ILUSTRASI RINGKAS DAN KREATIF OLEH MATTHIEU BARRERE (16GAMBAR)

Creative and funny haha!

Gambar-gambar di bawah adalah daripada ilustrasi AwfulDrawing yang dihasilkan oleh Matthieu Barrère. Untuk melihat lebih banyak gambar yang kreatif dan funny seperti ini, sila ke laman tumblr AwfulDrawing dan enjoy! :>

READ MORE

ANIMASI PENDEK: CHOP CHOP - AKSI MENYELAMAT YANG DRAMATIK (VIDEO)

Haha epic!
    

READ MORE

SERANGAN COMEL: KAMBING BIRI-BIRI YANG MEMPUNYAI BULU SEPERTI BERUANG PANDA (5GAMBAR)

Ini comel!

Usaha untuk mendapatkan baka panda baru telah gagal disebabkan dua ekor panda yang terdapat Zoo Edinburgh sudah terlepas musim mengawan tanpa sebarang 'aksi' haha.

Jadi, Jill Noble yang merupakan seorang peladang mengambil satu inisiatif untuk membiakkan satu baka biri-biri baru yang mempunyai bulu seperti panda dan hasilnya sebanyak enam ekor anak biri-biri panda telah lahir di ladang Windy Gowl yang terletak di Carlops, Peeblesshire.

Biri-biri ini merupakan kacukan daripada biri-biri Iceland dan Scotland bakal menjadi tarikan terbaru di zoo Edinburgh dan ianya mungkin juga mendapat sambutan di pasaran untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Apapun kepada dua ekor panda yang gagal mendapatkan anak, cuba lagi di musim hadapan. Biar anak biri-biri take over pameran comel untuk tahun ini.haha :>

good luck di musim hadapan.

READ MORE

TURTLE BOY BERJAYA DIBEDAH UNTUK MEBUANG TAHI LALAT GERGASI DI BADANNYA (6GAMBAR)

Seorang budak lelaki bernama Didier Montalvo berusia 6 tahun dan berasal daripada Colombia mendapat gelaran 'turtle boy' kerana tahi lalat gergasi yang tumbuh di belakang beliau menyerupai cengkerang penyu. Didier sebenarnya mengalami Congenital Melanocytic Nevus yang sangat jarang berlaku.

Lagi menyedihkan, Didier dan keluarganya dipulaukan oleh penduduk setempat yang percaya kepada perkara karut dan bimbang bahawa Didier telah disentuh kuasa jahat kerana dikandungkan semasa gerhana berlaku. Ini bermakna beliau juga tidak boleh ke sekolah dan dibaptiskan.

Mujurlah kesusahan yang dialami Dieder ini didengari oleh seorang pakar bedah plastik British, Neil Bulstrode dan tahi lalat gergasi ini berjaya dibuang melalui pembedahan yang dilakukan oleh pakar bedah ini secara percuma. Kini Didier boleh membesar seperti kanak-kanak yang lainnya. :)




READ MORE

MOZEK POKOK SAKURA DIPERBUAT DARIPADA 10 RIBU CUPCAKES (6GAMBAR)

Nampak sedap haha.

Mari lihat pemandangan pokok bunga sakura pada sebuah mozek yang dibuat daripada susunan 10 000 cupcakes. Ianya dibuat oleh Crumbs and Dollies iaitu sebuah kedai kek di London untuk sebuah program televisyen Jepun, ITTEQ. Kaki cupcake mesti terliur~ haha.

READ MORE

MINDBLOWING: GAMBAR MANIPULASI BURUNG DENGAN TANGAN (14GAMBAR)

Jika burung mempunyai tangan...

Gambar di bawah diambil daripada sebuah laman tumblr bernama Birds With Arms. Ianya mengumpulkan gambar-gambar manipulasi burung yang mempunyai tangan. Sangat mindblowing haha.

Jika anda mempunyai idea dan gambar burung yang dimanipulasi, bolehlah menghantarnya ke website mereka atau enjoy saja gambar-gambar yang dimuat naik oleh orang lain. :D

READ MORE

REKABENTUK BILIK AIR DENGAN LANTAI KACA YANG SHIT BRIX (3GAMBAR)

Tandas untuk mereka yang gagah dan berani!

Sebelum ini aku ada paparkan hiasan dinding tandas yang membuatkan anda berak bata apabila termenung terlalu lama di dalamnya haha.

