STADIUM YANG BAKAL DIGUNAKAN UNTUK PIALA DUNIA 2022 DI QATAR (12GAMBAR)

Riak dan futuristik!

Dalam entri sebelum ini, aku ada paparkan stadium-stadium yang bakal digunakan pada Piala Dunia 2018 di Russia. Sekarang mari lihat pula rekabentuk stadium Piala Dunia kali ke 22 yang bakal diadakan di Qatar pada tahun 2022.

Kalau Russia menjadi penganjur pertama Piala Dunia yang diadakan di dua benua, Qatar pula menjadi negara Arab pertama yang menganjurkan acara ini. Seperti biasa, Qatar memang terkenal dengan rekabentuk bangunan yang futuristik pada masa ini dan mari lihat stadium-stadium bolasepak pada masa hadapan!

READ MORE

STADIUM YANG BAKAL DIGUNAKAN UNTUK PIALA DUNIA 2018 DI RUSSIA (16GAMBAR)

Cool.

Seperti yang anda tahu, Russia sudah pun memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018. Apa yang menarik mengenai Piala Dunia 2018 nanti ialah, ianya bakal menjadi Piala Dunia pertama yang diadakan di timur Eropah dan juga piala dunia yang pertama di adakan di dua benua iaitu benua Asia dan Eropah.

Di bawah ini adalah rekaan stadium-stadium yang bakal digunakan untuk menganjurkan Piala Dunia kali ke-21 nanti. Ada diantara stadium-stadium ini akan dibina dan yang lainnya akan dibaiki serta diperbaharui daripada stadium sedia ada.

Untuk melihat stadium-stadiun riak dan futuristik, anda juga mungkin ingin melihat entri stadium-stadium yang bakal digunakan pada Piala Dunia 2022 di Qatar. Enjoy!

Stadium in Krasnodar.

READ MORE

SADIS: APABILA HULK WANNABE BENAR-BENAR BERTUKAR MENJADI HIJAU (3GAMBAR)

Cara mudah menjadi Incredible Hulk.

Paulo Henrique dos Santos seorang lelaki berasal daripada Vila Cruzeiro. Sebagai seorang lelaki Barzil yang macho dan badan ketaq-ketaq, Paulo mahu menjadi Incredible Hulk sempena sebuah majlis. Tetapi sangat malang bagi Paulo kerana selepas majlis tersebut, beliau mengalami kesukaran untuk menanggalkan cat hijau pada badannya.

Cat hijau tersebut hanya berjaya ditanggalkan apabila beberapa kawan Paulo menggosok badan beliau selama satu hari! Sebenarnya cat yang digunakan oleh Paulo untuk menjadi Incredible Hulk adalah cat khas yang digunakan untuk mengecat peluru berpandu balistik dan juga kapal selam nuklear. Lulz..sangat sadis Haha.

READ MORE

MEMBONCENG BASIKAL HALIMUNAN DI SEKITAR BANDAR (8GAMBAR)

Mari lihat basikal halimunan.

Siri manipulasi gambar di bawah dihasilkan oleh oleh Zhao Huasen. Ianya mengingatkan aku kepada motorsikal halimunan dalam entry yang lepas. Haha. Mengenai siri gambar di bawah, bagi aku ianya merupakan satu karya manipulasi gambar yang kreatif dan hebat!

READ MORE

LULZ: APABILA SATU KEBETULAN MENJADI SUMBER IDEA

Bila idea sudah kering, kebetulan juga boleh dijadikan satu sumber idea. Am I right?


SAJA2: THANKS TO AKUSTRESSGILER.BLOGSPOT.COM

Woit apa tiba-tiba thanks ni? haha

Sebenarnya beberapa hari ini, aku dapati banyak trafik masuk daripada blog akustressgiler.blogspot.com. Rupa-rupanya blog akustressgiler ada kongsikan beberapa entri daripada blog ini.

Bila blog akustressgiler kongsikan entri blog ini, mereka tidak lupa untuk link-kan kepada blog ini. Itu yang paling penting. Aku respek blogger-blogger seperti ini.

