUKIR BUKU MENJADI TENGKORAK MANUSIA (6GAMBAR)

Cool.

Baru juga aku paparkan entry mengukir bola boling menjadi buku. Kerana mengukir buku tebal sudah terlalu mainstream hari ini, nah aku paparkan lagi entry buku tebal yang diukir menjadi tengkorak manusia.

Buku yang digunakan adalah daripada buku-buku berkaitan internet dan komputer dan ianya diukir oleh karyawan daripada Canada, Maskull Masserre. Next time, aku harap dapat paparkan benda lain pula :>.

READ MORE

KOSTUM KEBUDAYAAN YANG PELIK DARIPADA AFRIKA (13GAMBAR)

What sorcery is this?

Ini bukan dress daripada fashion show yang membuatkan anda facepalm. 'Muske' adalah satu siri gambar yang di ambil oleh Phyllis Galembo melibatkan kostum yang dipakai dalam acara tradisional masyarakat dan kostum semasa yang digunakan dalam pelbagai karnival di Afrika.

Jom lihat kostum-kostum yang mungkin anda tidak pernah lihat daripada pelbagai budaya di benua Afrika. Ianya sangat menarik dan mengerunkan!

READ MORE

MENGUKIR BOLA BOLING MENJADI BUKU (6GAMBAR)

Ok ini rare.

Oleh kerana mengukir buku tebal untuk dijadikan sesuatu objek lain sudah terlalu mainstream, carilah benda lain untuk diukir menjadi buku pula.

Eddy Skyes merupakan karyawan yang berpengkalan di Los Angeles, menjadikan bola boling sebagai objek untuk diukir. Beberapa gambar di bawah merupakan bola boling yang telah diukir beliau menjadi sebuah buku. Ianya diukir dengan sangat terperinci.

READ MORE

WTF: DRESS YANG MEMBUATKAN ANDA FACEPALM #2 (8GAMBAR)

Wtf.

Setelah aku paparkan entry mengenai dress yang membuatkan anda facepalm, sehingga sekarang aku masih tertanya-tanya tujuan untuk menghasilkan fesyen yang pelik-pelik ni. Oh mungkin ianya dianggap sebagai satu jenis seni. Mungkinlah.

Di bawah merupakan antara dress yang dipamerkan semasa Tokyo Fashion Week. Sesiapa yang berminat, bolehlah beli dan pakai kerana ianya terlalu unik dan mewah. *facepalm.jpg*

READ MORE

GAMBAR GIF 3D YANG MINDBLOWING (6GAMBAR)

Layan. @-)

'Stereographic drawings' merupakan siri gambar gif yang dibuat oleh Dain Fagerholm, illustrator berasal daripada seattle, USA.

Beliau menghasilkan gambar gif ini dengan menggunakan ilustrasi yang dilukis menggunakan tangan. Di bawah merupakan beberapa gambar gif yang dihasilkan beliau. Sangat mindblowing!

READ MORE

INFO: NENAS DALAM BEBERAPA BAHASA ASING

What the..

Aku terjumpa gambar di bawah dan ianya menarik perhatian aku untuk melakukan sedikit research menggunakan google translete. *challenge accepted.jpg*

Hasilnya, kebanyakan bahasa menggunakan perkataan yang sama (dan hampir sama) untuk merujuk kepada pineapple (english) iaitu 'ananas'. Tidak hairanlah bahasa melayu pun menggunakan perkataan yang hampir sama iaitu 'nenas' atau 'nanas' untuk merujuk buah yang mempunyai sisik dan jambul berduri ini.

Dari mana datangnya perkataan tersebut? Sebenarnya Ananas comosus merupakan nama saintifik bagi buah nenas yang berasal daripada bahasa Tupi, iaitu 'nanas' yang membawa maksud "excellent fruit". Perkataan ini telah direkodkan sejak tahun 1955 oleh André Thévet.

Dalam bahasa sepanyol (spanish) buah ini disebut 'piña' yang mempunyai maksud sama dengan perkataan 'pineapple' (untuk merujuk kepada pine cones).