Kali ini, mari lihat pula rekaan bilik air yang lantainya diperbuat daripada kaca. Jadi? Apa yang menariknya? Sebenarnya bilik air ini dibina tepat di atas lorong lif setinggi 15 tingkat yang sudah tidak digunakan.

Bilik air ini direka oleh Hernandez Silva untuk sebuah penthouse apartment yang terletak di Guadalajara, Mexico. Kepada mereka yang berubah menjadi 'pondan' dengan ketinggian, mungkin anda akan sentiasa berak bata jika menggunakan tandas ini haha!

READ MORE

KAD KREDIT DIPERBUAT DARIPADA BENANG (5GAMBAR)

Cool!

Dimitri Tsykalov daripada Rusia mempunyai beberapa koleksi kad kredit daripada seluruh dunia. Apa yang menarik mengenai kad kredit ini ialah, ianya dibuat sendiri oleh beliau dengan mengait menggunakan beberapa jenis benang.

Kalaulah hidup ini sangat terlalu mudah. Mahu duit? Lombong sendiri. Mahu kad kredit? Kait saja haha.

READ MORE

15 WATAK FIKSI PALING KAYA TAHUN 2012 MENGIKUT SENARAI FORBES (15GAMBAR)

Mungkin ini info baru untuk anda.

Sebenarnya Forbes juga telah mengeluarkan senarai watak fiksi yang paling kaya. Kekayaan ini dikira berdasarkan analisis yang dibuat oleh pihat Forbes ke atas segala sumber kekayaan dan aktiviti watak fiksi ini.

Mari lihat senarai 15 watak fiksi yang paling kaya pada tahun 2012 mengikut laman web Forbes. Dan yang paling kaya dalam dunia fiksi bukan 'seorang' tapi adalah sekor naga bernama Smaug iaitu watak fiksi daripada novel The Hobbit karya J. R. R. Tolkien.

1. Smaug
Worth: $62 Billion
Sources: Marauding
Residence: The Lonely Mountain

READ MORE

SUARA DISEBALIK NGAUMAN LION KING (VIDEO)

Roarr!

Kalau anda pernah menonton kartun Lion King, zaman kanak-kanak anda adalah awesome haha. Sebenarnya suara ngauman singa dalam kartun Lion King adalah suara daripada seorang voice actor, Frank Welker.

Suara beliau juga banyak digunakan untuk memainkan watak animasi lain seperti watak Fred (Scooby Doo), Abu (Aladdin), Nibbler, (Futurama), Megatron (Transformers) dan banyak lagi watak animasi.

Mari lihat bagaimana Frank menghasilkan ngauman singa dalam video di bawah.
    

READ MORE

KONSEP: BULAVKUS - USB FLASH DRIVE DENGAN PIN BAJU (2GAMBAR)

Idea bagus dan bijak!

Mungkin anda seorang yang tidak gemar untuk mengantung flash drive dimana-mana dan anda pernah mengalami situasi kehilangan flash drive yang tercicir kerana ianya disimpan di dalam poket.

Bulavkus USB flash drive merupakan satu konsep flash drive dengan mengabungkan pin baju. Ianya rekaan Art Lebedev Studio. Walaupun setakat ini ianya masih dalam bentuk konsep, tidak mustahil ianya akan berada di pasaran nanti.

Dengan flash drive ini, mungkin anda tidak akan kehilangan flash drive dengan mudah. Itupun jika anda tidak lupa untuk pinkan ia pada baju. :>

READ MORE

MUMIA DIPERBUAT DARIPADA HIDANGAN McDONALD'S (3GAMBAR)

What the..

Ben Campbell daripada Texas telah membuat satu mumia dengan skala sebenar. Mumia ini diperbuat daripada makanan yang dibeli bliau dengan harga $200 dari McDonals's (McD).

Beliau mendapat ilham untuk membuat mumia ini apabila terlibat dalam pameran yang mengaitkan antara masyarakat Mesir purba dan moden. Memandangkan McD mempunyai 'reputasi' menghasilkan makanan yang tahan lama dan tidak mudah reput, jadi ia sesuai dijadikan bahan oleh beliau untuk membuat mumia ini.

Ben juga mempunyai projek lain seperti burger McD yang disimpan selama setahun dan kini beliau mahu peminat karya beliau menyebarkan karya ini melalui internet terutamanya melalui event invitations di Facebook, Get Ben Sued by McDonald's untuk mendapatkan perhatian daripada pihak McD.