Sebelum-sebelum ini, ada jugalah blog lain yang kongsikan daripada entri blog aku ni, tapi langusng tidak kreditkan. Mentang-mentanglah blog ni masih baru kan. Sebenarnya aku no problem jika anda kongsikan entri blog ini secara copy-paste. Tak payah minta izin, asalkan ada link kepada entri asal.

Apapun, thanks again kepada admin akustressgiler kerana sedikit membantu untuk mempromosikan blog ini kepada pembaca anda. Apapun, terus tambahkan stresskan orang lain bersama anda. Haha.


INFO: KELAWAR YANG BERWARNA PUTIH (6GAMBAR)

Lagi info megenai haiwan.

Bila sebut pasal kelawar, teringat kepada Batman.. Batman dan kelawar memang sangat sinonim dengan warna hitam dan waktu malam. Tahukah anda, sebenarnya terdapat spesies kelawar yang berwarna putih? Ianya bukan kelawar albino!

Honduran white bat (kelawar putih Honduras) merupakan satu spesies kelawar bersaiz kecil yang secara semulajadinya berwarna putih. Ianya boleh ditemui di sekitar Honduras, Nicaragua, Costa Rica, dan timur Panama. Kelawar ini tinggal dan berlindung dengan menjadikan daun-daun pokok jenis Heliconia sebagai sarang.

READ MORE

COOL: SCAMANDER - KERETA DUA ALAM YANG TAHAN LASAK (5GAMBAR)

Cool.

Tempoh hari, blog ini ada paparkan sebuah prototaip kenderaan amphibious yang didakwa mempunyai kelajuan paling laju di atas darat, iaitu kereta Sea Lion. Kali ini mari lihat pula sebuah lagi kereta jenis amphibious yang diberi nama Scamander. Ianya diilhamkan oleh Peter Wheeler, iaitu pemilik syarikat pengeluaran kereta sport british, TVR.

Kereta ini dikuasakan oleh engin V6 yang menghasilkan 300 kuasa kuda dan ianya mampu mencapai kelajuan 120 mph apabila bergerak di atas darat. Dengan rekabentuknya seperti kenderaan pacuan empat roda, kereta ini mampu untuk bergerak di kawasan berpasir seperti pantai, kawasan berbatu dan sudah pasti ianya mampu untuk bergerak di atas air!


via motorward

READ MORE

REKOD DUNIA: ANJING YANG MEMPUNYAI MATA PALING BESAR (8GAMBAR)

Rekod macam ni pun ada. lulz.

Bruschi merupakan seekor anjing jenis Boston Terrier kini di sahkan oleh Guiness World Records sebagai anjing yang mempunyai mata paling besar di dunia. Anjing ini mempunyai mata berdiameter 28 mm.

Kalau anda membela kucing yang disuspek mempunyai mata lebih besar daripada biasa, mungkin anda boleh apply untuk rekod yang sama tapi dalam ketegori kucing. Haha.

READ MORE

KISAH BENAR: SILA GUNAKAN INTERNET EXPLORER SAHAJA. OK.

Adakalanya kita tidak dapat lari daripada menggunakan IE. Berdasarkan kisah benar beberapa hari yang lalu. haha


PENJUAL GULA-GULA KAPAS YANG SANGAT PRO (VIDEO)

Respek dengan beliau. Sangat enjoy bekerja walaupun hanya menjual gula-gula kapas. Cool bro, like a pro!

READ MORE

SERANGAN COMEL: SNOW WHITE SI TUPAI ALBINO (4GAMBAR)

Comel dan rare.

Sebelum ini aku ada paparkan penguin albino yang dijumpai pulau Aitcho, Antartika. Kali ini mari lihat pula tupai albino yang comel. Ianya dinamakan Snow White, sesuai dengan rupanya. Mujurlah tupai ini sempat diselamatkan selepas ianya diserang oleh dua ekor tupai kelabu yang mungkin cemburu dengan warna bulunya haha.

Untuk pengetahuan anda, kebarangkalian seekor tupai albino untuk lahir adalah 1 daripada 100000 kelahiran tupai kelabu. Tupai albino juga tidak mempunyai penglihatan yang bagus menyebabkannya selalu menjadi sasaran pemangsa dan tidak dapat hidup lebih lama daripada tupai-tupai normal.