READ MORE

BOT LAJU DIINSPIRASIKAN DARIPADA PAUS ORCA (4GAMBAR)

Design bot laju yang mantap!

Seabrecher Y merupakan sebuah bot laju yang diinspirasikan daripada paus orca (paus pembunuh). Ianya rekaan syarikat Innespace yang berpengkalan di New Zealand.

Dikuaskan oleh enjin berkuasa 255 kuasa kuda, kelajuannya boleh mencapai sehingga 55 batu sejam di atas permukaan air dan boleh mencecah 16 kaki tinggi ketika meluncur ke udara. Bot laju ini mempunyai dua tempat duduk dan berharga $86 000.

Anda boleh menonton video di bawah dan lihat bagaimana awesome-nya bot laju ini berfungsi!

READ MORE

FOTOGRAFI ANTI GRAVITI TERBARU OLEH LI WEI (4GAMBAR)

Masih ingat lagi kepada Li Wei dengan fotografi anti graviti ?

Kali ini beliau menghasilkan satu lagi fotografi anti graviti terbaru di Fontaine of Lyons, La Villette di Paris. Seperti kerja-kerja sebelum ini, beliau tidak menggunakan sebarang manipulasi pada gambar beliau melainkan menggunakan teknik-teknik seperti kabel, gabungan props, kedudukan kamera dan juga aksi-aksi akrobatik.

Mari lihat beberapa gambar daripada sesi fotografi beliau. Kali ini beliau menggunakan kabel yang disangkutkan pada bahu sami tersebut dan hasil fotografi sebenar nanti, kabel ini tidak kelihatan disebabkan cahaya matahari.

Untuk pengetahuan anda, cara yang sama juga pernah digunakan oleh ahli silap mata terkenal seperti Criss Angel. :>

READ MORE

KAPAL SELAM MINI BUATAN SENDIRI (3GAMBAR)

Cool!

Seorang bekas perkerja kilang di Wuhan, China yang diberhentikan mengambil keputusan untuk mendirikan kilang membuat kapal selam mini.

Kapal selam yang dicipta beliau boleh memuatkan dua orang dalam satu masa dan mampu menyelam sedalam 30 meter. Ianya juga dilengkapi dengan tangki simpanan oksigen dan siap dipasang dengan kemera video.

Sebuah kapal selam mini ini menelan perbelanjaan sebanyak 200,000 yuan (~$31,621 USD) untuk disiapkan dan kilang tersebut telah menerima tiga tempahan pada tahun ini.

Kalau takut untuk menyelam di laut, menyelam di tasik pun jadilah :>

READ MORE

CALCULATOR TI-NSPIRE CX CAS YANG SUPER

Pergh!

Walaupun dengan kecanggihan smartphone sekarang, ianya masih tidak boleh menggantikan fungsi calculator sebenar.

Salah satunya ialah, smatrphone dilarang untuk digunakan semasa peperiksaan dan mengira menggunakan calculator sebenar lebih cepat berbanding mengira mengunakan aplikasi calculator pada smartphone. Benar.

Jadi kenapa tidak keupayaan calculator sebenar ditingkatkan? TI-Nspire cx CAS merupakan sebuah calculator yang mempunyai grafik berwarna. Apa yang menarik tentang calculator ini, ianya boleh di-install emulator Game boy dan juga NES.

Anda boleh bermain game untuk menghilangkan keboringan semasa berada di dalam kelas, tetapi tidak semasa peperiksaan kerana calculator seperti ini tidak akan dibenarkan sama sekali digunakan haha.

Lepas ni buat pula calculator yang mempunyai fungsi smartphone! :>

via: technabob


TRAK KECIL DIKUASKAN OLEH NAJIS HAIWAN

Idea yang bagus.

Kitar semula semakin menjadi pilihan utama pada hari. Aku ada paparkan beberapa entry pasal kitar semula bahan buangan seperti proses kitar semula di pakistan tempoh hari.