Ini mengingatkan aku kepada pertanyaan dalam entry perbandingan antara kentang goreng McD dan KFC yang lalu. Mungkin jawapannya sudah ada.

READ MORE

LOL: APABILA HAIWAN MEMPAMERKAN GAYA YOGA (27GAMBAR)

Funny haha.

Sebelum ni aku ada paparkan aksi-aksi kucing yoga. Sekarang mari lihat pula pelbagai aksi haiwan mempamerkan gaya yoga.

READ MORE

INFOGARPHIC: BEBERAPA SYARIKAT GERGASI DAN JENAMA MILIK MEREKA

Good info.

Anda mesti tidak akan sangka beberapa produk kegemaran anda sebenarnya mempunyai bos yang lagi besar. Contohnya, Nescafe, Maggie, KitKat, Loreal dan banyak lagi brand dimiliki oleh Nestle. Siapa sangka disebalik KFC, Pizza Hut dan A&W adalah milik syarikat Yum!

Infographic di bawah mungkin dapat memberi info kepada kita dan juga mungkin membantu kaki boikot tegar untuk memboikot dengan lebih bijak. Jangan boikot beberapa brand milik syarikat gergasi yang anda tidak suka, tetapi anda masih beli dan menggunakan brand lain yang dimiliki syarikat tersebut juga :>

Untuk melihat lebih jelas dan besarkan gambar, sila klik di sini. Enjoy.

via: dailyinfographic


PENCIL VS CAMERA: BILA IMIGANISI BERCAMPUR DENGAN REALITI (15GAMBAR)

Cool.

Mungkin anda pernah melihat beberapa gambar di bawah sebelum ini. Ianya gambar-gambar daripada siri Pencil vs. Camera yang dihasilkan oleh Ben Heine. Beliau merupakan seorang pelukis dan photographer yang kreatif daripada Belgium.

Anda boleh melihat kesemua set gambar ini melalui laman fickr beliau di sini. Apapun, layan dululah sebahagian gambar di bawah :>

READ MORE

HAIWAN YANG KELIHATAN SEPERTI ANAK AYAM DAN TIKUS

Apakah makhluk ini?

Aku ingatkan haiwan ini adalah haiwan hibrid, rupa-rupanya ia adalah haiwan asli yang lebih cenderung dijumpai di padang pasir.

Ianya adalah sejenis Jerboa yang merupakan roden padang pasir dan ia merupakan haiwan nocturnal yang aktif pada waktu malam. Walaupun ianya seekor roden, pergerakan dan bentuk fizikalnya mempunyai banyak persamaan seperti seperti kangaroo.

Mungkin kalau aku jumpa haiwan ni, aku akan klaim sebagai spesis terbaru kerana sebelum ni aku tidak pernah mengetahui kewujudan haiwan ini haha. Apapun, video di bawah ini adalah daripada jenis pygmy jerboa.
    

READ MORE

TIBA2 INFO: BELAJAR MEMAHAMI TULISAN KOREA DALAM MASA 15 MINIT (8GAMBAR)

Kpoper mesti suka.

Hangul merupakan abjad yang digunakan oleh orang korea dan ianya juga merupakan tulisan rasmi bagi kedua negara, Korea Selatan dan Korea Utara.

Lapan gambar di bawah mungkin membantu akan membantu anda sedikit sebanyak untuk membaca dan memahami abjad korea walaupun ianya terlalu asas. Selamat belajar! :>

READ MORE

WTF: DUA LELAKI DITAHAN KERANA MEMASANG PERANGKAP BERBAHAYA DI TAMAN REKREASI AWAM (14GAMBAR)

What the..

Pihak berkuasa Utah berjaya menangkap dua orang suspek yang dipercayai memasang perangkap di kawasan South Fork Canyon yang popular dengan aktiviti berkhemah dan mendaki.

Suspek bernama Benjamin Steven Rutkowski dan Kai Matthew Christensen berjaya dikenalpasti melalui beberapa saksi apabila gambar-gambar perangkap tersebut di sebarkan melalui facebook oleh pihak berkuasa Utah.

Perangkap tersebut pada mulanya ditemui oleh seorang pegawai perkhidmatan hutan, James Schoeffler semasa beliau meronda. Beliau yang juga seorang bekas pegawai tentera mengenalpasti ianya adalah sebuah perangkap jenis booby trap yang direka untuk mencederaakan mangsa secara mengejut.