READ MORE

LULZ: KOMPILASI KEGAGALAN PADA BULAN MEI 2012 (VIDEO)

Kompilasi kegagalan yang adakalanya sakit, kasihan, sadis dan yang paling penting kegagalan yang sangat lulz! Make my day. haha

READ MORE

CUTE: APABILA PARA MINION BERTUKAR MENJADI SUPER HERO (10GAMBAR)

Cute!

Seperti yang anda tahu, minion adalah satu watak comel daripada filem animasi Despicable Me. Ianya makhluk yang mempunyai badan berwarna kuning dan ada di antaranya bermata satu. Pembuat filem animasi ini adalah Illumination Entertainment. Adakah filem mempunyai kaitan dengan Illuminati? Entah. Haha.

Lupakan teori konspirasi di atas, naik muak juga jika semua benda mahu dikaitkan dengan Illuminati. Mari lihat apabila para minion bertukar menjadi Superhero. Ilustrasi ini dihasilkan oleh Kevin Magic Lam. Sangat nice!

Inb4, mengelipkan sebelah mata untuk mengurat menyebabkan anda membuat simbol All seeing eye secara tidak sengaja! Lulz.

READ MORE

PATUNG BARBIE PALING MINDBLOWING DAN MENYERAMKAN (11GAMBAR)

Creepy.

Sebut pasal Barbie Doll, mesti akan terbayang susuk tubuh patung yang comel dangan baby face. Tetapi ianya bakal menjadi mimpi ngeri bagi peminat patung Barbie apabila melihat patung Barbie diubah menjadi makhluk yang mempunyai susuk tubuh mindblowing lagi menyeramkan!

Patung ini merupakan sebuah projek yang dihasilkan oleh Sabrina Zbasnik dan ianya dinamakan Cthulhu Barbie. Mengingatkan aku kepada patung-patung ngeri yang dibuat oleh Shain Erin dalam entri yang lepas. Mind=blown!











via: bitrebels


BEBERAPA TEMPAT PERTEMUAN ANTARA AIR SUNGAI YANG BERBEZA WARNA (12GAMBAR)

Lagi info untuk hari ini.

Confluence (kuala) merupakan istilah geografi yang digunakan untuk menggambarkan pertembungan antara dua atau lebih sumber aliran air. Gambar di bawah ini adalah antara tempat pertembungan air sungai yang terkenal dan ianya mempunyai warna air yang jelas berbeza disebabkan sungai-sungai tersebut mengandungi komposisi air yang berlainan.

Confluence of the Rhone and Arve Rivers, Switzerland

READ MORE

PEMANDANGAN MENAKJUBKAN DARI TAMAN NEGARA ZHANGJIAJIE (8GAMBAR)

Amazing!

Satu lagi tempat yang menakjubkan. Sebelum ini aku ada paparkan beberapa pemandangan yang indah dan menakjubkan di beberapa tempat. Kali ini mari lihat pula pemandangan yang memukau dari Taman Negara Zhangjiajie yang terletak di wilayah Hunan, China.

Ianya merupakan hutan simpan yang mempunyai bentuk muka bumi ekstrim dan mempunyai 'tiang-tiang batu' yang tinggi. Taman ini berkeluasan 4810 hektar dan yang menariknya, terdapat satu tiang batu berketinggian 3544 kaki yang diberi nama 'Avatar Hallelujah Mountain' sempena gunung-gunung terapung yang terdapat dalam filem Avatar.

Tapi bagi aku, tiang-tiang batu ini lebih kelihatan seperti kawasan terletaknya Air Temple dalam siri kartun dan filem Avatar The last Air Bender!








All photos credit: John0philip


KENAPA ANDA HARUS BERHATI-HATI DENGAN GAMBAR PROFILE FB YANG DIGUNAKAN (GAMBAR 18+)

Sungguh sadis.


    
via:reddit


FIREFOX VS. GOOGLE CHROME VS. OPERA VS. SAFARI VS. INTERNET EXPLORER (12GAMBAR)

Haha nice.