Sebuah zoo yang terletak di Colorado, iaitu Denver Zoo telah mengubahsuai baberapa trak kecil jenis tuk tuk yang dibeli daripada Thailand menjadi sebuah kenderaan yang dikuasakan oleh najis haiwan.

Untuk permulaan, Zoo ini menggunakan najis panda dan juga sampah sarap yang proses dan disimpan dalam bentuk pelet sebesar ibu jari. Palet ini akan dibakar di dalam penjana untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi mengecas motor elektrik kenderaan ini.

Untuk masa yang akan datang, pihak zoo ini mahu menjadikan 100% najis haiwan yang terdapat dalam zoo ini sebagai bahan bakar kenderaan ini. Sesuatu usaha yang bagus!

READ MORE

ILUSTRASI AWESOME IRONMAN JIKA DIBUAT OLEH PIXAR

Awesome! Apabila Iron Man di-pixar-kan haha.

Iron Man merupakan satu watak daripada Marvel Comics dan MARVEL kini dimiliki oleh DISNEY. Seperti yang anda tahu, PIXAR merupakan sebuah studio filem animasi yang terkenal juga dimiliki oleh DISNEY. Jadi mungkn sangat awesome jika dapat melihat filem Iron Man yang dibuat animasi oleh PIXAR. Tapi sayangnya ianya belum dihasilkan lagi.

Apapun, jom lihat ilustrasi yang dibuat oleh Victor Hugo. Ianya merupakan ilustrasi 3D yang mengambarkan watak Iron Man, Tony Stark apabila dibuat dalam bentuk animasi oleh PIXAR. Beliau membuat ilustrasi ini dengan sangat terperinci, dan anda boleh melihat ilustrasi terperinci ini di sini. Jangan lupa zoom ok. :>

via: io9


RESTORAN UNIK DI ATAS POKOK (9GAMBAR)

Cool.

Gambar di bawah merupakan sebuah restoran yang dibina di atas pokok dengan ketinggian 40 meter. Terletak di Auckland, New Zealand, restoran ini dinamakan dinamakan Yellow Treehouse Restaurant merupakan hasil rekaan firma Pacific Environments.

Macam sarang burung! :>

READ MORE

BOT KECIL YANG BOLEH DILIPAT (7GAMBAR)

Nice!

Projek 'Foldboat' merupakan rekaan sebuah bot kecil yang boleh dilipat dan diilhamkan oleh oleh Max Frommeld dan Arno Mathies. Rekaan Foldboat ini membolehkannya dilipat menjadi sebuah beg kecil untuk memudahkan ianya disimpan dan di bawa ke mana-mana saja.

Mungkin produk ini sangat sesuai dibeli dan disimpan oleh penduduk yang tinggal di kawasan sering dilanda banjir ataupun digunakan untuk rekreasi di hujung minggu. :>

READ MORE

SELEBRITI YANG KELIHATAN SEPERTI TILAM (19GAMBAR)

Lol! :))

READ MORE

KELAS KIMIA YANG AWESOME (VIDEO)

Science is awesome!

Sebelum ni aku ada paparkan video daripada kelas fizik, Professor Walter Lewin dan beliau sangat cool dengan teknik dot dot dot sepantas kilat.

Sekarang mari lihat pula video daripada kelas kimia Professor Hunter. Ianya merupakan video kompilasi demonstrasi eksperimen yang dibuat oleh beliau dan video ini dibuat sebagai penghormatan terakhir kepada beliau yang telah pun meninggal dunia.

Inilah yang dipanggil kelas kimia sebenar! :>



VIDEO MEMANJAT MENARA KOMUNIKASI SETINGGI 1768

Ffttt!

Video di bawah dirakamkan daripada kamera yang terletak pada helmet seorang technican semasa memanjat menara tersebut dan semakin mendebarkan apabila mereka semakin hampir ke puncak menara.