Tertanya-tanya juga apakah motif suspek ini? Apapun, nasib baik tiada yang kena perangkap ni, kalau tidak memang parah la. Macam perangkap dalam filem bunuh membunuh pula. :>

READ MORE

VIDEO COOL: SUBWARS - ANIMASI PENDEK YANG AWESOME (VIDEO)

Video cool untuk hari ini. Sebuah animasi pendek yang sangat awesome!


SubWars from SeanSoong


PEMASANGAN ARCA YANG UNIK OLEH CORNELIA KONRADS (10GAMBAR)

Cool.

Karyawan daripada jerman, Cornelia Konrads terkenal dengan pemasangan arca gravity-defying di tempat awam mahupun milik peribadi di seluruh dunia. Di bawah adalah beberapa gambar arca yang pernah beliau hasilkan. Ianya sangat unik dan kreatif!

READ MORE

BEBERAPA NAMA TEMPAT PALING PENDEK DI DUNIA (6GAMBAR)

Info.

Kita mungkin selalu terbaca info mengenai nama tempat atau kawasan yang paling panjang di dunia. Kali ini mari ketahui beberapa nama tempat paling pendek di dunia dan ianya sependek satu huruf abjad sahaja!
"Å" Village, Norway

READ MORE

SERANGAN COMEL: KEGAGALAN SEEKOR FERRET MENYELUDUP MAKANAN (VIDEO)

Kegagalan yang comel!

Ferret adalah sejenis memerang domestik yang biasa dijadikan haiwan peliharaan di austrialia, US, Brazil dan New Zealand.

Video di bawah adalah gelagat seekor ferret putih yang cuba untuk menyeludup makanan dan gagal haha. Tidak tahu sama ada haiwan ini adalah liar atau dipelihara. :>
    

READ MORE

MESIN TAIP DIJADIKAN KEYBOARD KOMPUTER (5GAMBAR)

Retro + modern = awsome!

Sangat nostalgic bermain dengan mesin taip masa kecil dulu. Apabila menekan huruf secara serentak, kesemua 'kunci' (aku pun tidak tahu nama spesefik benda ni) akan melekat bersama haha.

Mungkin USB Typewriters dapat mengembalikan anda kepada zaman mesin taip. Ianya merupakan sebuah mesin taip sebenar yang ditukarkan kepada sebuah keyboard USB yang boleh disambungkan kepada komputer mahu pun tablet.

Harap-harap tiada masalah 'kunci' tersangkut semasa main game haha :>

READ MORE

PACKAGING CIP KENTANG YANG KREATIF DAN COOL (2GAMBAR)

Nice.

Bloom Chips adalah rekaan Dohyuk Kwon yang telah berjaya memenangi Red Dot Design Award. Ianya merupakan satu packaging yang kratif untuk cip kentang.

Yang pasti, semasa makan cip kentang, bukan semua tangan boleh muat ke dalam packaging yang sedia. Jadi dengan packaging Bloom Chips, silinder ini boleh bertukar kepada sebuah mangkuk besar. Idea yang simple dan bijak.

Ianya mengingatkan aku kepada cup cake kerana bekas cup cake juga dibuat seperti ini. Itu pun jika anda perasan dan makan cup cake dengan betul. :>

READ MORE

BERITA PILIHAN 25.04.2012

Ini adalah satu lagi label baru iaitu mengumpulkan tajuk dan link kepada berita dan artikel menarik dan terpilih daripada akhbar harian online atau mana-mana laman web.

Ianya akan diupdate jika admin mempunyai kesempatan.

Chelsea ke final singkir Barcelona

Sudan terus bedil negara jiran

Ajaran 'Kerajaan Langit' Ayah Pin diwarta sesat 

Saintis China hasilkan biri-biri daripada gen cacing

Range Rover Evoque rekaan Posh

Gunung berapi Lukon di Sulawesi Utara meletup

Komputer Iran tak terjejas

Letupan kuat meteor cetus panik

Mesir tamat perjanjian gas dengan Israel


PETANI CHINA MEMBINA KERETA ELEKTRIK DIKUASAKAN OLEH ANGIN (3GAMBAR)

Kreatif dan bijak!

Sebelum ni aku ada paparkan kapal selam mini buatan sendiri oleh seorang bekas perkerja kilang di Wuhan, China. Kali ini, Tang Zhengping seorang petani daripada Beijing telah mencipta sebuah kereta yang punca utama kuasanya adalah daripada angin.