Apakah browser kegemaran yang anda gunakan? Bagi aku, aku sudah biasa menggunakan Firefox sebagai browser utama. Bagaimana pula browser terbaru daripada Yahoo? Adalah ianya sebagus browser yang sedia ada? Entah.

Di bawah ini adalah beberapa gambar-gambar menarik mengenai browser-browser utama yang ada sekarang. Jom layan.

READ MORE

KUCING PALING PAKAR UNTUK DI BAWA BERJUDI (VIDEO)

Sila bawa kucing ini pergi ke funfair atau pusat perjudian berdekatan. Haha.

Inb4, berjudi di Genting hanya bagi orang bukan Islam sahaja.

READ MORE

LULZ: GAMBAR-GAMBAR KOSTUM YANG BADASS DARI FILEM NIGERIA (22GAMBAR)

Selamat datang ke Nollywood!

Tahukah anda, selepas Hollywood di Amerika dan Bollywood di India, industri filem Nigeria (Nollywood) merupakan industri filem ketiga terbesar di dunia. Industri filem Nigeria berkembang pesat daripada tahun 1990 hingga tahun 2000 menjadikannya antara negara yang paling banyak menghasilkan filem setiap tahun.

Di bawah ini adalah antara kostum daripada filem-filem Nigeria. Daripada gambar ini, kelihatan sangat banyak kostum-kostum yang bontot jahat lagi tahyul. Mungkinkah filem Nigeria tersangat power tahap katahyulannya jika dibandingkan dengan filem tahyul keluaran Malaysia sehingga tidak diluluskan dan tidak akan pernah diluluskan oleh LPFM? Jadi tidak hiranlah kita tidak pernah dengar tentang filem-filem daripada Nollywood! Lulz.

READ MORE

FAILED: PEMBOHONGAN MEDIA MENGENAI LAPORAN RIBUT PASIR TERBONGKAR SECARA LIVE (VIDEO)

Bahahaha! Kegagalan yang sangat epik!


TIBA2 KONSEP: KERETA ELEKTRIK YANG BOLEH BERGABUNG DAN BERPISAH DUA (8GAMBAR)

Ini cool.

2Whella merupakan sebuah konsep kereta elektrik yang mempunyai dua tayar. Ianya direka oleh Andrej Kregar. Apa yang menarik mengenai kereta ini ialah, dua buah kereta yang sama boleh digabungkan bersama menjadi sebuah kenderaan beroda empat dan ianya juga boleh berpisah kembali mengikut kesesuaian pengguna.

Keseimbangan kereta ini dikawal oleh sistem komputer. Mungkin ianya menggunakan teknologi Gyroscope, sama seperti skuter elektrik tempoh hari. Aku tertanya-tanya adalah ianya selamat dan kukuh semasa dalam penggabungan? Apapun, ia hanyalah sebuah konsep setakat ini. Pada pendapat aku, konsep kenderaan ini memang sangat bagus dan masih boleh dibangunkan dengan lebih jauh.

READ MORE

SHITBRIX: SEORANG NENEK HAMPIR TERJATUH SEMASA AKTIVITI TERJUN UDARA (VIDEO)

So close!! Btw, latar muzik yang cool..haha

READ MORE

TIBA2 WTF: JUAL DAN MASAK KEMALUAN SENDIRI DI JEPUN (8GAMBAR 18+)

NSF kids dan NSF yang tengah makan!

Seorang Illustrator muda daripada Jepun, Mao Sugiyama memotong dan menjual kemaluannya melalui proses pembedahan. Lagi wtf apabila beliau menjual kemaluannya (full penis, testes and scrotum) yang telah dimasak sendiri oleh beliau dengan harga 100 000 yen melalui twitter dan ianya telah menerima pesanan daripada 6 orang yang berminat.

Untuk itu, beliau telah mengadakan satu public banquet yang dinamakan 'Ham Cybele – Century Banquet' bertujuan untuk meraikan pembuangan organ sex beliau dan untuk majlis memasak dan memakan kemaluan tersebut!