Anda perlukan keberanian untuk menonton video ini. :>


INFOGRAPHIC: RAMALAN HARI KIAMAT YANG GAGAL

Will Doomsday Occur in 2012?

Pelbagai agama mempunyai pendapat masing-masing tentang hari kiamat dan petanda datangnya hari tersebut. Mungkin daripada petanda-petanda ini dan juga pengetahuan sains, manusia mula membuat ramalan tarikh-tarikh bilakah berlakunya kiamat.

Ingofraphic di bawah merupakan ramalan-ramalan kiamat yang telah dibuktikan palsu dan gagal kerana telah melebihi masa. Pada masa akan datang, mungkin akan ada lagi pelbagai ramalan seperti ini dan yang paling dekat ialah ramalan pada tahun ini, 2012!

Walaupun telah ramai orang meramalkan hari kiamat, In the end semuanya telah gagal dan tiada seseorang pun yang tahu bila kiamat akan berlaku melainkan yang Maha Pencipta.

READ MORE

VIDEO COOL: FRAME OF MIND

Video yang cool harus dilayan sehingga habis kerana ianya tidak akan merugikan masa anda. Tapi kalau internet macam siput, sila abaikan buat sementara sehingga line internet anda lincah seperti ninja haha.

'Frame of Mind' merupakan sebuah video yang dihasilkan oleh dua orang videographers, Steven Alan dan Ben Boutwell. Video yang sangat menarik dan juga hasil editing yang super!


source: Frame of Mind from Steven Alan on Vimeo.


ILUSI MINDTWISTING YANG MENYAKITKAN MATA

Arghh! my eyes..@-) inb4, bukan gambar gif.

via


BUDAK TIDUR BERDIRI SEMASA BERMAIN SKI (VIDEO)

Bermain ski sangat boring dan mangantuk! hahaha


POSTER FILEM DALAM BENTUK PIXELART (11GAMBAR)

Nice.

Sebelum ni aku ada paparkan poster-poster filem yang telah di-Disney-kan. Mari lihat pula bila poster-poster filem dibuat dalam bentuk pixelart. Poster-poster filem 8-bit di bawah dibuat oleh seorang pereka grafik, Eric Palmer. Nampak cool dan kreatif!

READ MORE

INFOGRAPHIC: SEJARAH RINGKAS TENTANG HACKING

Sejauh mana anda tahu tentang sejarah hacking?

READ MORE

ILUSTRASI YANG COOL OLEH DANIEL DOS SANTOS (11GAMBAR)

Cool!

Daniel Dos Santos merupakan seorang illustrator bebas. Beliau pernah berkerja untuk pelanggan seperti Disney, Universal Studios, Wizards Coast, dan DC Comics. Di bawah merupakan beberapa ilustrasi cool yang dihasilkan oleh beliau. Sila enjoy! :>

READ MORE

FAKTA-FAKTA MENARIK DISAMPAIKAN OLEH KACANG BERWAJAH ANJING (VIDEO)

What the...

Memeshiba merupakan animasi kacang berwajah anjing yang muncul secara tiba-tiba dan menyampaikan fakta-fakta menarik. Ianya dihasilkan oleh Dentsu, iaitu syarikat pengiklanan daripada Tokyo.

Kacang yang pelik dan menyebabkan sarapan aku tidak dapat dihabiskan haha.
    


POTRET KREATIF DARIPADA MOZEK TIN ALUMINIUM (9GAMBAR)

Kreatif!

Mari lihat potret yang dihasilkan daripada tin aluminium oleh Jeff Ivanhoe. Beliau menamakan seni ini sebagai AluMosaics.

Potret ini dibuat dengan menjadikan tin munuman yang kosong sebagai kepingan mozek aluminium sebelum disusun mengikut kesesuaian warna tin sehingga menjadi sebuah potret.Jika dilihat dengan lebih dekat, cat dan warna asal tin tersebut akan nampak lebih jelas.

Ini merupakan suatu seni dan juga cara baru untuk mengitar semula tin aluminium menjadi sesuatu yang lebih berfaedah.