Kereta ini sebenarnya digerakan dengan menggunakan bateri dan penjana elektrik. Bateri ini sentiasa mendapat bekalan kuasa daripada kipas di hadapan kereta dan dua keping sel solar pada bahagian belakang. Namun, bateri tersebut juga perlu dicas semula setiap 2 atau tiga hari.

Menurut beliau, kereta ini mampu mencapai kelajuan selaju 140 km/jam dan baterinya lebih tahan lama daripada kereta elektrik biasa. Driving DIY EV? Like a boss!

READ MORE

LOL: CAPYBARA YANG KELIHATAN SEPERTI RAFAEL NADAL (10GAMBAR)

Sadis. haha

READ MORE

ILUSTRASI POKEBALL YANG REALISTIK OLEH BARRY WAZZY (7GAMBAR)

Cool!

Barry Wazzy daripada DevianART memang terkenal dengan ilustrasi pokeball yang realistik. Ilustrasi di bawah adalah koleksi pokeball terbaru yang dihasilkan oleh beliau.

Set pokeball ini mengabungkan icon-icon game terkenal seperti Assassin’s Creed dan Marvel. Sangat awesome dan realistik!

READ MORE

KUCING VS. AUTOMATIC FEEDER (VIDEO)

brilliant neko!

Jom lihat bagaimana seekor kucing meng-hack mesin pemberi makanan automatik untuk mendapatkan makanan lebih. Video di bawah dirakamkan selama 2 hari. Kalau macam ni, tidak perlulah pakai automatic feeder.

Kalaulah vending machine boleh di-hack sebegini, sudah pasti vandalisme ada di mana-mana. Apapun ini adalah satu vandalisme oleh kucing! haha.


REKABENTUK MEJA UNTUK MENAHAN IMPAK OBJEK YANG JATUH SEMASA GEMPA BUMI (5GAMBAR)

Good idea!

Kalau sebelum ni aku ada paparkan mengenai konsep rumah terapung di udara semasa gempa bumi berlaku, kali ini mari lihat pula meja yang direka untuk menahan impak objek yang jatuh ketika gempa bumi berlaku.

Ketika gempa bumi berlaku, langkah yang selalunya dilakukan untuk mengelakkan diri daripada terkena sebarang objek yang jatuh ke bawah adalah berlindung di bawah meja.

Tapi jika objek yang jatuh adalah terlalu berat, meja biasa tidak mampu untuk menahan impak daripada objek ini, sudah pasti orang yang berlindung di bawahnya akan menerima nasib yang sama.

Dengan terciptanya meja Earthquake-Proof Table oleh Arthur Brutter dan Ido Bruno, ianya mungkin akan mengurangkan risiko kematian akibat dihempap obejk kerana rekaan meja ini mampu untuk memampung berat objek yang jatuh sehingga 1000 kg!

Ianya bukan khas untuk meja sekolah saja, tapi rumah dan bangunan pun memerlukan meja seperti ini untuk orang yang tinggal di kawasan yang sering dilanda gempa bumi.

    




via: dezeen

READ MORE

BEBERAPA FAKTA MENARIK MENGENAI HAIWAN (10GAMBAR)

More facts.

Sebenarnya masih terngiang-ngiang dalam otak ini apabila melihat kuda laut jantan melahirkan anak dalam entry kelmarin. Mindblowing sungguh! haha. Apapun jom layan 10 lagi fakta-fakta menarik mengenai haiwan dalam gambar di bawah.

READ MORE

MENGASAH PENSIL DENGAN LUBANG HIDUNG

Simple!

Selelum ni aku ada paparkan beberapa stationery seperti pengasah pensil yang jujur dan juga desk organizer kepala zombie. Keduanya stationery yang simple dan unik.

Jika anda sukakan kelainan, mungkin anda patut tambahkan lagi koleksi stationery unik anda dengan membeli beli pengasah pensil yang berbentuk hidung ini pula. :>

via: amazon


TUKARKAN SELURUH DINDING KEPADA WHITEBOARD DENGAN IDEAPAINT (6GAMBAR)

Nice idea!

Aku masih teringat semasa belajar di sekolah dulu, cikgu addmath sampai tak cukup ruang untuk menulis di whiteboard dan masalah serupa terjadi kepada cikgu lain apabila ingin memeberikan nota kepada pelajar. Perkara ini sering terjadi di mana-mana saja walaupun di matrikulasi whiteboard berlapis-lapis!