Sebenarnya beliau mempunyai masalah sexual dan mendakwa diri sebagai seorang asexual. Oleh kerana tiada undang-undang anti cannibalism di Jepun, pihak polis tidak dapat menghalang Mao Sugiyama untuk meneruskan majlis tersebut. Sadis!

READ MORE

POTRET BUNGA MENGGUNAKAN TUBUH MANUSIA (10GAMBAR 18+)

NSFW due to nudity!

Karyawan daripada Los Angeles, Cecilia Webber menggunakan tubuh manusia bogel sebagai objek utama untuk menghasilkan potret bunga. Beliau mengambil gambar tubuh manusia dan memanipulasikannya menggunakan photoshop. Sedikit mindblowing!

READ MORE

CUTE: APABILA PENGUIN BERMAIN DENGAN CAHAYA LASER (VIDEO)

Hahaha!

READ MORE

ILUSTRASI COOL: BILA BESAR NANTI SAYA NAK JADI SUPER HERO (7GAMBAR)

Genius!

Ini adalah siri ilustrasi 'When I Grow Up I Wanna Be...' oleh Andy Fairhurst. Ianya sangat kreatif kerana menggambarkan imaginasi kanak-kanak dengan tepat. Teringat masa kecil dulu, baru pegang pembaris kayu panjang, dah angan-angan seolah-olah pegang pedang samurai dan berlagak seperti superhero haha.

READ MORE

AWESOME: HOODIE STAR WARS DENGAN ZIP PENUH (5GAMBAR)

Sangat awesome!

Mari lihat hoodie bertemakan beberapa watak Star Wars. Ianya di-design oleh Mad Engine dan bakal berada dipasaran pada bulan september nanti dengan harga $70.00 setiap satu. Aku sangat suka desing hoodie Boba Fett, cool as a real bounty haunter!

READ MORE

INFOGRAPHIC: 5 FAKTA MENGENAI ROKOK ELEKTRONIK YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU

Info yang menarik untuk perokok dan yang tidak merokok.

Berdasarkan infographic di bawah, kelebihan rokok elektronik adalah, ianya tidak mempunyai asap dan kadar nikotin yang boleh dikawal sendiri oleh perokok disamping ianya mempunyai pelbagai jenis perisa.

Oleh kerana ianya tidak berasap (ianya mengeluarkan wap), maka tiadalah orang di sekeliling dapat menghisap seconhand smoke dan yang paling penting, anda sebenarnya boleh merokok di kawasan yang tertulis 'no smoking' terutamanya di dalam bangunan kerana perbuatan menghisap rokok elektronik adalah 'vaping'.

Aku tidak tahu sama ada rokok elektronik lebih feel dan kick daripada rokok sebenar. Tapi kalau aku seorang perokok, mungkin aku akan pilih rokok yang sebenar. Itupun kalaulah.

READ MORE

ANATOMI BADAN MANUSIA MENGGUNAKAN TEKNIK MANIPULASI GAMBAR YANG REALISTIK (6GAMBAR)

Creepy.

Sebelum ini aku ada paparkan anatomi yang dibuat menggunakan gulungan kertas, kali ini mari lihat pula anatomi yang dibuat menggunakan teknik manipulasi gambar. Ianya dihasilkan oleh Koen Hauser daripada Belanda dan siri anatomi ini dinamakan 'Modische Atlas der Anatomie.'

READ MORE

CUTE: APABILA HAIWAN LAIN MENUNGGANG HAIWAN LAIN (18GAMBAR)

Show them who's the Boss now! :))

READ MORE

PERKATAAN-PERKATAAN MENYALA DI SUATU KAWASAN (8GAMBAR)

Neon typography arts!

Ini adalah hasil karya daripada jurugambar bernama Lee Jung yang berasal daripada Seoul, Korea selatan.

Beliau mengambil gambar yang menarik dengan melatakkan perkataan-perkataan yang menyala di scene pilihan beliau. Sebenarnya perkataan-perkataan ini diperbuat daripada lampu neon menyebabkannya nampak lebih original daripada gambar yang dimanipulasi. Cool.

READ MORE