READ MORE

BILA MEMERANG BERMAIN BERSAMA ANJING (VIDEO)

Rare.

Sebelum ni aku ada paparkan bila anak beruang bermain dengan anak serigala. Mari lihat persahabatan yang unik antara memerang dan anjing pula. :>


PEMANDANGAN LAUT DARIPADA 500 000 MATA KAIL (4GAMBAR)

Nice works!

Pemandangan laut yang sangat nice di bawah bukanlah sebuah lukisan. Ianya sebuah potret yang dibuat daripada 500 000 mata kail. Dinamakan 'project isla', ianya dibuat oleh karyawan daripada Cuba, Yoan Capote dengan bantuan 30 orang pembantu dan memakan masa selama 6 bulan.

Menurut kata beliau, menggunakan mata kail sebagai bahan utama dalam projek ini adalah untuk mewujudkan kontra antara keindahan dan godaan, antara bahaya dan perangkap bagi menghasilkan kekaguman dikalangan penonton karya yang unik ini.

READ MORE

REKOD DUNIA GAUN PENGANTIN PALING PANJANG (9GAMBAR)

Beautiful~

Kini rekod gaun pengantin terpanjang di dunia menjadi milik gaun pengantin rekaan syarikat fesyen, Andree Salon.

Gaun ini disahkan oleh pihak Guinness Book of World Records sebagai gaun pengantin terpanjang di dunia dengan panjang 2750 meter mengatasi rekod sebelum ini iaitu 2488 meter. Gaun ini mengambil masa selama 100 hari untuk dijahit dan melibatkan 10 orang penjahit.

Jom lihat beberapa gambar gaun ini yang dipakai oleh model berusia 17 tahun, Emma Dumitrescu di Bucharest, Romania.


Photo By Reuters/Radu Sigheti

READ MORE

WTF: POTRET IRONMAN DARIPADA URINE (3GAMBAR)

Berb!!!

Seorang graduan seni daripada Taiwan telah memenangi sebuah pertandingan seni dengan hasil karyanya iaitu sebuah potret Iron Man yang dibuat daripada urine (air kencing) sendiri.

Beliau menghabiskan masa lebih kurang dua bulan untuk mencari mangkuk tandas yang mempunyai bentuk seakan kepala Iron Man. Beliau juga memakan pigmentasi yang boleh dimakan untuk menghasilkan air kencing berwarna hijau, hitam dan merah serta menggunakan air liur sendiri untuk mengekalkan potret tersebut sementara menunggu hakim pertandingan menilai hasil seni beliau. Potret ini dinamakan 'Blood Urine Man'.

READ MORE

HOODIE MIGHTY MORPHINE POWER RANGERS YANG AWESOME (4GAMBAR)

Cool!

Mighty Morphin Power Rangers merupakan siri Power Rangers yang pertama diterbitkan pada tahun 1993 yang asalnya diambil daripada Super Sentai siri ke 16 daripada Jepun.

Walaupun aku terlepas zaman Gaban (haha) tapi zaman kanak-kanak aku sangat awesome kerana adanya siri Mighty Morphin Power Rangers. Siapa yang sezaman dengan aku, memang tahu betapa awesomenya siri Power Rangers ini berbanding Power Rangers zaman moden yang kelihatan sangat sucks, full of digitalization and of course, full of plastics!. True.

Di bawah merupakan hoddie bertemakan kostum asal enam orang Power Rangers pertama. Ianya boleh ditempah dan dibeli dengan harga $110 di forum Rangerboard.

READ MORE

FURIKO: ANIMASI PENDEK YANG SEDIH (VIDEO)

Manly tears~

Furiko (Pendulum) merupakan animasi dengan durasi tiga minit yang dilukis oleh Tekken iaitu seorang comedian daripada Jepun. Jalan cerita yang sangat bagus dan menyedihkan. Anda mesti tonton, sob.



via: kotaku


PHOTOSHOP TROLL: MEMBONCENG MOTORSIKAL HALIMUNAN (2GAMBAR)

Not sure if trolling or stupid..Hahaha win!