Dengan terciptanya IdeaPaint oleh John Goscha, Kini tenaga pengajar tidak perlu risau lagi dengan ruang kecil pada whitboard apabila IdeaPaint boleh menukarkan seluruh dinding menjadi whiteboard.

Jadi dengan IdeaPaint ini semua orang boleh menulis di dinding tanpa diangap sebagai vandalisme haha.

READ MORE

FOTOGRAFI KREATIF DAN COMEL OLEH SEORANG AYAH (16GAMBAR)

Mungkin ini antara siri fotografi yang paling kreatif dan comel anda pernah lihat.

Jason Lee merupakan seorang wedding photographer mula mengambil gambar kedua anaknya, Kristin yang berusia 8 tahun dan Kayla yang berusia 5 tahun sejak tahun 2006 apabila ibunya didignosis dengan kanser.

Oleh kerana Kristin dan Kayla selalu tidak sihat, beliau tidak dapat membawa mereka berdua untuk melawat nenek mereka dengan kerap. Jadi, Jason mengambil keputusan untuk mengambil gambar kedua anaknya seperti di bawah dan dimuatnaik di dalam blog untuk dilihat oleh ibunya.

Anda boleh lebih banyak fotografi kreatif seperti di bawah yang memaparkan gelagat Kristin dan Kayla melalui laman flickr Jason di sini.

READ MORE

COOL: TOPI MAGIC DALAM PEMBINAAN OLEH FIGURA KECIL (6GAMBAr0

Cool.

Sebenarnya ianya adalah sebuah topi yang direka oleh Sara Grundy daripada firma Sorensen Grundy Milliners. Sesuai dengan rupa bentuk topi ini, ianya dinamakan 'Construction Overhead'.

Idea dan rekaan topi yang sangat unik!

READ MORE

MINDBLOWING: APABILA KUDA LAUT JANTAN MELAHIRKAN ANAK (VIDEO)

Ianya adalah perkara biasa.

Menakjubkan buat orang yang pertama kali seperti aku melihat kuda laut melahirkan anak haha. Untuk yang belum tahu, terdapat beberapa fakta menarik mengenai kuda laut.

Sebenarnya kuda laut adalah sejenis ikan dan merupakan ikan paling lambat berenang. Semasa mangawan, kuda laut betina akan memasukkan telur ke dalam kantung (brood pouch) yang terdapat pada kuda laut jantan dan kuda laut jantan ini akan melahirkan anak tersebut apabila sudah matang.

Ini bermakna, kuda laut jantan adalah ibu kepada anak-anaknya! :>

    

READ MORE

INFOGRAPHIC: CARA UNTUK MENGUBAH BENTUK FONT PADA POST DI GOOGLE+

Nice.

Walaupun Google Plus (Google+} masih baru, namun tidak mustahil ianya menjadi media sosial yang digemari suatu hari nanti. Aku semakin kerap lepak di Google+ dan semakin hari aku nampak perubahan yng berlaku di Google+. Layout pun dah berubah sedikit kan kini ianya juga mempunyai 'hash tag' (#) dan 'trending' seperti twitter.

Ada banyak lagi kelebihan Google+ yang tidak ada pada media sosial lain seperti muat naik gambar dalam format gif dan juga mengubah gaya font pada post anda. Adakalanya ianya seperti 9gag, makin banyak anda dapat +1 pada post anda, ianya akan menjadi popular dan dipaparkan juga pada home orang lain juga. Jadi anda tidak akan terlepas posts yang menarik daripada public.

Baiklah, cukup dengan pendapat peribadi aku mengenai Google+ di atas, Infographic di bawah adalah sedikit tips tentang bagaimana anda boleh mengubah bentuk font pada post anda di Google+.

Mungkin lepas ni akan ada lebih banyak lagi tips terbaru daripada Google+. Cuma bagi aku layout Google+ agak terlalu boring kerana semuanya berwarna putih.

via: visually


KONSEP: KENDERAAN AWAM PALING LAJU DI DUNIA (4GAMBAR)

Cool!

Evacuated Tube Transport (ETT) merupakan sebuah konsep pengangkutan paling pantas, tanpa geseran, murah, lebih selamat dan senyap jika dibandingkan dengan kapal terbang mahupun kereta api.

Ianya menggunakan tiub vakum sebagai landasan dan boleh membawa penumpang seramai 6 orang pada sebuah kapsul berbentuk silinder serta boleh mencapai kelajuan 4,000 mph. Dianggarkan ianya hanya mengambil masa selama 45 minit perjalanan antara New York ke Los Angeles, dan 2 jam daripada New York ke China.