READ MORE

TOP GEAR 1991: PROTON SAGA (VIDEO)

Daripada rancangan Top Gear tahun 1991, sila tonton review tentang kereta Proton Saga. Ini sangat oldschool!


via: carmakermalaysia


CUBA TEKA: APA YANG ADA DI DALAM GAMBAR INI SELAIN DARIPADA PATUNG PANDA

Cubalah. Kalau berputus asa, jawapannya ada di sini. :>

via: reddit


BILA MICKEY MOUSE SUDAH TUA (3GAMBAR)

Kelihatan sadis.

Mickey Mouse lahir pada tahun 1928 dan sehingga hari ini tidak pernah tua dari segi umur mahupun aksinya untuk menghiburkan kanak-kanak. Mari lihat bagaimana rupa Mickey Mouse apabila ianya sudah tua. Arca di bawah dibuat oleh Darick Maasen.

READ MORE

MEMES: BEST OF PISSED OLD MAN (11GAMBAR)

Semuanya betul!

Dulu aku kaki chat dan terasa sangat oldschool bila teringat balik masa tu chatting menggunakan MIRC adalah terlalu mainstream sebelum YM dan AIM mengambil alih.

Belum kenal ragecomic, belum kenal perkataan LOL, hanya sebanyak 150 spesis pokemon yang diketahui dan apabila sebut COD, automatik akan teringat tentang pil Cod liver oil yang rasanya sangat teruk! Terasa diri ini suda semakin tua? Mungkin belum masanya haha :>

READ MORE

KERETA KEBAL DIPERBUAT DARIPADA 5016 KOTAK TELUR (3GAMBAR)

Cool.

Replika kereta kebal Challenger II yang dipaparkan di bawah diperbuat daripada 5016 kotak telur yang setiap satunya mengandungi 6 biji telur. Ianya dibuat oleh Stuart Murdoch bertujuan untuk mengumpulkan dana kebajikan. Kereta kebal ini mengambil masa selama 512 Jam untuk disiapkan.

READ MORE

PERLUMBAAN SEBENAR ANTARA BATMOBILE 66 DAN BATMOBILE 89 (VIDEO)

Super!

Video di bawah adalah daripada siri pertama Super Power Beat Down. Mari lihat kereta yang manakah akan menang dalam perlumbaan ini. Anda boleh menonton video penuh di sini untuk scene yang lebih 'menarik'. :>

READ MORE

DAPATKAN UPDATE TERKINI BLOG TIBA2JAM6PETANG MELALUI RSS FEED

Dapatkan update blog ini melalui RSS Feed secara percuma.

Mungkin ramai blogger yang tahu apakah RSS Feed dan ramai juga yang belum tahu. RSS Feed Memudahkan anda mengikuti perkembangan terkini (baca: update) entry sesebuah laman web. Ianya seperti anda membuat 'bookmark' untuk website tersebut. Tidak faham? Gambar yang aku paparkan di bawah mungkin memberi anda gambaran lebih jelas.

Untuk melanggan RSS Feed blog ini, sila klik butang RSS Feed di bawah ini atau yang yang dipaparkan di sebelah kanan blog ini.

READ MORE

CUBA TEKA: HAIWAN APA YANG DIBAWA OLEH LELAKI INI

Like a boss.

READ MORE

ME GUSTA COFFEE LATTE (VIDEO)

Hahaha sangat sesuai!


FOTOGRAFI DARI DALAM INSTRUMEN MUZIK (6GAMBAR)

Kreatif.

Pernahkah anda melihat bagaimana rupa bentuk dalaman sesuatu instrumen muzik? Fotografi di bawah adalah daripada iklan dan kempen untuk the Chamber Orchestra of the Berliner Philharmoniker. Ianya merupakan satu projek oleh Bjoern Ewers daripada Berlin dan fotografi dari dalam instrument muzik ini diambil oleh Mierswa Kluska.

Nampak macam ruang dalam sebuah rumah dan bangunan, cool.

READ MORE

HELMET FORMULA1 BERTEMAKAN ANGRY BIRDS (5GAMBAR)

Cool, kini Angry Birds sepantas jentera F1.

Helmet Angry Birds di bawah merupakan helmet yang dipakai oleh pelumba formula1, Heikki Kovalainen. Beliau akan menggunakan helmet ini semasa perlumbaan formula1 tahun 2012. Ianya ditaja oleh syarikat pencipta Angry Birds, Rovio Entertainment.

READ MORE

ILUSTRASI YANG KREATIF DARIPADA ILOVEDOODLE (10GAMBAR)

Nice!

Sebelum ni aku ada paparkan ilustrasi yang dibuat oleh ilustrator daripada Malaysia,  iaitu ilustrasi-ilustrasi yang sangat cool oleh Flyingmouse.

Sekarang mari lihat pula beberapa ilustrasi daripada Lim Heng Swee atau lebih dikenali sebagai ilovedoodle yang sangat comel dan kreatif. Beliau berkerja sebagai illustrator sejak tahun 2003 dan juga berasal daripada Malaysia. Cetakan karya-karya asli daripada beliau juga boleh dibeli di laman etsy.

READ MORE

RUIN: ANIMASI PENDEK DENGAN GRAFIK SUPER (VIDEO)

Kalau ada filem panjang dibuat seperti animasi di bawah, ianya tentu sangat cool!


ILUSI YANG TIDAK DISENGAJAKAN ( 18+, 8GAMBAR)

Hanya beberapa gambar biasa. Jangan fikir yang bukan-bukan :>

READ MORE

KONSEP: DESIGN MOTORSIKAL OSSA MONOCASCO VERSI ELEKTRIK (6GAMBAR)

Cool!

Ossa merupakan pembuat motorsikal yang berpengkalan di Catalonia, Sepanyol. Konsep motorsikal Ossa Monocasco versi elektrik di bawah telah direka oleh studio ART-TIC.

Ianya diilhamkan daripada motorsikal Ossa monocasco versi asal milik Santiago Herrero iaitu juara perlumbaan motorsikal Spanish Grand Prix pada tahun 1969 dan juara Yugoslavian Grand Prix pada tahun 1970 yang melakili kumpulan Ossa.

READ MORE

HOW TO: CARA TERBAIK UNTUK MENGURANGKAN DAYA IMPAK KE ATAS BADAN SEMASA LIF PUTUS

Free fall motion antara topik fizik sedap dimakan semasa jawab paper exam.

Apakah perkara terbaik untuk mengurangkan risiko kematian dan juga kecederaan jika anda berada di dalam lif yang kabelnya terputus? Kalau lif terputus di tingkat satu, mungkin risikonya adalah kurang, bagaimana kalau lif terputus di tingkat yang lebih tinggi?

Menurut Eliot H. Frank, seorang jurutera penyelidikan di Pusat Kejuruteraan Bioperubatan di Massachusetts Institute of Technology, apa yang harus dilakukan ialah, berbaring di lantai selebar yang anda mampu. Ini dapat membahagikan daya impak yang terkena pada badan anda apabila lif terhempas.

img credit: Victoria Roberts.

Berbanding apabila anda hanya berdiri, daya impak akan tertumpu pada kaki. Ketika impak berlaku, kaki anda tidak akan dapat menampung keseluruhan berat badan yang berkali ganda lebih berat daripada keadaan normal disebabkan pecutan graviti yang anda alami.

Melompat ke atas tepat semasa impak berlaku mungkin sesuatu yang adalah selalu fikirkan jika situasi di atas berlaku, tetapi cara ini tidak berguna kerana anda tidak akan tahu bila lif tersebut akan terhempas.

Apapun, harap-harap kejadian lif terputus tidak berlaku dalam hidup anda. :>


via: bookofjoe