Pereka ETT juga mendakwa bahawa kenderaan ini bakal menjadi satu sistem kenderaan awam dan kos pembinaanya lebih 1/10 murah daripada kos pembinaan sistem kereta api berkelajuan tinggi.

Mengenai keselamatan dan daya impak yang dialami oleh penumpang, mereka juga mendakwa ETT direka dengan ciri keselamatan dan daya G (G-force) yang terkena pada pemumpang adalah paling minimum. Mungkin mereka mempunyai cara dan teknologi tersendiri. Siapa tahu.

Nama ETT ini diberikan oleh seorang jurutera mekanikal, Daryl Oste pda awal tahun 90-an dan beliau merupakan pemegang patent untuk teknologi ini.

Dulu aku ada paparkan beberpa artikel mengenai idea super dan mungkin ETT ini termasuk dalam ketegori tersebut dan tidak mustahil untuk dilaksanakan pada masa hadapan. Bayangkan pada suatu hari nanti, anda boleh menaiki kenderaan awam untuk mengelilingi dunia dalam masa 6 jam saja!

READ MORE

WHEN BASIC LEVEL OF COOLNESS ARE TOO HIGH

Perasan haha.


RAMIRO SAAVEDRA: KLON KURT COBAIN? (VIDEO)

Klon?

Ramiro Saavedra berasal daripada Arequipa berjaya memukau para juri dalam rancangan TV Peru, YO SOY. Beliau yang berusia berusia 27 tahun bermain gitar secara solo meniru penampilan dan suara Kurt Cobain.

27 tahun? Kurt Cobain mati membunuh diri ketika usia ini!
    

READ MORE

SAJA2: Follow dan di follow.

Lamanya tidak buat entry saja2 haha.

Untuk pengetahuan rakan blogger yang lain, sebenarnya aku hanya follow balik blog anda jika nama anda ada dalam senarai follower blog ini. Antara sebab aku tidak follow balik ialah disebabkan tiada sebarang link untuk follow balik blog anda.

Jadi minta maaf kepada anda yang tidak dapat di-follow balik dan juga bagi para spammer (URL blog dengan link biru) di FB groups yang minta di-follow. Sebenarnya aku lebih menghargai orang yang follow blog ini secara ikhlas dan sebagai balasan, aku akan follow balik blog tersebut. Sekian.

Updated: Sebarang blog lucah dan blog taksub politik serta blog ajaran sesat juga aku tidak akan follow! Harap maklum.


HOTEL DALAM KAPAL TERBANG BOING (14GAMBAR)

Cool.

Jumbo Stay Hotel terletak di Berdekatan dengan Lapangan terbang Arlanda, Stockholm, Sweden. Apa yang menarik mengenai hotel ini ialah ianya dibina di dalam sebuah kapal terbang Boing 747 yang sudah lama tidak beroperasi. Terdapat 27 bilik berserta sebuah bar dan cafe di dalam kapal terbang ini, bilik yang termahal ada di bahagian cockpit.

Idea yang sangat bagus. Kalau di Malaysia, kapal selam dah jadi muzium. Aku nantikan pula sebuah kapal Boing ditukarkan jadi muzium. eh tiada kaitan langsung dengan hotel!. :>

READ MORE

BILIK MOTEL BERTEMAKAN BATMAN (5GAMBAR)

Unik.

Mari lihat bilik motel yang bertemakan Batman. Ianya terletak di Kaohsiung City, Taiwan. Bilik ini dihiasi penuh dengan barangan bertemakan Batman termasuk sebuah replika sebenar Batmobile.

Sebenarnya ia ada sebuah love motel dan bayaran sewa dikira mengikut jam. Sangat sesuai untuk orang yang tengah berbulan madu. U know what it means. :>

READ MORE

COOL: HAIWAN-HAIWAN KACUKAN (18GAMBAR)

Sangat menakjubkan sebenarnya!

Kalau sebelum ni aku ada buat satu entry mengenai kucing paling besar di dunia dan ianya merupakan baka kacukan antara singa dan harimau. Aku juga ada paparkan sedikit info tentang kacukan antara genus Phentera dalam entry tersebut.

Sekarang mari lihat pula beberapa lagi haiwan kacukan (hibrid). Sebahagian haiwan ini dikacukan adalah untuk dijadikan haiwan peliharaan domestik dan ada yang dikacukan bagi tujuan penyelidikan. Apapun, chetoo, came to papa~ :>

Bengal Cat + Ocicat = Cheetoh

READ MORE

BERITA PILIHAN 20.04.2012

Ini adalah satu lagi label baru iaitu mengumpulkan tajuk dan link kepada berita dan artikel menarik dan terpilih daripada akhbar harian online atau mana-mana laman web.

Ianya akan diupdate jika admin mempunyai kesempatan. Sila enjoy!

Tubuh Ping dihinggap 331,000 ekor lebah

Pemuda Nepal cuba cipta rekod dunia

Treler hantar bot 85 tan

Budak 6 tahun digari

Ibu kejam tikam 2 anak sampai mati

Amerika cari pasal setiap bulan

Mayat aktres Mumbai kena penggal ditemui

Agni V mampu sampai China


Polis Munich siasat kecurian kasut bola bintang Real


SAINTIS JEPUN BERJAYA MENUMBUHKAN SEMULA BULU PADA TIKUS BOGEL

Penemuan baru.

Sekumpulan saintis dari Jepun berjaya menumbuhkan semula bulu pada seekor tikus. Menurut Professor Takashi Tsuji daripada Universiti Sains Tokyo, mereka menggunakan teknik ilmpant dan biokejuruteraan untuk menggantikan sel kulit yang sedia ada.

Penemuan ini juga dijangkakan akan dapat meningkatkan lagi keberkesanan rawatan yang sedia ada bagi masalah kebotakan. Bila dah ada rawatan ini nanti, jangan disalah guna pula. Satu badan tumbuh bulu baru padan muka haha. :>

via: the sun


ZOMBIE SHOPPING MALL: PENGALAMAN BERHADAPAN DENGAN ZOMBIE PALING REALISTIK

Way to awesome!

Mungkin ianya merupakan idaman para gamer dan juga peminat filem fiksi berkaitan dengan Zombie.

Zombie Shopping Mall yang terletak di Reading, Berkshire merupakan satu bangunan yang penuh dengan segerombolan zombie. Sebenarnya ianya adalah satu permainan baru yang dilancarkan oleh Wish.co.uk. Permainan ini memberi pesertanya pengalaman sebenar dan realistik ketika berdepan dengan situasi fiksi ini.

Para peserta akan diberikan taklimat oleh 'polis khas' mengenai misi sebelum memulakan permainan dan mereka akan dibekalkan senjata airsoft. Bayaran untuk permainan ini adalah £119.00 dan ianya mungkin sangat berbaloi untuk pengalaman menarik ini.

Aku rasa, kalau sukan Paintball dibuat dalam sebuah bangunan sebesar shopping mall seperti ini, mungkin ianya bakal menarik lebih ramai orang untuk meminati sukan ini. Buat ala-ala Counter Strike mungkin sangat menarik, siap dengan misi mematikan bom jangka masa atau melepaskan tebusan.

READ MORE

POTRET YANG DIHASILKAN DARIPADA SUSUNAN BARCODE (7GAMBAR)

Nice.

Barcode Art adalah potret dengan skala besar yang dihasilkan daripada susunan barcode oleh Scott Blake. Apa yang menarik mengenai potret ini ialah, setiap barcode yang disusun adalah barcode yang sebenar dan ianya boleh di-scan.

Seperti potret Bruce Lee dan Arnold Schwarzenegger di bawah, kesemua barcode yang digunakan untuk membuat potret tersebut diambil daripada setiap filem yang pernah dilakonkan oleh dua icon ini. Ianya memang sangat cool.

READ MORE

TIBA2 MINDBLOWING: ILUSI COOL HARI INI - SPINNING CAT (GAMBAR GIF)

Apakah sihir ini?!

Sangat mindblowing jika anda boleh melihat ilusi di bawah. Bayang kucing tersebut sebenarnya boleh berpusing dalam dua arah (arah jam dan lawan arah jam).

Untuk melihat ilusi ini, anda perlu merenung seketika (mungkin dalam masa 15 saat) bayang kucing di bawah dan kemudian lihat ke arah lain dalam masa 1 saat. Apabila kembali melihat ilusi ini, anda akan dapati bayang kucing tersebut bertukar arah pusingan.

Anda juga boleh mengawal pertukaran arah pusingan bayang kucing selepas berjaya melihat ilusi ini dan salahkan mata anda jika tidak berjaya melihat apa-apa haha.